Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 6 April 2013

PM lancar tiga projek RM7 bilion




NAJIB (dua dari kiri) melihat replika Masjid Cyberjaya pada majlis perasmian dan pecah tanah projek pembangunan di Cyberjaya semalam.



CYBERJAYA – Sebanyak tiga projek pembangunan di Cyberjaya yang menelan kos lebih RM7 bilion dilancarkan secara serentak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis pecah tanah Masjid Cyberjaya di sini semalam.
Ketiga-tiga projek pembangunan berkenaan diterajui oleh sebuah pemaju induk, Cyberview Sdn. Bhd.
Projek berkenaan termasuk pembinaan Masjid Cyberjaya yang merupakan masjid pertama mendapat anugerah Indeks Platinum Hijau dilaksanakan dengan kos pembinaan mencecah RM62 juta.
Projek pembinaan masjid seluas 8,826 meter persegi di atas tanah seluas tujuh hektar itu akan melalui dua fasa.
Fasa pertama projek yang dibangunkan oleh syarikat Koridor Padu Sdn. Bhd. dijangka siap menjelang 2015.
Masjid tersebut mampu memuatkan 8,500 jemaah pada satu-satu masa.
Turut dilancarkan Perdana Menteri ialah projek Perumahan Cyberjaya yang bernilai RM1.02 bilion.
Ia melibatkan pembinaan 2,500 unit rumah serta pusat komersial yang turut membabitkan 794 unit Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
Projek tersebut dibina oleh pemaju Gadang Holdings Berhad.
Unit kediaman PR1MA yang ditawarkan pada harga antara RM220,000 dan RM250,000 itu nanti akan membolehkan pemiliknya mendapat peningkatan nilai tambah aset secara serta-merta.
Sementara itu, projek ketiga yang akan dilaksanakan ialah pembinaan Pusat Bandar Cyberjaya bernilai RM6 bilion di atas tanah seluas 57 hektar oleh SP Setia Berhad.


PERDANA MENTERI melakukan simbolik pecah tanah Masjid Cyberjaya di Persiaran Semarak Api, Cyberjaya semalam.



Dalam ucapannya, Najib berkata, menerusi pembangunan tiga projek itu, Cyberjaya bakal mendapat pelaburan tambahan dengan jumlah keseluruhan pelaburan bernilai RM20 bilion dalam tempoh lima tahun.
Bagaimanapun, katanya, kejayaan pelaksanaan projek tersebut dipengaruhi oleh dua faktor iaitu penyelesaian isu air dengan kerajaan Selangor dan kesinambungan kepimpinan di Putrajaya.
“Untuk merealisasikan kejayaan ketiga-tiga projek berkenaan, dua isu tersebut perlu diatasi dan rakyat berpeluang mengubahnya (melalui pilihan raya umum) dalam tempoh terdekat,” katanya.
Penduduk Cyberjaya yang kini berjumlah 55,000 orang akan meningkat kepada 100,000 menjelang tahun 2017.sumber kosmo

Tiada ulasan: