Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 27 April 2014

BILA GUAN ENG PERTAHAN JEFF OOI DI MANA PEMIMPIN PKR YANG BERANI PERTAHAN MB SELANGOR ?

Guan Eng dipetik berkata: “Dia (Jeff Ooi) bercakap dengan berani dan terus terang
Kenyataan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang menggelar Abdul Khalid Ibrahim sebagai ‘MB tiada guna’ ekoran krisis air di Selangor nampaknya tidak menggusarkan kepimpinan DAP.
Malah, ketika ditanya mengenai keceluparan Jeff Ooi itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan, beliau lebih memandang ia sebagai kelemahan dan menegaskan bahawa rakannya itu mempunyai kekuatan lain yang wajar diberi perhatian.
Ditanya kenapa masih “menyimpan” Jeff sebagai barisan depan pentadbirannya, Guan Eng berkata, beliau tetap memerlukan Jeff sama seperti beliau memerlukan peranan pemimpin DAP yang lain.
“Saya katakan saya bergantung kepada (Jeff) Ooi sama seperti saya perlukan kepada semua pemimpin saya yang lain. Saya lebih melihat kekuatan berbanding kelemahannya,” katanya dipetik portal Malaysiakini.
Guan Eng dipetik berkata: “Dia (Jeff Ooi) bercakap dengan berani dan terus terang, kadang-kadang kalau kita memarahinya, kita dapati dia sebenarnya mempunyai kekuatan yang lain.
“Kita sepatutnya bekerja sebagai satu pasukan dan apabila kita mendapatkan kejayaan, ia bukan milik satu orang tetapi untuk keseluruhan pasukan, ” katanya.
Jeff sebelum ini mengeluarkan komen keras dengan mendesak supaya Khalid dipecat sebagai Menteri Besar Selangor kerana gagal menangani isu air di negeri tersebut.
Dalam laman Facebook, Jeff menceritakan pengalamannya yang sering ‘mandi kerbau’ di rumahnya di Subang Jaya, Selangor gara-gara catuan air yang dilakukan sejak dua bulan lalu.
Jeff berkata, pentadbiran Khalid terlalu teruk dalam menguruskan air dan membandingkan senario catuan air yang tidak pernah berlaku seburuk itu, walaupun ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN).
“Saya hanya pulang sekali dalam dua minggu , walaupun hanya untuk tidur. Dan air dipotong setiap kali saya pulang akhir-akhir ini. Setiap kali pulang saya terpaksa mandi kerbau,” tegasnya.
Khalid dalam responnya menegaskan bahawa Jeff tiada hak untuk mendesak pemecatan beliau.
Ini bukan kali pertama Jeff dikritik ekoran sikap ‘cakap lepas’, malah beliau pernah ditegur kerana memanggil kakitangan awam berpangkat rendah Majlis Perbandaran Pulau Pinang sebagai “kucing kurap”.
Jeff juga pernah dikecam pelbagai pihak termasuk pertubuhan Islam kerana menggelar pertubuhan Pertubuhan Jamaah Islah (JIM) sebagai pergerakan pelampau, malah sehingga hari bertegas enggan meminta maaf.

Tiada ulasan: