Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 28 April 2014

TAHNIAH KERAJAAN SELANGOR SAMBUNG DERITA RAKYAT ?

TERKINI Catuan air membabitkan tujuh juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak awal Mac lalu, akan diteruskan walaupun kapasiti di tujuh empangan mencatatkan peningkatan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata ini kerana kerajaan negeri masih belum mencapai keputusan sama ada untuk menamatkan catuan air atau tidak, kerana perlu meneliti beberapa faktor. 

"Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dan Jawatankuasa Air Selangor akan berbincang untuk pertimbangkan semua perkara, termasuk paras loji empangan, kandungan aliran air dan jumlah takungan. 

"Ketika ini, paras empangan mencatatkan peningkatan sedikit walaupun hujan turun dengan kerap kebelakangan ini. Situasi ini berikutan kebanyakan hujan yang turun adalah di kawasan hilir sungai. Jadi, catuan hanya boleh dihentikan secara berperingkat kerana krisis ini sendiri tidak dapat dihentikan dalam masa terdekat," katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Tiada ulasan: