Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 21 Mei 2014

VIDEO : DATUK SERI NOH OMAR :BETAPA BERUNTUNGNYA NEGARA MASIH DI PERINTAH UMNO





Seawal tahun 1963 lagi, kaum Cina terutama yang berpihak kepada PAP dan Lee Kuan Yew telah pun membangkitkan persoalan tentang betapa penting dan hebatnya mereka. 1969 iaitu lima tahun selepas tragedi di Singapura yang menyaksikan orang Melayu terhalau daripada perkampungan mereka, berlaku tragedi berdarah di Kuala Lumpur membabitkan cubaan penyingkiran dan penghinaan terhadap orang Melayu-Islam.

2008 pula berlaku tsunami akibat kemarahan rakyat kepada kerajaan ketika itu dan kecelaruan fikiran orang Melayu dan dianggap sebagai bersifat sementara. Bagaimanapun,

DAP bijak mencuri peluang tersebut dan mereka berjaya menarik kelompok anak-anak muda Cina bahkan hampir keseluruhan masyarakat Cina untuk menyokong mereka menumbangkan Kerajaan UMNO-BN.

Berdasarkan sejarah, orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu untuk mencari peluang yang lebih baik. Mereka hidup susah di Tanah Besar China semenjak ratusan tahun lampau. Seperti mana masyarakat kulit putih berhijrah ke Amerika untuk mencari peluang, begitu jugalah masyarakat Cina yang sekarang ini begitu dominan di Malaysia.

Ternyata, percaturan datuk nenek mereka dahulu berbaloi. British yang bertanggungjawab membawa mereka masuk ke negara ini, terlebih awal menyedari bahaya sekiranya semua orang Cina diberikan kerakyatan Britain dan dibawa pulang ke negara berkenaan. Terbukti, sikap tidak bertanggungjawab British itu ada benarnya.

Masyarakt Cina di negara ini dapat apa yang mereka mahukan. Mereka hidup mewah di bumi Malaysia walaupun pada masa yang sama, Melayu dan Bumiputera masih bergelut untuk menempatkan diri dan mendapatkan saki-baki kek ekonomi yang tersisa peninggalan British.
Tidak sahaja di Malaysia, di Singapura, masyarakat Cina menjadi penguasa dalam segenap segi dan sektor. Singapura bukanlah negara asal mereka tetapi Cina di Singapura telah berjaya menghalau dan meminggirkan orang Melayu yang merupakan penduduk asal di pulau berkenaan.

Kejayaan penguasaan di Singapura itulah yang menjadi perangsang kepada DAP untuk cuba menguasai Malaysia pula dengan kaedah yang sama.

Di negara ini, Cina dapat hidup dengan aman damai dan tidak diganggu bersama-sama kaum Melayu, Bumiputera dan India serta kaum-kaum lain. Berbeza dengan Singapura di mana orang Cina yang menguasai politik dan pemerintahan negara itu, di Malaysia pula, politik dan kerajaannya masih lagi dikuasai oleh Melayu-Bumiputera.

Kedua-dua negara menggunakan sistem yang sama, tetapi menampilkan kelainan yang amat ketara. Di Singapura, orang Melayu hidup biasa-biasa sahaja, bahkan mereka ditekan secara halus, terutama dalam perjawatan dalam kerajaan, sedangkan di Malaysia pula, orang Cina hidup TERSANGAT LUAR BIASA dan mereka bebas menjawat apa juga kerajaan dan menjalankan perniagaan tanpa diganggugugat oleh sesiapa pun.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pernah memberikan gambaran, sekiranya semua bangunan orang Cina di Kuala Lumpur diangkat dari peta, yang tinggal hanyalah Kampung Baru itu sahaja. Sebab semuanya yang ada di Kuala Lumpur adalah milik dan kepunyaan orang cina.
Orang Cina Malaysia sangat hebat. 

Kesemua pekan besar dan bandar-bandar di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak dikuasai mereka. Mereka juga berjaya melahirkan para profesional yang ramai dan berjaya.

Sistem sekolah Cina merek aadalah yang terbaik di mana-mana sahaja di dunia ini, hatta kalau dibandingkan dengan Sekolah Cina di China sendiri. Kebanyakan pelajar di kolej-kolej swasta yang terbaik di Malaysia terdiri majoritinya adalah pelajar berbangsa Cina.
Orang Melayu dan Bumiputera hanya mampu ke kolej milik kerajaan dan yang tidak ternama. Pusat-pusat membeli belah di kompleks-kompleks ternama di Malaysia dipunyai oleh orang Cina. Bahkan sehingga premis menjual simcard untuk telefon di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur juga adalah Cina.

Dalam bidang organisasi korporat dan swasta, orang Cinalah yang menjadi penguasa sebenar. Jumlah orang Melayu boleh dibilang dengan jari dan kalaupun mereka kelihatan aktif, mereka akan ditekan dengan pelbagai cara, termasuklah penggunaan ahli-ahli politik Melayu sendiri yang melabelkan Melayu korporat tersebut sebagai UMNOPUTRA dan kroni UMNO.

Lebih tepat lagi, kebanyakan orang Melayu hanyalah pekerja bawahan. Hendak memohon kerja pun, sekarang ini, perlu faham Bahasa Mandarin. Faham dan fasih Bahasa Kebangsaan sahaja sudah tidak mencukupi bahkan dipandang remeh.

Kita boleh memberikan pelbagai contoh untuk menunjukkan bagaimana Cina di Malaysia telah dijaga dengan baik oleh Melayu dan Bumiputera, walaupun Melayu-Bumiputera itu sendiri hidup merempat dan terpaksa melihat segala kekayaan disapu semuanya oleh Cina.


Namun sesuatu yang seharusnya ditanyakan oleh orang Cina kepada diri mereka, pernahkah Melayu dan Bumiputera di negara ini dengki dan khianat dengan kekayaan serta kemakmuran orang Cina, berbanding dengki dan khianatnya Cina terhadap kuasa politik yang menjadi satu-satunya payung Melayu-Bumiputera di negara ini?
Catat Ulasan