Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 21 April 2013

Selangor paling ramai Bebas


Kuala Lumpur: Penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semalam menyaksikan peningkatan jumlah calon Bebas berbanding PRU lalu.
Sebanyak 79 calon bertanding atas tiket Bebas untuk Parlimen manakala DUN, 191. Angka terbabit memadamkan rekod calon Bebas yang bertanding pada PRU 2008, iaitu seramai 103 orang.

Perubahan arus yang menampilkan peningkatan calon Bebas dikatakan berlaku atas beberapa sebab antaranya calon tidak berpuas hati dengan pencalonan yang ditetapkan kepemimpinan parti, malah ada yang kecewa kerana tidak dicalonkan dan mengambil langkah bertanding atas tiket terbabit.
Selangor mencatatkan rekod apabila 17 calon Bebas bertanding bagi kerusi Parlimen di negeri itu manakala 43 calon Bebas bertanding untuk DUN di Sabah.

Pada 2008, tiada calon Bebas memenangi mana-mana kerusi Parlimen. Bagaimanapun, dua calon Bebas, Ho Yip Kap dan V Arumugam berjaya memenangi kerusi masing-masing iaitu di DUN N1, Tanah Rata, Pahang dan DUN N25, Bukit Selambau, Kedah.

PRU kali ini turut menampilkan lebih banyak calon bertanding merebut kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding PRU-12 pada 2008.
Sebanyak 579 calon bertanding di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak merebut kerusi Parlimen manakala 1,321 calon bertanding bagi kerusi DUN, sekali gus menjadikan seramai 1,900 calon bertanding pada PRU kali ini.

PRU kali ini turut menyaksikan kemunculan parti lain antaranya Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) yang bertanding atas tiket Bebas manakala Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA) diasaskan di Sabah oleh Shuhaiddin Langkap pada 1994 bertanding atas tiket parti masing-masing.

Tiada ulasan: