Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 20 Mei 2014

PRK BUKIT GELUGUR - Abu Backer cedera rempuh kereta Guan Eng

GEORGE TOWN: Selepas menyatakan kesediaan diboikot media pada Isnin, calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohamad Zan sekali lagi bijak mencuri tumpuan media dalam satu insiden kecil di perkarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Selasa.
Abu Backer yang juga seorang peguam menimbulkan kekecohan di hadapan DUN Pulau Pinang ketika menunggu untuk bertemu Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Beliau yang menunggu di luar DUN sejak pukul 12.30 tengah hari bertindak menahan kenderaan yang membawa Guan Eng kira-kira pukul 2 petang.
Selepas 10 minit Abu Backer dihalang sekumpulan pengawal keselamatan DUN, beliau kemudiannya bertindak ‘merempuh’ kereta jenis Mercedes dinaiki Guan Eng dan terjatuh di atas jalan raya.
Insiden penuh dramatik itu menyebabkan kesesakan di Lebuh Light.
Guan Eng dan pembantu peribadinya kemudian terus beredar tanpa mengendahkan keadaan Abu Backer yang terletang.
Ambulans tiba di perkarangan DUN kira-kira pukul 2.30 petang untuk membawa beliau ke Hospital Pulau Pinang.
Pembantu Abu Backer memberitahu satu laporan polis akan dibuat berhubung perkara itu.
Sebelum ini, Abu Backer mendakwa Guan Eng enggan bertemu beliau walaupun beliau telah membuat permohonan bertulis di Komtar sejak minggu lalu.
Beliau turut tidak berpuas hati kerana diberikan layanan ‘double standard’ sedangkan lawannya calon DAP Ramkarpal Singh dibenarkan memasuki DUN.
” Saya hanya dibenarkan berjumpa dengan pegawai DUN. Ini tidak adil. Saya tak puas hati. Kenapa Ram boleh masuk dan saya tak?
“DAP kata mereka kerajaan berkebajikan. Saya calon. Kenapa susah sangat nak berjumpa Ketua Menteri saya?” kata beliau sebelum menahan kereta Guan Eng.-Mstar

Tiada ulasan: