Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 13 Mei 2013

MALAYSIA HARUS TEGAS KUATKUASAKAN UNDANG2 SUPAYA PENDEMO JANGAN SESUKA HATI SERTAI DEMO TANPA PERMIT POLIS


Kita wajar menekan dan mendesak kerajaan supaya  bertindak tegas terhadap kesemua tindakan Demontrasi yang di buat di Malaysia dengan menangkap sesiapa yang melanggar undang-undang Negara kita buat kita menyampah melihat aksi-aksi jalanan mereka ni

Kerajaan juga wajar bertindak tegas melucutkan kerakyatan 21 rakyat Malaysia yang mengadakan perhimpunan haram sebagai membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di Singapura pada Rabu lalu dan tindakan tegas wajar kerana jika kita lihat Admin rasa kerajaan kita manjakan sangat anak muda hingga mereka biadap sangat pada kerajaan dan demonstrasi haram yang diadakan di Singapura itu memalukan dan menjatuhkan imej Malaysia serta telah memberi gambaran salah mengenai kelemahan kerajaan di negara ini kepada pihak luar.
Malaysia wajib mengambil tindakan sama seperti polis Singapura dengan menangkap mana-mana pihak yang mengadakan perhimpunan haram di negara ini dan bertindak tegas seperti ketegasan Singapura dalam insiden pihak berkuasa Singapura yang menahan 21 rakyat Malaysia kerana mengadakan demonstrasi haram di Merlion Park, Singapura.
Kesemua mereka ditahan di bawah Akta Ketenteraman Awam negara itu kerana mengadakan bantahan secara haram walaupun polis Singapura berulang kali memberi amaran agar mereka tidak berbuat demikian.
Penganjur demonstrasi itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sebanyak S$10,000 (RM24,115) atau kedua-duanya sekali, sementara mereka yang menyertai bantahan haram itu pula boleh dikenakan denda sehingga S$5,000 (RM12,057).
Selain kes di Singapura itu kerajaan jangan pandang sebelah mata juga dan wajib menyiasat mengenai tindakan 100 pelajar Malaysia di Taiwan pada 6 Mei lalu yang memegang bendera Malaysia secara terbalik bagi memprotes keputusan PRU-13.

Tiada ulasan: