Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 1 Mei 2014

Kerajaan tetap laksanakan GST, protes atau tidak – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan tetap melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) pada April 2015 meskipun mendapat bantahan dari sesetengah pihak, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Katanya, ini kerana kerajaan sudah hampir 30 tahun membuat persiapan bagi tujuan itu.
Sambil menyifatkan perhimpunan membantah CBP sebagai tidak wajar, Ahmad berkata penganjur perhimpunan seharusnya menggunakan pendekatan lebih baik untuk menyuarakan pendapat mereka.
“Mereka sepatutnya mengemukakan memorandum berhubung perkara itu, ini (bantahan) hanya bertujuan untuk mempolitikkan segala perkara baik yang kerajaan mahu laksanakan”, katanya  kepada pemberita di sini, hari ini.
CBP yang dikenakan pada kadar enam peratus menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan dikecualikan ke atas barangan makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung dan minyak masak.
Barangan dan perkhidmatan lain yang turut dikecualikan ialah perkhidmatan kerajaan seperti pengeluaran pasport, lesen dan perkhidmatan kesihatan.
Ahmad Maslan berkata CBP bukan perkara baharu, malah 90 peratus penduduk dunia berada dalam negara yang telah mengamalkannya.
Kadar CBP yang bakal dikenakan juga adalah antara yang terendah dalam dunia, katanya.
“Prinsip yang perlu semua fahami adalah cukai itu diproses daripada rakyat dan dikembalikan semula kepada rakyat untuk tujuan pembangunan sosial dan ekonomi mereka.
“Kerajaan tak simpan duit itu kerana kita akan kembalikan kepada rakyat melalui bajet tahunan”, katanya.
Terdahulu Ahmad menyampaikan cek contoh bernilai RM750,000 oleh Bank Simpanan Malaysia (BSN) selaku penganjur utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 kepada Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. – awani
Catat Ulasan