Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 21 April 2013

Tidak benarkan pasang bendera, peniaga ditetak


PAS KANTOI TUMBANGKAN PAKATAN SENDIRI !!!

KOTA BHARU - Akibat enggan membenarnya kedai makannya digantung bendera parti politik, seorang peniaga menerima 18 jahitan akibat pahanya dilibas dengan parang oleh seorang lelaki di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor, Tumpat pada Jumaat lepas.


Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan bagi Pilihan Raya Umum ke-13, Superintendan Che Mahazan Che Aik berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 pagi ketika mangsa berada di kedai makannya di kawasan
bebas cukai Pengkalan Kubor.
"Salah seorang daripada tiga suspek telah bertindak melibas parang yang terkena paha kiri mangsa. Motif dipercayai kerana mangsa enggan membenarkan premisnya dipasang bendera parti kerana dikatakan akan menjejaskan perniagaannya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.
Che Mahazan berkata, suspek tersebut yang berusia 28 tahun telah ditahan sementara dua lagi yang telah dikenal pasti sedang diburu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dan Seksyen 596 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. - Bernama

Tiada ulasan: