Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 10 Mei 2013

Gangguan bekalan air di Hulu Langat dan Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR - Seramai 189,475 pengguna yang melibatkan 37,892 akaun di Hulu Langat dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran kerosakan pam di loji rawatan air Sungai Langat.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dalam satu kenyataan hari ini berkata, gangguan berkenaan adalah disebabkan berlaku gegaran luar biasa pada pam air mentah 16MGD nombor lima di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat yang diurus oleh Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd.
"Kerja-kerja baik pulih pam ini dijangka mengambil masa selama tiga hari dan dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 10 malam hari Ahad," katanya.
Antara kawasan yang terlibat di Hulu Langat ialah Taman Balakong Jaya, Taman Puncak Utama, Jade Hill dan Taman Sri Timah.
Di Kuala Lumpur antara kawasan yang terlibat ialah TUDM Sungai Besi, Taman Seputeh, KL Sentral, Persiaran Syed Putra, Jalan San Peng dan Jalan Chan Sow Lin.
"Sebagai bantuan kecemasan kepada pengguna yang dijangka terlibat dengan gangguan bekalan air ini, pihak Syabas telah menyediakan sebanyak 13 buah lori tangki di wilayah Hulu Langat dan tiga buah lori tangki air di Kuala Lumpur untuk digerakkan di kawasan terlibat.
"Syabas menyarankan para pengguna untuk melayari laman web Syabas di www.syabas.com.my untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung gangguan bekalan air ini," kata kenyataan itu. - Bernama

Tiada ulasan: