
"Ketiga-tiga laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada 3 petang" katanya kepada pemberita di sini semalam.
Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO berkenaan, Kamarudin Hassan berkata, laporan polis juga dibuat mengenai perhimpunan haram di Stadium Kelana Jaya pada 7 Mei lepas dan fitnah kononnya Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dipaksa meletakkan jawatan.Yang turut hadir ialah Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Khyril Anuar Abd. Rahim dan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Azha Mustapha.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan menerima laporan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan