Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 11 Julai 2013

Masjid Shah Alam sedia 1,200 bungkus bubur lambuk setiap hari sepanjang Ramadan

SHAH ALAM - Sebanyak 1,200 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai bermula hari ini di perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini sepanjang bulan Ramadan.
Pengerusi Jawatankuasa Pengimarahan Masjid, Datuk Sri Abu Bakar Abdul Hamid berkata, pengagihan bubur lambuk itu merupakan acara tahunan masjid itu dan sebanyak RM100,000 telah diperuntukan untuk program tersebut.
"Peruntukan untuk kami menyediakan bubur lambuk ini telah disumbangkan pelbagai pihak termasuk individu dan syarikat korporat.
"Bubur ini diagihkan kepada orang ramai diperkarangan masjid selepas solat Asar, bermula hari ini sehingga 27 Ramadan (5 Ogos) depan,” katanya pada majlis pelancaran sumbangan bubur lambuk itu di masjid berkenaan. - Bernama

Tiada ulasan: