Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 24 Julai 2013

KEPUTUSAN RASMI PRK DUN KUALA BESUT BN BERJAYA MENDAPAT KEPERCAYAAN PENGUNDI DENGAN MEJORITI LEBIH BAIK

Tahniah Barisan Nasional (BN)yang menang bergaya terhadap calon Pas dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut hari ini, dengan ini pihak Admin @pm ingin menyampaikan sekalung tahniah pada Tengku Zaihan dan tidak lupa kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu Calon kesayangan kawasan Kuala Besut N01 ini.

Semua tujuh pusat pengundian yang dibuka sejak awal pagi tadi sudah pun ditutup tepat jam 5.00 petang tadi menandakan tamatnya proses pengundian sempena PRK DUN Kuala Besut dan Kemenangan ini menunjukkan kepercayaan orang Melayu di kawasan Mejoriti orang Melayu terhadap keupayaan BN menjagaga kepentingan Agama Islam berbanding Pas yang hanya dilihat lemah dibawah telunjuk DAP

Barisan Nasional (BN) mempertahankan kemenangan dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut hari ini dengan bilangan undi sebanyak 8,288.
Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang memperoleh majoriti 2,592 undi menewaskan calon dari Pas, Endot@Azlan Yusof yang mendapat sebanyak 5,696 undi

Tiada ulasan: