Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 27 April 2014

Keputusan tidak rasmi Azmin kuasai kawasan majoriti bukan Melayu

Azmin seperti yang kita tahu lantang bersuara BERKENAAN DASAR TIDAK MENYOKONG PERLAKSANAAN HUDUD maka tidak hairan keputusan tidak rasmin bagi undian bukan melayu mendahului jauh pencabarnya setakat ini
Pemilihan pimpinan PKR sesi 2014 hingga 2017 yang bermula pada Jumaat lepas di negeri Pantai Timur dan Sarawak menyaksikan penyandang jawatan timbalan presiden, Mohamed Azmin Ali menguasai undi di cabang yang majoriti ahlinya bukan Melayu.

Sehingga Sabtu, seorang lagi calon timbalan presiden, Datuk Saifuddin Nasution Ismail - yang dikatakan mendapat sokongan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim - jauh ketinggalan berbanding Azmin dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Selepas proses undian ditutup pada Sabtu, Azmin dilaporkan telah mendapat 1,254 undi atau 69.21 peratus undi popular, Abdul Khalid mendapat 401 undi (22.13%) manakala Saifuddin memperolehi 151 undi (8.33%).

Keputusan ini merupakan Keputusan tidak rasmi selepas pengiraan undi di 20 Cabang di Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Rekod keputusan menunjukkan Azmin Ali menguasai majoriti undi di Negeri Sarawak khususnya kawasan bukan Melayu seperti di Cabang Stampin, di kawasan majoriti Iban di Cabang Saratok dan Cabang Lubok Antu.

Jumlah undi yang tinggi diperolehi oleh Azmin di kawasan yang majoriti bukan Melayu disebabkan kempen beliau melalui manifesto Keadilanraya dan ketegasan beliau bahawa PKR merupakan parti milik semua kaum.

Azmin juga dikatakan menguasai undi Kelantan dan menang di tiga Cabang yang sudah diperolehi jumlah undiannya iaitu di Tanah Merah, Pasir Puteh dan Ketereh.

Bagi jawatan Ketua AMK, Amirudin Shari meninggalkan pesaingnya Nik Nazmi Nik Ahmad dan Nazree Yunus manakala bagi jawatan Ketua Wanita Pusat, Zuraida Kamaruddin mendahului pesaingnya Rodziah Ismail.

Pemilihan PKR yang melibatkan ahli-ahli parti di semua cabang bermula 25 April lepas dan dijangka selesai pada 11 Mei nanti.

Tiada ulasan: