Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 12 April 2013

Bagan Serai:Penyokong sudah serik tidak lagi yakin kepada calon PKR,punca Demotrasi Diadakan

Bagan Serai:Penyokong sudah serik 
Wakil kumpulan itu, Azhar Ahmad, berkata mereka tidak lagi yakin kepada calon PKR, terutama yang dibawa dari luar kerana sudah serik dengan tindakan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri, yang bertindak keluar parti selepas menang pada PRU-12 atas tiket PKR. 

Sekumpulan penyokong PAS, itu, mengadakan perhimpunan mendesak PKR akur dan menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Pongsu untuk ditandingi calon PAS. 

Kumpulan dari Unit Peti Undi (UPU) Sungai Bogak itu menyokong cadangan Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain yang meminta PKR berbuat demikian bagi memulihkan keyakinan mereka sekali gus mencerahkan peluang untuk memenangi di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). 





Wakil kumpulan itu, Azhar Ahmad, berkata mereka tidak lagi yakin kepada calon PKR, terutama yang dibawa dari luar kerana sudah serik dengan tindakan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri, yang bertindak keluar parti selepas menang pada PRU-12 atas tiket PKR. 

Kami menghormati keputusan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengesahkan kerusi Parlimen Bagan Serai kekal ditandingi PKR. 

Cuma kami berharap PKR mempertimbangkan cadangan Abu Bakar, yang menyatakan penyerahan kerusi DUN Alor Pongsu kepada PAS akan menyelesaikan banyak perkara membabitkan kedua-dua parti itu, katanya kepada media selepas mengadakan perhimpunan di Kampung Parit Jawa, Sungai Bogak, di sini. 

DUN Alor Pongsu adalah antara tiga kerusi tradisi PAS dalam Parlimen Bagan Serai tetapi diserahkan kepada PKR pada PRU-12. 
Bagaimanapun, keputusan pilihan raya berkenaan memihak kepada BN dengan kelebihan 95 undi, manakala DUN Gunung Semanggol dan DUN Selinsing dimenangi PAS. Kerusi Parlimen Bagan Serai juga kerusi tradisi PAS yang diserahkan kepada PKR. 

Kecewa keputusan PAS 

Penyokong PAS, Md Nasir Din, berkata gesaan mereka melambangkan suara daripada akar umbi yang rata-rata kecewa selepas mendengar keputusan kedua-dua kerusi Parlimen Bagan Serai dan DUN Alor Pongsu kekal ditandingi PKR. 

Katanya, pihaknya berharap pemimpin PKR memahami perasaan pengundi PAS di DUN Alor Pongsu dan menegaskan sebilangan besar daripada mereka enggan menaikkan bendera parti disebabkan keputusan itu. 

Kebanyakan penyokong PAS di Sungai Bogak tidak mahu undi mereka dikhianati lagi pada PRU-13 dan menggesa kerusi DUN Alor Pongsu dikembalikan kepada PAS dengan segera demi kemenangan pakatan pembangkang, katanya.

Tiada ulasan: