Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 29 Ogos 2013

PANAS !!! Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail Di Belasah Oleh Bekas Ketua Polis Negara Gara Gara Kenyataan Merapu Gani

SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan pihak polis terlalu bergantung atau 'ketagih' dengan Akta Ordinan Darurat (EO) untuk mengatasi jenayah berat yang membabitkan penggunaan senjata api.

"Tidak bergantung akta itu, dulu akta pencegahan ini melibatkan itu mereka kecil-kecil (pengikut) saja, jadi ketua mereka tidak terlibat.
"Apabila ketua mereka tidak terlibat, hanya mereka yang dituduh di mahkamah ini hanyalah orang bawahan mereka.
"Selalunya kes-kes jenayah begini, saksi akan takut untuk memberi keterangan, maka susahlah kita hendak buktikan di mahkamah.

Menjelaskan walaupun pihak polis kerap menggunakan akta berkenaan sebelum 2011, namun undang-undang itu tidak disalahgunakan secara sembarangan kerana ada Lembaga Penasihat yang akan mengkaji semula kes polis.

"Mana ada penyalahgunaan, Lembaga Penasihat akan buat keputusan kalau ada penyelewengan oleh polis...," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengatakan tahanan tanpa bicara gagal mengekang jenayah sejak zaman dahulu namun polis menggunakannya kerana mereka 'ketagih' dengannya.

Katanya kebanyakan suspek yang ditahan tanpa bicara akan dibebaskan namun tidak meningkatkan tahap keselamatan awam.

Dalam pada itu, Musa berkata meskipun akta tersebut telah dimansuhkan, namun keperluan terhadap akta pencegahan seperti itu masih diperlukan namun tidak boleh wujud penyelewengan dalam pelaksanaannya.

"Akta pencegahan perlu ada, kalau hendak ditentukan bahawa tidak ada penyelewengan, kita boleh minta pihak mahkamah mengeluarkan arahan untuk dikenakan perintah pencegahan," katanya.

Dalam menangani jenayah berat yang kian meruncing sejak akhir-akhir ini, Musa mencadangkan supaya pemantauan terhadap penjenayah berat harus dilakukan dengan lebih kerap dan pihak polis perlu tegas mengambil tindakan termasuk memperbaiki undang-undang sedia ada.

Gani sebelum ini dibidas teruk oleh Tan Sri Rahim Noor yang menyifatkan pandangan Peguam Negara itu terlalu sinikal dan tidak bjak.

“Bermakna undang-undang ketika itu diwujudkan tanpa kajian sehingga menyebabkan polis menjadi ‘ketagih’.

“Beliau tidak bergelumang dengan penjenayah, dia tidak berdepan seperti kita dalam polis. Kita bercakap isu jenayah berat sekarang ini," beliau dipetik sebagai berkata.

Tiada ulasan: