Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 16 Mei 2014

Rusuhan anti-China, tiada rakyat Malaysia cedera

Gambar sekadar hiasan
KUALA LUMPUR - Kementerian Luar setakat ini belum menerima sebarang laporan mengenai rakyat Malaysia yang cedera atau terjejas berikutan rusuhan di kilang milik asing di selatan Vietnam.

Kenyataan Wisma Putra hari ini menyebut situasi di Vietnam adalah terkawal dan Konsul Jeneral Malaysia di Bandaraya Ho Chi Minh sedang memantau rapi keadaan itu.

"Semua rakyat Malaysia di Vietnam dinasihat agar berwaspada dan menjauhi kawasan yang terjejas," katanya sambil menambah syarikat milik Malaysia tidak terkecuali daripada mengalami kerosakan dan kerugian dalam insiden itu.

Menurut kenyataan itu, Malaysia menghargai usaha berterusan kerajaan Vietnam dalam mengekang rusuhan di selatan Vietnam yang mengakibatkan kerugian harta benda bernilai berbilion Dong dan ribuan pekerja kehilangan sumber pendapatan. 

Kenyataan itu juga menyebut Malaysia menggesa mereka yang terlibat mengelak daripada terus memburukkan lagi keadaan serta melahirkan kebimbangan terhadap rusuhan yang berlaku, terutama di Wilayah Binh Duong, yang menyaksikan perusuh mengganggu pekerja kilang, memecah masuk, menggeledah serta memusnahkan premis kilang sekali gus menyebabkan operasi kilang terganggu.

Media melaporkan bahawa ribuan penduduk tempatan melancarkan rusuhan anti-China semalam dan membakar beberapa kilang milik usahawan negara itu di bahagian selatan dan tengah Vietnam sebagai membantah tindakan China membina pelantar minyak di kawasan pengeluaran bahan mentah berkenaan di perairan Laut China Selatan yang menjadi rebutan. - Bernama

Tiada ulasan: