Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 10 Mei 2013

PENOLAKAN TERHADAP KHALED SEBAGAI CALON MB SELANGOR !! ??



Post PicSHAH ALAM: Penolakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar dikatakan berpunca daripada campur tangan pegawai-pegawai Pejabat Menteri Besar terhadap pengurusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan wakil-wakil rakyat Selangor.
 
Sumber daripada wakil rakyat Selangor memberitahu, wakil rakyat serta anggota PKR sering diperlekehkan pegawai terbabit menyebabkan perjalanan parti terjejas dan pelbagai perancangan yang dibuat tidak dapat dilaksanakan.
 
“Pegawai tingkat 21, Faekah Husin, Arfah Aziz dan Pentadbir Pemerbadanan Menteri Besar, Rohani Talib sering campur tangan dalam hal parti, bukan sahaja PKR malah DAP dan juga PAS.
 
“Pelbagai program yang dirancang di peringkat akar umbi terjejas, malah berkubur setengah jalan apabila ketiga-tiga mereka campur tangan dan membuat keputusan tanpa merujuk pada pimpinan parti,”
 
Sumber itu mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang mempertikaikan pemilihan Tan Sri Khalid sebagai menteri besar tanpa merujuk dan berbincang dengan pimpinan parti serta wakil-wakil rakyat pakatan pembangkang.
 
“Kami menganggap keputusan yang dibuat oleh presiden dan pegawai-pegawai pejabat Khalid sebagai tidak sah dan perlu dirujuk semula kepada pimpinan parti, termasuk timbalan dan wakil-wakil rakyat PKR.
 
“Kami juga merasakan Khalid tidak layak meneruskan tugas sebagai menteri besar kerana pelbagai masalah gagal diselesaikan menyebabkan PKR hilang satu kerusi dan pertambahan jelas kepada PAS serta DAP,” kata sumber itu.
 
Beliau serta rakan-rakan dalam PKR kesal kerana Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga penasihat ekonomi Selangor, gagal menangani masalah yang ditimbulkan oleh pegawai-pegawai pejabat menteri besar.
 
Beliau turut mencadangkan pegawai-pegawai terbabit digugur bagi mengelakkan pentadbiran kerajaan Selangor lebih huru hara, selain kepimpinan Khalid yang dianggap sangat lemah dari segi hubungan dengan kakitangan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK).
 
Khalid dikatakan tidak mesra dengan kakitangan kerajaan dan tidak pernah ke surau SUK walaupun menyandang Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, selepas Datuk Dr Hasan Ali dipecat daripada PAS pada 8 Januari 2012.

Tiada ulasan: