Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 12 Mei 2013

Parti PKR tidak tahu malu Hidung Tak Mancung Pipi Tersorong -Sorong Menurut 2 BADAN BKN KERAJAAN !!!

Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus menerima tamparan hebat apabila dua badan bukan kerajaan menyifatkan pimpinan parti itu sebagai tidak tahu malu apabila mendakwa jawatan Menteri Besar Selangor sebagai hak mereka parti paling layak menuntut kerusi tersebut ialah Pas yang dipimpin orang Melayu dan beragama Islam apabila ia memenangi 15 kerusi DUN pada PRU-13.

Satu lagi rakan pakatan ialah DAP memenangi 15 kerusi DUN tetapi wakil parti itu tidak boleh menjadi Menteri Besar memandangkan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor mensyaratkan ketua negeri itu hendaklah orang Melayu dan beragama Islam.
PKR diibaratkan sebagai hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong apabila ada pemimpin tertentu mereka yang begitu mengidamkan jawatan Menteri Besar sedangkan calon tersebut langsung tidak layak atas faktor keperibadian yang dimilikinya.
Mereka harus bersyukur kerana Pas telah memberi laluan kepada calon daripada parti itu untuk mengisi jawatan berkenaan.dan berdasarkan amalan demokratik, parti yang menang biarpun memiliki kelebihan satu kerusi perlu diberi kuasa mutlak untuk memimpin kerajaan negeri selepas parti sekutu lain gagal menguasai banyak kerusi di DUN,
mengulas kenyataan Dewan Pemuda Pas Selangor kelmarin yang menegaskan jawatan Menteri Besar Selangor tidak semestinya diperuntukkan kepada PKR kerana tiada sebarang perjanjian mengenainya.
Ekoran itu, Timbalan Ketuanya, Mohd. Sany Hamzan dalam satu kenyataan meminta pemimpin PKR Selangor supaya cermin diri dan sedar diri sebelum menyatakan bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak milik tetap PKR.
Beliau kemudian menganggap kenyataan Pengerusi PKR negeri, Mohamed Azmin Ali; Ketua Wanita PKR negeri, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Penerangan PKR, Shuhaimi Shafiei yang menekankan bahawa kerusi Menteri Besar sebagai kerusi tetap PKR sebagai orang tamak haloba.
Selain itu, calon Menteri Besar juga menjadi kontroversi apabila Pas dan DAP mahu Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR kekal sebagai Menteri Besar namun Mohamed Azmin turut dikaitkan dengan persaingan merebut jawatan itu.
Sementara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, rakyat di negeri ini tertanya-tanya siapa calon Menteri Besar mereka sedangkan dalam akhbar, pakatan pembangkang masih bertikam lidah mengenai isu pelantikan jawatan tersebut.
Menurutnya, situasi tersebut jelas membuktikan parti-parti pembangkang dalam pakatan rakyat tidak bermuafakat dan bersatu hati.
"Di negeri-negeri lain semua sudah ada Menteri Besar kecuali Selangor. Menteri Besar dan barisan Exco Kerajaan Negeri perlu dibentuk segera agar pentadbiran dapat berjalan lancar," ujarnya.
Di Kuala Lumpur, penganalisis politik, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain (gambar) berkata, Pas tidak sepatutnya beralah kerana parti itu mempunyai lebihan satu kerusi berbanding PKR.
Katanya, langkah PKR yang terlalu beria-ia untuk meletakkan anggota mereka sebagai calon Menteri Besar Selangor adalah sesuatu yang kurang wajar dan dilihat seperti tidak memahami proses demokrasi.
"PKR seolah-olah tidak tahu sifir dalam politik dan dalam hal penyerahan kuasa mereka seperti tidak mahu rakan perjuangan mendahului mereka,"

Tiada ulasan: