Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 6 April 2013

Warga Cyberjaya bersyukur bakal dapat masjid baharu




CYBERJAYA - Pembinaan Masjid Cyberjaya yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam disambut dengan rasa syukur oleh masyarakat Islam yang tinggal dan bekerja dalam kawasan yang dibangunkan untuk menjadi Lembah Silikon Malaysia itu.
Apabila siap pada tahun 2015, masjid bernilai RM62 juta itu mampu memuatkan 8,500 jemaah pada satu-satu masa, sekali gus menamatkan penantian penduduk beragama Islam yang selama ini tidak mempunyai kemudahan yang selesa untuk beribadat.
Menurut seorang penduduk, Alias Osman, 55, masjid itu kelak akan memudahkan orang ramai beribadat khususnya untuk solat Jumaat.
Selama ini, Alias yang sudah bekerja di Cyberjaya sejak tahun 1998 terpaksa menunaikan solat di surau Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya atau di Universiti Multimedia.
"Surau di situ tidak mampu menampung jemaah yang ramai hingga ada yang terpaksa bersolat di bawah panas terik," katanya.
Kosmo! pada 3 April lalu melaporkan mengenai rungutan orang ramai di Cyberjaya, terutamanya kaum lelaki, yang menghadapi kesukaran untuk menunaikan solat Jumaat kerana ketiadaan masjid.
Seorang pekerja swasta, Mohd. Zakri Aminurashid, 32, menganggap projek tersebut tepat pada masanya kerana penduduk Cyberjaya sememangnya memerlukan masjid untuk kemudahan beribadat.
Katanya, pada masa ini ada dalam kalangan jemaah terpaksa ke Dengkil atau Puchong untuk menunaikan solat Jumaat selepas surau di kawasan berdekatan sesak.
"Jarak perjalanan ke tempat lain untuk mencari masjid dianggarkan sejauh 30 kilometer pergi dan balik dan ini menyusahkan kami.
"Kadangkala saya masuk lewat ke pejabat kerana menempuh perjalanan jauh untuk menunaikan solat Jumaat," ujarnya.


Artikel Penuh: DISINI 

Tiada ulasan: