Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 10 Jun 2013

DBKL SAH MENOLAK BLACKOUT505 DI PADANG MERBUK SABTU DEPAN

DBKL
DBKL SAH KAN TIDAK MEMBENARKAN BLACKOUT505 DI  PADANG MERBOK
Kenapa DBKL menolak permohonan Penganjur memang bertepatan dan kena pada tempatnya kerana mereka kan ada tempat sendiri kan elok buat kat stadium Shah Alam kenapa nak susahkan orang Awam dengan memilih padang Merbok yang sangat berhampiran dengan Pusat Bandar jawapannya Mudah iaitu bagi menunjukkan jumlah kehadiran ramai walhal orang Awam yang memang banyak lalu lalang dikawasan tersebut dengan kesesakan lalu lintas pasti berlaku dan pihak berkuasa terpaksa menjaga Keamanan dengan menghantar sebilangan besar anggota disitu kan menyusahkan
KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjur Black505 untuk mengadakan perhimpunan di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 22 Jun ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata pihak polis tiada halangan membenarkan perhimpunan berkenan namun semuanya tertakluk kepada pendirian DBKL sendiri.
Ahmad Phesal menjelaskan DBKL tidak keberatan untuk menerima permohonan penganjur sekiranya perhimpunan berkenaan diadakan di tempat tertutup.

Beliau berkata alasan konkrit penolakan permohonan itu adalah Padang Merbokterletak begitu dekat pusat bandar dan terdedah kepada masalah kesesakan lalu lintas memandangkan terdapat jalan-jalan utama untuk pengguna keluar masuk ke pusat bandar raya.
"Jalan-jalan itu adalah seperti Jalan Kuching, Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Parlimen sendiri adalah jalan protokol dan popular untuk aktiviti berbasikal dan program riadah lain.
"DBKL menitikberatkan soal pengawasan dan pengawalan lalu lintas yang sempurna dan penganjuran perhimpunan di Padang Merbok pastinya menimbulkan kesesakan lalu lintas," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya hari ini dan menambah surat penolakan itu akan dikeluarkan secepat mungkin.
Katanya satu lagi sebab penolakan itu ialah DBKL perlu memastikan kesempurnaan landskap di Padang Merbok dan sekitarnya terus kekal di tahap tertinggi.
Selain itu, Ahmad Phesal menegaskan DBKL telah menerima tempahan awal daripada Majlis Olimpik Malaysia pada 18 Dis lepas untuk mengadakan Larian Olimpik 2013 pada 23 Jun dan penganjur perlu membuat kerja-kerja logistik dan persediaan awal sehari sebelum majlis itu.
Beliau berkata pihaknya mencadangkan agar penganjur mengadakan perhimpunan pada 22 Jun ini di tempat tertutup seperti di Stadium Merdeka dan Stadium Titiwangsa.
"Kita akan panggil mereka pada 14 Jun ini untuk berbincang dan bersemuka. Kita akan berikan pandangan dan alasan, yang mana mesyuarat itu juga turut dihadiri wakil Polis Diraja Malaysia. 
"Kita akan cuba bantu mereka mendapat tempat yang sesuai," katanya.
Psttt..kan mereka ada stadium Shah Alam pegi jerlah berhimpun di situ sikit kami tak heran asalkan berhimpun secara Aman dan tidak melanggar syarat2 berhimpun

Tiada ulasan: