SEJAK PKR SELANGOR MEMERINTAH SINDIKIT JUDI INI MULA BERTAMBAH PESAT TAK SANGKA PULA DI KELANTAN PUN ADA JUDI YANG SAMA ? |
Serbuan yang diketuai Pegawai Turus Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Asisten Superintendan Nik Rosdi Nik Yahya bersama sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Kelantan (JSJSN) yang turut dibantu penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam.
Ia dilakukan hasil maklumat dan risikan di pusat itu dipercayai berselindung di sebalik operasi pusat siber sejak dibuka setahun lalu.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, dalam serbuan itu, pihaknya berjaya merampas 24 set komputer dan satu set komputer kawalan utama yang turut memaparkan permainan yang disyaki berunsur perjudian.
Turut dirampas sebuah monitor kamera litar tertutup (CCTV), enam kamera CCTV lima set moderm wifi, 34 kerusi warna hitam, enam bangku panjang, 14 meja dan satu unit papan tanda LED.
“Semasa serbuan dibuat, terdapat empat lelaki yang mengaku bekerja sebagai pembantu di premis tersebut. Kesemuanya ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan