Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 11 Julai 2013

PRK Kuala Besut: Polis sedia hadapi segala kemungkinan

JERTIH: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis bersedia menghadapi segala kemungkinan bermula dari hari penamaan calon sehingga hari mengundi kerana menjangkakan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang sengit.

Beliau berkata, pihaknya akan memastikan segala aspek keselamatan terjamin sepanjang hari penamaan calon pada Jumaat ini dan diikuti hari membuang undi pada 24 Julai ini.Berikutan itu, katanya, polis meminta pengundi supaya tidak perlu risau dan keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing tanpa rasa ragu-ragu.
 


"Saya berpuashati dengan segala persiapan untuk menghadapi PRK Kuala Besut ini," katanya pada sidang media selepas mendengar taklimat mengenai persiapan polis dan aspek keselamatan PRK terbabit di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Besut, di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Khalid menasihatkan parti yang bertanding supaya memohon permit bagi mengadakan ceramah sewaktu tempoh berkempen.

Tiada ulasan: