Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 11 Julai 2013

MENGAPA INDONESIA DAN MALAYSIA BERBEZA MULA BERPUASA

Majoriti anggota Muhammadiyah di Indonesia pula sambut Ramadan sehari lebih awal berdasar kriteria 'wujudul hilal'
JUTAAN umat Islam di serata dunia memulakan puasa Ramadan hari ini, sementara Muslim di beberapa negara lain, termasuk di Barat, sudah pun memulakannya semalam.
Pihak berkuasa agama di Arab Saudi mengumumkan puasa bermula hari ini.
Begitu juga dengan Qatar, Bahrain, Kuwait, Oman dan Amiriah Arab Bersatu (UAE)
Di Asia Tenggara, Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura juga memulakan puasa hari ini.
Sementara itu, umat Islam di Barat, seperti Perancis, telah pun berpuasa semalam sama seperti Muslim di Nigeria, China dan Russia.
Turkey juga mula berpuasa semalam.
Di Jakarta, Menteri Ehwal Agama Indonesia, Encik Suryadharma Ali, kelmarin mengumumkan bulan puasa bermula hari ini.
Keputusan itu dibuat selepas satu mesyuarat yang dihadiri oleh 12 pertubuhan dan delegasi Islam dari negara-negara Islam berdekatan yang diadakan pada petang kelmarin, lapor akhbar Tempo .
Bagaimanapun, Muhammadiyah, antara pertubuhan terbesar di Indonesia, mengumumkan bahawa hari pertama Ramadan jatuh semalam.
Majoriti anggotanya mengadakan solat terawih, malam kelmarin.
Encik Suryadharma, bagaimanapun, menekankan bahawa ketetapan tarikh permulaan ibadah itu yang berlainan antara pertubuhan Islam tidak harus dijadikan satu isu besar.
"Kami masih menghormati pertubuhan-pertubuhan massa yang menganuti pandangan berbeza," kata beliau selepas mesyuarat di pejabat Kementerian Ehwal Agama itu, kelmarin.
Encik Suryadharma menambah, beliau berharap perbezaan itu tidak menyebabkan berlakunya perpecahan dalam kalangan umat Islam.
Menurutnya, pemerintah Indonesia akan terus berbincang dengan pertubuhan-pertubuhan massa untuk mencari titik persamaan tentang bagaimana menanggapi hilal, atau anak bulan, yang menetapkan tarikh bulan puasa itu.
Perbezaan awal Ramadan itu disebabkan oleh perbezaan kriteria yang digunakan oleh Muhammadiyah berbanding dengan pemerintah Indonesia dan Nahdlatul Ulama (NU), pertubuhan Islam terbesar di Indonesia, menurut seorang ahli akademik yang dipetik oleh Tempo.
Dan, ini akan berlanjutan hingga dua tahun akan datang, kata Pensyarah Program Pengajian Astronomi di Institut Teknologi Bandung, Dr Moedji Raharto.
Beliau menjelaskan bahawa pemerintah Indonesia dan NU menggunakan kriteria 'dua darjah'.
Ini bermakna, anak bulan akan ditetapkan dapat dilihat apabila ia mencapai ketinggian dua darjah busur dari ufuk.
Muhammadiyah pula, menurutnya, menerapkan kriteria 'wujudul hilal', iaitu anak bulan sudah boleh ditetapkan apabila ia berada lebih tinggi daripada sifar darjah busur.
"Perbedaan dua darjah itu menyebabkan perbezaan tentang awal Ramadan dan Syawal," kata Dr Raharto, kepada Tempo, kelmarin.
Di Kuala Lumpur, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, pada malam kelmarin berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari ini, mengikut perintah Yang Dipertuan Agong negara itu.
Majlis Raja-Raja Malaysia bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa di negara itu adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
  • Mahu mengkaji Al-Quran lebih gigih lagi;
  • Enggan menggunakan bahasa kesat; dan
  • Meluangkan lebih banyak masa dengan keluarganya.
"Ada kalanya, ibu saya dan saya sering bertelagah, dan saya mahu lebih banyak bersabar. Saya lebih sedar bahawa hidup ini bukan selama-lamanya, jadi saya mahu melakukan yang terbaik baginya," kata pelajar berusia 17 tahun dari Bowie, Maryland, itu.
Iro adalah sebahagian daripada sekumpulan remaja Islam Amerika yang sedang meneroka tema utama Ramadan melalui penyertaan mereka dalam salah satu acara pertandingan akademik Islam terbesar di sana. - Agensi.

Tiada ulasan: