Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 21 April 2013

KEPERIHATINAN MEMBAWA MAUT;KEMELANGAN NGERI TRAGEDI MERAGUT 5 NYAWA !!!!

SHAH ALAM: Lima maut, termasuk seorang yang hendak membantu mangsa dalam dua kemalangan ngeri membabitkan empat motosikal dan dua kereta di Kilometer 10 Lebuhraya Persekutuan menghala Klang, 3.20 pagi tadi.
Mangsa yang terbunuh adalah penunggang, Amirul Afiq Zainuddin, 22; Syahmie Farid Izzat Samsuddin Shah, 21; Mohd Faridzuan Mohd Aziz, 21; M Kalaychelven (cuba membantu), 50, dan pemandu, Lee Wilson, 22.
Kesemua mereka disahkan maut di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahidi Ayob berkata, kejadian pertama berlaku apabila dua remaja yang menunggang motosikal memberhentikan kenderaan selepas mengalami kerosakan.
Foto
ORANG ramai mengerumuni kawasan kejadian

Katanya, ketika membaiki motosikal, sebuah kereta merempuh mereka menyebabkan kedua-duanya melambung manakala kereta itu masuk ke longkang kira-kira 300 meter dari tempat kejadian.

Beliau berkata, kejadian kedua pula apabila sebuah kereta dinaiki empat lelaki memberhentikan kereta untuk membantu mangsa kemalangan.

“Seorang daripada penumpang belakang turun bantu mangsa.

Tapi, dia pula dirempuh motosikal yang cuba elak melanggar kenderaan dinaiki empat lelaki itu.

Kedua-duanya mati di tempat kejadian,” katanya.

Tiada ulasan: