Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 28 April 2014

KOMEN MUFTI ADA KAITAN DENGAN TAJUK SINAR HARIAN YANG ISI KANDUNGANNYA MEMUJA DAP SERTA MEMFITNAH BN SERTA UMNO ?

Benarkah pas boleh menentukan nasib dan cita citanya bersendirian?selagi Umat Islam tak bersatu bagaimanakah ianya nak terlaksana???
LIHAT SAHAJA LAH SINAR HARIAN INI SANGAT LICIK DALAM MENGELUARKAN CERITA YANG TAK DI KETAHUI SUMBERNYA MALAH SANGGUP MEMFITNAH BN DAN LEBIH LICIK SEKALI DEMI MENGHALALKAN CERITA FITNAH INI SINAR HARIAN MEMBUAT PENAFIAN SEPERTI DI BAWAH GAMBAR INI !!!LEBIH MALANG LAGI CERITA FITNAH YANG MENG AGONG KAN DAP INI MENJADI CORETAN PILIHAN EDITOR DI LAMAN UTAMA BAGI MENYEBAR CERITA FITNAH TERSEBUT ..BIJAK MEMANG BIJAK..

UNTUK MAKLUMAN PENULIS CERITA DI EDISI SINAR HARIAN YANG MEMFITNAH BN SETERUSNYA CUBA MENCALAR IMEJ UMNO SI LA BACA ARTIKEL TERDAHULU ADMIN @PM SUATU KETIKA DAHULU JADI SIAPA YANG HINA HUDUD NI ? LIHAT BUKTI SIAPA HINA SIAPA MCA KE DAP DI SINI






Mufti selar tindakan individu yang mengaitkan pelaksanaan hudud berpaksikan kepartian atau politik semata mata dan admin pm menganggap perkara ini jelas ada kebenarannya bukti terlalu nyata seperti contoh yang admin pm dapat lihat di mana kisah yang di keluarkan sinar harian hari ini yang jelas cuba mencipta persepsi serta berniat memburukkan Umno walhal keterbukaan umno untuk menyokong pas berlandaskan ke untungan Islam semata mata bukan kapasiti kepartian


Kuantan: Perbincangan mengenai pelaksanaan hukum hudud tidak harus berpaksikan aspek kepartian atau politik semata-mata, sebaliknya membabitkan semua pihak terbabit secara langsung dalam melaksanakannya.


Sehubungan itu, Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman mencadangkan supaya Pejabat Peguam Negara mengambil inisiatif melaksanakan muzakarah khas bagi membincangkan isu membabitkan pelaksanaan hukum hudud di negara ini. Katanya, Pejabat Peguam Negara boleh menjemput pelbagai pihaknya seperti mufti-mufti, pensyarah dan agensi-agensi yang bakal melaksanakannya, seperti jabatan agama untuk membincangkan perkara itu supaya ia lebih jelas dan meliputi semua aspek. 


Kena tanya juga pandangan daripada majlis agama setiap negeri yang diketuai sultan masing-masing atau Yang di-Pertuan Agong bagi negeri tidak beraja," Abdul Rahman Othman, Mufti Pahang

“Hudud adalah hukum Allah yang kita amat alu-alukan pelaksanaannya dan sudah tentu semua pihak terbabit dengannya bersedia untuk membantu supaya ia direalisasikan, mungkin boleh juga panggil PAS kerana mereka hendak ia dilaksanakan di Kelantan.

Pandangan majlis agama


“Selain itu kena tanya juga pandangan daripada majlis agama setiap negeri yang diketuai sultan masing-masing atau Yang di-Pertuan Agong bagi negeri tidak beraja, ia harus dilaksanakan sebelum sebarang undang-undang dipinda atau dibentuk sebelum hukum hudud diperkenalkan,” katanya, semalam.

Kerajaan PAS Kelantan melalui Ahli Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian untuk melaksanakan hudud di Dewan Rakyat, bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember depan. 
Niat PAS itu mendapat sokongan daripada kebanyakan Ahli Parlimen UMNO, bagaimanapun rakan sekutu parti berkenaan, PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang pula memberi reaksi berbeza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini dipetik sebagai berkata Kerajaan Pusat tidak pernah menolak hudud sebagai hukum ditetapkan Allah, namun mengakui banyak kekangan dan keutamaan perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum ia dapat dilaksanakan.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, segala persediaan ke arah pelaksanaan hukum hudud harus dibuat secara rapi dan teliti supaya ramai pihak tidak keliru apabila dilaksanakan nanti.

“Sebab itu kena ada perbincangan khas dan kalau boleh bentuk jawatankuasa teknikal khas bagi membincangkan hukum hudud maknanya, semua harus dijelaskan supaya semua orang faham,” katanya.

Tiada ulasan: