Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 31 Mac 2013

MASIH KAH MAHU GUNAKAN HUKUM HUDUD UNTUK MENANG PILIHANRAYA SATU TINDAKAN YANG MEMALUKAN DAN KURANG BIJAK !!!!!


 

Jangan menokok tambah cerita rakyat semua dah tau jawapan sbnr dan surat yg dihantar pada nik aziz pun dah dibaca itu jawapan tun bukan yg ayat sekerat2 kat atas tu masyaalah inikah parti yg digelar parti daulah islamiah sendiri terima surat jawapan yg lain pulak dikeluarkan,,,KENYATAN TU TELAH DITOKOK TAMBAH FAHAMKAN BETUL2 AKIBAT HUDUD PAS YG DIREKA ITU BUKAN HUDUD ISLAM YG DIMAKSUDKAN PEMIMPIN BN SEDAR LAH TAK HABIS2 PAS JUAL ISU NI DEMI PANCING UNDI KAN ELOK BUAT KEBAJIKAN BYK2 PADA RAKYAT BARU ORG PANDANG SIKIT INI TAK HABIS2 MENABUR FITNAH...

Banyak persoalan berlegar-legar di pemikiran kita, kenapa Dr Mahathir sewaktu memegang jawatan Perdana Menteri "menolak" hukum Hudud. Sedangkan kita sudah jelas ianya hukum Allah dan termaktub di dalam Al-Quran. Jadi di sini kita rungkaikan sedikit persoalan tersebut.
Undang-undang syariah terbahagi kepada tiga elemen iaitu :
  1. Hudud
  2. Qisas
  3. Ta’zir
Dalam undang-undang syariah Malaysia, Qisas, Ta’zir dan Diat telah dilaksanakan kecuali Hudud. Mari kita lihat perbandingan antara Hudud, Qisas dan Ta’zir.
1. Hukum Hudud – Dari segi istilah Hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah yang WAJIB dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.
2. Qisas – Dari segi syarak, Qisas bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W. kerana kesalahan­-kesalahan yang melibatkan hak individu.
Mengikut hukum Qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.
3. Diat – Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.
Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu Qisas atau Diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, Qisas bunuh dikenakan.
Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan pembunuhan tidak sengaja adalah Diat sahaja. Qisas tidak dikenakan.
4. Ta’zir – Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategori ta’zir;
(a) Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.
(b) Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.
(c) Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.
Kerajaan Kelantan telah memperuntukan RM 500,000 untuk menyediakan draf Hudud. 
Hudud juga telah diwartakan dan diluluskan di Kelantan. Namun, belum ada perlaksanaannya lagi. Walaupun begitu terdapat 3 versi Hudud yg berbeza dari segi fasal dan huraiannya.
Hudud adalah milik Allah, dan telah ditetapkan oleh Allah. Tetapi mengapa pula boleh berbeza-beza mengikut negeri-negeri yang berlainan?
Sehingga kini ada tiga versi hudud Pas yang masing-masing berbeza.
Pertama hudud Pas Kelantan yang bernama Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 mempunyai 72 fasal.
Kedua hudud Pas Terengganu yang dibentang dalam seminar pada 12 Mei 2002 bernama Draf Cadangan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu mempunyai 74 fasal.
Ketiga Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS) (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M yang mengandungi 67 fasal sahaja.
Mana satukah hudud yang sebenar antara ketiga-tiga hudud Pas itu?
Draf yang dibentangkan pada seminar di Kuala Terengganu 12 Mei 2002 ada Bughah (Fasal 23, 24 dan 25).
Sedangkan dalam EKJS (II) 1993 Kelantan dan rang yang diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 7-9 Julai 2002 tidak ada Bughah.
Mengapakah bughah diketepikan dalam kedua-dua undang-undang hudud itu? Draf Hudud oleh PAS didapati tidak memberi keadilan malah menzalimi rakyat.
Ini kerana Hudud dikatakan terpakai untuk orang Islam sahaja, sebagaimana petikan dlm surat Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir) kepada Nik Aziz, yang menyatakan;
1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (maslahat umum)”.
Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan Pas di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.
3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman.
Di samping itu Al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku.
Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.
4. Khusus mengenai undang-undang jenayah Pas di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:
(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku.
Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.
Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW.
Tetapi terdapat perbezaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan Pas di Kelantan.
Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang Pas akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang Pas tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan Agama Islam.
5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang Pas jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku.
Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh Pas bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan Pas yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman.
Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya.
6. Jika undang-undang Pas yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya.
Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994
Permasalahan yang akan menjadi perkara pokok dalam hal hudud ini ialah perlantikan hakim. Dalam urusan pelantikan hakim terdapat dua percanggahan besar. Pertama tidak merujuk langsung kepada 15 syarat kelayakan menjadi hakim mengikut hukum syarak.
Yang kedua rang EKJS (Hudud dan Qisas) Terengganu tidak ada peruntukan khusus mengenai syarat-syarat kelayakan menjadi hakim. Sebaliknya sekadar disentuh secara tumpang dalam fasal 66 (1) Mahkamah Bicara Syariah Khas yang berbunyi “…daripada hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau daripada seorang yang berkelulusan dan berkelayakan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.”
Yang peliknya apa yang dibentangkan dalam seminar 12 Mei 2002, bulat-bulat Pas Terengganu mencedok fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan menjadi fasal 70 dalam `Draf Cadangan’ yang dibentang pada seminar di Kuala Terengganu. Tiba-tiba dalam rang yang diluluskan di DUN 7-9 Julai 2002 terus dibuang sahaja fasal berkenaan.
Apakah peruntukan fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan itu tidak diiktiraf oleh Pas Terengganu? Tetapi harus diingat, apabila tidak mengikut syarat-syarat kelayakan dalam Islam maka seseorang hakim itu tidak sah melakukan perbicaraan.
Dengan itu seluruh proses Mahkamah Syariah Khas di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu menjadi tidak sah.
Jadi, kesimpulannya di sini ialah, Hudud Allah dengan Hudud Pas berbeza. Pas mengubahsuai Hudud Allah supaya memberi manfaat kepada mereka dan mengatakan Hudud Pas adalah Hudud Allah. Mereka juga mendakwa, menolak Hukum Hudud PAS samalah seperti menolak Hudud Allah.
Hukum Hudud Allah tak boleh dipinda atau dikurangkan. Jika hitam, maka hitamlah, tidak boleh dicat putih ataupun kelabu.
Jelaslah Pas memperalatkan Agama Islam demi kepentingan politik. Kemudian menuduh UMNO kafir semata-mata kerana Tun Mahathir menolak Hudud Pas.

Pemandu Treler Pas Tiada Lesen, Lori Treler Tiada cukai Jalan Punca Treler Pas Tersadai di SMK Bukit Jana




Raja Dr Ahmad Al Hiss, berbohong dengan menuduh pihak Polis Taiping menghalang lori treler hasut daripada memasuki Tapak Pasar Malam di Kamunting dulu.

Ini satu pembohongan yang sangat serius dilakukan oleh Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan Pas Perak.

Raja Ahmad perlu menarik balik tuduhan liar yang boleh mencemarkan nama baik pihak polis, jika tidak satu laporan polis akan dibuat di IPD Taiping dengan tuduhan tersebut.

Polis Taiping tidak pernah menghalang kemasukan lori treler hasut tersebut. Tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan polis menahan dan menghalang lori tersebut daripada memasuki tapak pasar malam.

Apa yang berlaku ialah Polis Taiping membuat sekatan jalan raya di hadapan Stesen Minyak Petronas Kamunting sahaja.

Menyedari sekatan yang diadakan, lori treler Pas tidak berani meneruskan perjalanan mereka mungkin disebabkan tiada cukai jalan atau pemandu tiada lesen seperti Lesen Kelas E penuh dan lesen PSV dan lori tersebut telah berhenti di tepi jalan berhampiran SMK Bukit Jana dan tidak berani memasuki ke tapak pasar malam bagi mengelak daripada sekatan jalan raya tersebut.

Lori milik Pas sebenarnya tidak perlu takut dengan sekatan jalan raya sekiranya mereka tidak melakukan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang atau tidak melanggar sebarang kesalahan di bawah akta Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ.

Lori tersebut hanya perlu menunjukkan lesen yang sah, pemandu mempunyai lesen dan permit lori yang sah, cukai jalan hidup dan tidak ada sebarang masalah kesalahan pada badan lori, enjin dan sebagainya.

Berani kerana benar, takut kerana salah.

Oleh yang demikian kenapa lori tidak berani meneruskan perjalanan dan berpatah balik dan memasuki jalan Gunung Semanggol, Selinsing, Kampung Dew untuk ke Bukit Gantang.

Adakah lori trelar tersebut membawa bahan-bahan yang dilarang dan menyalahi undang negara?

Taipingmali dan the krew berada di sekitar stesen Petronas untuk merakam gambar tetapi sehingga jam 10 malam lori tersebut tidak muncul.

Apabila Krew membuat rondaan dan pemantauan dilihat sebuah mercedes biru gelap BET xxxx yang membawa seorang pemimpin Pas berkeliaran sampai ke Bukit Jana mungkin mencari jalan untuk membawa masuk lori tersebut.

Setelah rondaan dibuat sehingga ke Taman Lela, kami mendapat tahu bahawa lori tersebut telah menghala ke jalan Gunung Semanggol.

WAHAI PAS PERAK, JANGAN LAH BERBOHONG DAN MENYALAHKAN POLIS TAIPING, SEBENARNYA KAMU YANG TAKUT DAN TIDAK BERANI MASUK KE TAPAK PASAR MALAM KERANA TAKUT KEPADA SEKATAN YANG DIBUAT OLEH POLIS.


Sumber

PERHATIAN SATU SEBARAN DIPERLUKAN ..SHARE SEBERAPA BANYAK YNG BOLEH


Satu versi baru al-Quran telah dikeluarkan Apple APP STORE oleh komuniti kafir Ahmadiyyah / Qadiani.

Nama app adalah"The Holy Quran, Arabic text and English translation". "Diterjemahkan oleh Maulvi Sher Ali, Ahmadiyya Muslim Community" telah jelas disebut dalam maklumat app dalam iPhone App Store.

Umat Islam perlu peka untuk tidak membeli dan memuat turun aplikasi ini!

Produk ini perlu diboikot kerana ini adalah salah / mengelirukan & bercanggah dengan ayat Al-Quran yang asal.

Sila kongsikan kepada semua orang supaya mereka tahu walaupun mereka tidak menggunakan androids atau iPhone tetapi mereka boleh memberitahu orang lain insya-Allah.

Jangan abaikan...sila share


Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad

BUKAN MABUK SEBARANG MABUK TAPI MABUK KETUM !!!! ?

PENGKALAN HULU –31 Mac 2013: Seorang lelaki warga Thailand ditahan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) kerana disyaki cuba menyeludup sejumlah 30 kilogram daun ketum bernilai RM3,600 dalam bonet sebuah kereta di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan ketika sedang melalui pemeriksaan sekatan jalan raya di Kilometer 4.5, Jalan Pengkalan Hulu–Betong berhampiran Kampung Ayer Panas.

Komander UPP Negeri, Asisten Superintendan Kasturi Othman berkata, permintaan yang tinggi dari negara jiran serta harga mahal menjadi tarikan utama penyeludupan ini.

Menurutnya, sebaik ditahan, penyelia bertugas, Koperal Prida Prak Khim terus meminta empat anggota memeriksa bahagian belakang kenderaan itu.

“Suspek yang berasal dari Narathiwat itu membeli bekalan daun ketum di Alor Setar, Kedah dengan harga antara RM25 hingga RM50 sekilo dan dijual dengan harga pasaran berjumlah RM100 hingga RM120 sekilo.

“Daun-daun ini dibungkus dalam plastik dan diletakkan dalam plastik hitam dalam bonet dengan harapan pihak berkuasa tidak melakukan pemeriksaan pada waktu pagi,” katanya.

Menurutnya, suspek memasuki negara ini pada melalui Bukit Kayu Hitam pada 25 Mac lalu.

“Suspek kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang boleh dikenakan penjara tidak lebih empat tahun atau denda RM10,000,” katanya.
SUMBER - SINAR HARIAN
Gambar: Patutlah Ramai Yg Mabuk Ketum

PENGKALAN HULU –31 Mac 2013: Seorang lelaki warga Thailand ditahan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) kerana disyaki cuba menyeludup sejumlah 30 kilogram daun ketum bernilai RM3,600 dalam bonet sebuah kereta di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan ketika sedang melalui pemeriksaan sekatan jalan raya di Kilometer 4.5, Jalan Pengkalan Hulu–Betong berhampiran Kampung Ayer Panas.

Komander UPP Negeri, Asisten Superintendan Kasturi Othman berkata, permintaan yang tinggi dari negara jiran serta harga mahal menjadi tarikan utama penyeludupan ini.

Menurutnya, sebaik ditahan, penyelia bertugas, Koperal Prida Prak Khim terus meminta empat anggota memeriksa bahagian belakang kenderaan itu.

“Suspek yang berasal dari Narathiwat itu membeli bekalan daun ketum di Alor Setar, Kedah dengan harga antara RM25 hingga RM50 sekilo dan dijual dengan harga pasaran berjumlah RM100 hingga RM120 sekilo.

“Daun-daun ini dibungkus dalam plastik dan diletakkan dalam plastik hitam dalam bonet dengan harapan pihak berkuasa tidak melakukan pemeriksaan pada waktu pagi,” katanya.

Menurutnya, suspek memasuki negara ini pada melalui Bukit Kayu Hitam pada 25 Mac lalu.

“Suspek kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang boleh dikenakan penjara tidak lebih empat tahun atau denda RM10,000,” katanya. 
SUMBER - SINAR HARIAN

* NIhh aku nak pesan sikit .... korang kalau tengok anak2 korang atau sedara mara yg lalok semacam aja tu ..... elok korang check baik2 .... jangan2 ini masalah problemnya tuu ....

OPS DAULAT : SERAM!!! "Roh" Pengganas Berkeliaran Di Zon Merah!!


"Perkara ini tidak logik tetapi inilah yang didakwa dialami anggota keselamatan.


"Mereka lihat tiga lelaki berkeliaran dengan seorang daripadanya memakai serban putih," dakwa sumber itu di sini semalam.

Selepas beberapa saat, kelibat tiga lelaki itu akan hilang.




Ketahanan mental anggota keselamatan yang bertugas di Kampung Tanduo di sini terus diuji apabila mereka dipercayai sering terlihat kelibat tiga lelaki sedang berkeliaran di kawasan tersebut.


Sumber memaklumkan, kelibat tiga lelaki itu dipercayai roh pengganas Sulu yang ditembak mati dalam pertempuran 1 Mac lalu.


Katanya, kelibat lelaki itu hanya dapat dilihat pada waktu Maghrib.


"Di kampung tersebut ada tiga lubang kubur yang menempatkan ramai mayat pengganas.


"Kebanyakannya mempunyai tangkal di pinggang yang kononnya bertujuan menjadikan mereka kebal," tambahnya.

- KOSMO

Dedah identiti mangsa liwat


KUALA LUMPUR 30 Mac - Bekas pembantu peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay berjanji akan mendedahkan identiti pemuda yang disyaki turut menjadi mangsa liwat kepada seorang pemimpin pembangkang.

Beliau berkata, pemuda berkenaan sepatutnya menjadi saksi kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, namun menarik diri pada saat-saat akhir.

Pemuda berusia 20-an itu pernah berada dalam satu penjara dengan pemimpin pembangkang tersebut di Penjara Sungai Buloh.
"Pemuda itu mengaku kepada saya, dia serik dan tidak mahu berjumpa dengan pemimpin itu lagi.

"Dia kelihatan gelisah ketika berbual mengenai pemimpin itu. Dia kata, dia sudah tidak larat untuk bercakap mengenainya," dakwa Yuktes.
Beliau membuat pendedahan tersebut kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Sikap ditunjukkan oleh pemuda itu kata Yuktes, menyebabkannya mengesyaki pemuda tersebut mungkin menjadi mangsa liwat seperti apa yang dialami Mohd. Saiful Bukhari.
Kata Yuktes, beliau akan membuat pendedahan tersebut sekiranya pemimpin pembangkang terbabit terus berbohong kepada rakyat.

"Saya mengenali dan mengetahui identiti pemuda itu kerana dia merupakan salah seorang saksi," ujarnya.


Artikel Penuh: klick disini
© Utusan Melayu (M) Bhd 

MACAI PAS NI TUNJUKKAN KEBODOHANNYA SIBUK NK TUNJUK PANDAI KONONNYA DIA LAGI HEBAT DARI MUFTI !!!!!!



BARU SEBENTAR TADI ADMIN TERPANDANG SATU FITNAH LAPOK YG DAH LAMA DI JAWAB AKAN TETAPI MEREKA BERJAYA MENDAPAT JUMLAH LIKE DAN SHARE YG TINGGI WALHAL ISU ITU TERANG2 ADALAH FITNAH MARI KITA SEDARKAN PEMFITNAH TEGAR PAS INI Jawapan bagi pertanyaan dari penyokong kerajaan mahupun pihak pembangkang mengenai isu anak Tun Dr Mahathir, Mirzan Mahathir dengan sebuah syarikat arak bernama SAN MIGUEL dan syarikat minyak PETRON.

1.Mirzan Mahathir merupakan seorang anak lelaki sulung pasangan Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah, negarawan yang kita sayangi.

2.Beliau seorang yang bijak dalam perniagaan dan pentadbiran (mungkin faktor keturunan daripada bapanya) sehingga dipilih untuk mengarah beberapa syarikat ternama dunia termasuk IBM Corporation, Solomon Brothers dan dipilih sebagai Presiden Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI), sebuah pertubuhan ternama bagi mengendalikan dan membuat kajian mengenai perniagaan .

3.Pada umurnya 37 tahun, beliau telah berjaya “menawan” dan “menyelamatkan” beberapa syarikat yang bermasalah dalam negara dan seterusnya memajukan syarikat berkenaan termasuk syarikat perkapalan dan sebagainya.

4.Pada tahun 2009, San Miguel, sebuah syarikat minuman keras yang berpengkalan di Filiphina mempunyai masalah di mana mereka TIDAK LAGI mampu untuk menggunakan MINUMAN KERAS sebagai perniagaan utama mereka atas saingan yang sangat kuat daripada beberapa syarikat minuman keras yang lain.

5.Atas persetujuan Ahli Lembaga Pengarah San Miguel Corp
(,http://www.sanmiguel.com.ph/corporate/bod/ )

Mirzan Mahathir yang sangat dikenali di dunia korporat berdasarkan sumbangannya dalam syarikat-syarikat sebelum ini dan dalam ASLI dipilih untuk menjadi Pengarah Eksekutif bagi membantu syarikat berkenaan.

6.Perlantikan Mirzan Mahathir sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah San Miguel Corporation adalah sebagai mewakili kepentingan kumpulan pelaburan Q-Tech Alliance Holdings yang telah melabur dalam San Miguel Corporation.Pelaburan oleh Q-Tech Alliance Holdings dibuat BUKANLAH UNTUK MELABUR di dalam perusahaan minuman beer SEBALIKNYA UNTUK MELABUR dalam bidang INFRASTRUKTUR, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA di Filipina.

Ini berikutan KEPUTUSAN YANG TELAH DI BUAT oleh PENGURUSAN San Miguel Corporation YANG MAHU MENTRANSFORMASIKAN BENTUK PERNIAGAAN/INDUSTRI San Miguel Corporation daripada hanya tertumpu kepada perusahaan makanan dan minuman (beverages – termasuk beer)
KEPADA INFRASTRUKTUR, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA, malah dilaporkan juga San Miguel Corporation telah dikatakan berminat untuk memasuki industri telekomunikasi.

Dalam masa setahun sahaja, atas kepimpinan Mirzan Mahathir dalam syarikat berkenaan,, San Miguel telah mampu untuk mempunyai rangkaian perniagaan lain BUKAN berasaskan arak iaitu minyak dan gas, infrastruktur, tenaga dan kuasa elektrik, perlombongan, telemunikasi dan perbankan.

(sumber : http://www.sanmiguel.com.ph/businesses/) dan tugasnya tamat dengan jayanya pada 2010.

7.Melalui syarikat San Miguel juga, sebuah syarikat PETRON telah berjaya memiliki saham majority dalam Esso Malaysia Berhad tetapi beliau telah pun keluar dari syarikat San Miguel itu selepas berjaya menjalankan tugasnya.

8.“Jadi, adakah salah untuk menukar syarikat arak kepada syarikat bukan arak?”itu merupakan soalan yang pernah dinyatakan Mirzan Mahathir ke dalam sebuah portal pembangkang dan akhirnya penjelasan ini menyebabkan portal berkenaan menarik balik kenyataan sebelum ini.

9.Tetapi, pembangkang masih menggunakan modal ini untuk memperbodohkan masyarakat kampung mengenai “ANAK MAHATHIR TAUKE KILANG ARAK” yang terang-terangan tidak benar sama sekali.

10. Mungkin ada mengaitkan dengan kronisme, tapi macam kata Tun Mahathir “Kalau dia ada rekod yang baik dan mampu untuk memajukan sesuatu apa salahnya? Jika itu anda katakana sebagai kroni, saya tak boleh kata apa lah”

11. Saya teringat kata-kata Tun Mahathir dulu, “Kadang-kadang anak-anak saya ni marah juga, ya lah, saya tak bagi mereka terlibat dalam politik walaupun mereka berminat sangat, tapi kalau dalam perniagaan taka pa lah, asalkan tak ada kena mengena dengan kerajaan”

12. Oh, kalau ada kata, orang Islam tak boleh makan dengan duit syarikat arak, semuanya bergantung kepada niat dan bukan kita untuk menghukum manusia yang lain.

Bagaimana dengan nasib pekerja di 7 Eleven, atau di hotel yang sumbernya juga daripada arak?

"Siapa kita untuk menghukum keislaman seseorang?

Wallahualam..
Mungkin ini sahaja yang saya tahu berdasarkan kajian dan pemahaman saya dari kata-kata Tun Dr Mahathir atas pertanyaan yang dinyatakan.ADMIN @PM.

PM ajak ketepi perbezaan demi kepentingan Islam



KUALA LUMPUR — Umat Islam di negara ini hendaklah bersatu demi kepentingan agama Islam walaupun mereka berbeza pendapat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, kepentingan umat Islam perlu dipertahan di negara ini.
“Walaupun kita ada perbezaan pendapat, tapi kita carilah cara untuk penyelesaian dan janganlah sampai kita merosakkan kepentingan Islam dan masa depan negara,” katanya di depan 500 jemaah Masjid Jamek Seri Petaling sempena program ziarah masjid di sini malam tadi.
Najib, yang tiba pada 8.50 malam tadi berbaju Melayu coklat dan berkain pelikat, menunaikan solat Isyak dengan diimamkan Imam Besar Masjid Maulana Abdul Hamid Chin.

PENGGANAS KIRAM III BUKAN ISLAM ????



Rata-rata pengganas Sulu yang ditahan oleh pasukan keselamatan sepanjang 25 hari Ops Daulat didapati tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah walaupun mereka mengakui beragama Islam.
Menurut sumber, perkara tersebut terbongkar apabila anggota keselamatan melakukan soal siasat terhadap pengganas-pengganas terbabit yang ditahan di daerah ini dan Lahad Datu sepanjang operasi itu.

“Soal siasat yang dijalankan mendapati rata-rata pengganas tersebut mengaku diri mereka beragama Islam.

“Bagaimanapun, apa yang mengejutkan, ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.

“Tindakan itu membayangkan seolah-olah mereka yang terlibat ini tidak mempunyai asas dalam ilmu agama Islam,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Selain itu, anggota kumpulan pengganas tersebut yang ditahan dan terbunuh juga didapati memakai tangkal pada anggota badan mereka yang dipercayai boleh menjadikan mereka kebal ketika berdepan dengan pihak keselamatan.

Sebahagian besar pengganas Sulu yang maut dan diberkas pihak berkuasa didapati memakai pelbagai tangkal yang tertulis ayat khurafat di leher, lengan, tangan dan pinggang masing-masing yang dikatakan boleh menjadikan mereka kebal.

Mengulas lanjut, sumber itu memberitahu, berdasarkan soal siasat, anggota pengganas yang ditahan itu mendakwa mereka sanggup berperang dengan pasukan keselamatan Malaysia kerana ia dianggap jihad kepada ketua kumpulan pengganas Sulu, Jamalul Kiram III.

Sumber itu menjelaskan, seorang tahanan pengganas yang berusia 25 tahun bertindak membunuh diri di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada 15 Mac lalu didakwa bertindak demikian atas alasan sama iaitu jihad.

“Kita telah menahan bapa si mati di balai yang sama dan dia tidak sedih dengan tindakan anaknya itu malah berbangga dan kematian anaknya itu selain membuatkan dia lebih kuat,” katanya.

Difahamkan, bapa si mati merupakan seorang berpangkat panglima dalam kumpulan pengganas tersebut dan ditugaskan melakukan keganasan di daerah ini bersama anaknya.

Punca kematian suspek yang ditahan di bawah Seksyen 130(c) Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak didedahkan.

Untuk rekod, setakat semalam, seramai 68 anggota pengganas Sulu terbunuh dalam Ops Daulat yang dilancarkan awal bulan ini manakala jumlah yang ditahan di bawah SOSMA ialah seramai 103 orang.

Sabtu, 30 Mac 2013

FAKTA TERPERINCI BERKENAAN BN AKAN MENANG BESAR PADA PRU13 INI !!!!!


Banyak sumber yang Admin selidik dan selidik mendapati hampir kesemua media meramalkan yang BN (barisan nasional)akan memenagi mejoriti 2/3 Pru13 ini termasuk juga portal2 dimana portal isu semasa yang jika kita baca banyak menyebelahi Pakatan Pembangkang pun meramalkan yang Pakatan Pembangkang akan tumbang.



Dalam post bertajuk ‘sifir kemenangan PRU13’ telah menerangkan bagaimana dari sudut angka, BN akan memenangi PRU13 akan datang. dan dalam Post  bertajuk ‘Malaysia Bankrap’ pula ada mengemukakan bukti bahawa para pelabur professional yang mempunyai jaringan maklumat dan analisis yang hebat juga yakin bahawa BN akan terus kekal berkuasa. Malah boleh dikatakan semua analisis dan kajian menunjukkan perkara yang sama, termasuklah yang kami terima daripada sumber dalaman pembangkang sendiri.

Namun ramai yang enggan percaya dengan hasil analisis ini. Mereka kata PR nampak kuat. Ceramah-ceramah PR mendapat sambutan. Himpunan-himpunan anjuran PR dihadiri ribuan orang. Ramai orang di facebook dilihat menyokong PR dan begitulah seterusnya.

Akhir sekali mereka kata, “Najib takut nak bubar parlimen!”

Orang kata, “People see what they want to see, and what they want to see has nothing to do with the truth.”

Sebelum kita berbicara lanjut, mari kita meneliti dua percubaan Anwar untuk menakluk Putrajaya selepas PRU12 yang lepas dan lihat persamaan di antara keduanya..


16 September


Beberapa hari selepas keputusan PRU12 diumumkan, Anwar telah menghantar wakil-wakilnya bagi memujuk seramai lebih 31 orang wakil rakyat BN untuk melompat parti bagi menumbangkan kerajaan pusat. Perkara ini telah kami ketahui sebaik sahaja Anwar memulakan langkah beliau.

Beberapa bulan selepas itu, Anwar mencanangkan kepada umum bahawa ramai wakil rakyat BN akan melompat parti  dan PR akan membentuk kerajaan pada 16 September 2008. 

Persoalannya, kenapa perlu dicanang? Kenapa tidak tumbangkan sahaja? Kenapa perlu tunggu?

Jawapannya mudah. Anwar tahu bahawa usahanya tidak berhasil. Jadi, beliau terpaksa melakukan ‘gambit’ dengan mencanangkan terlebih dahulu ‘kejayaannya’ itu. Propaganda demi propaganda dibuat bagi meyakinkan rakyat bahawa 16 September itu adalah perkara yang benar-benar akan berlaku. Ini termasuk melalui ceramah, temubual-temubual bersama media asing, sidang media, menyanyikan lagu ‘lompat si katak lompat’, ucapan di Parlimen dan sebagainya. Para penyokong Anwar berasa amat gembira apabila sebuah akhbar Israel, The Jerusalem Post menggambarkan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Anwar juga telah mengadakan pilihanraya kecil di Permatang Pauh bagi meyakinkan orang ramai bahawa pilihanraya kecil itu adalah laluan baginya ke Parlimen, seterusnya menduduki takhta Perdana Menteri.

Propaganda ini serba sedikit berjaya. Ramai penyokong pembangkang yang yakin bahawa Anwar akan menjadi PM pada 16 September 2008. Tidak kurang juga, ramai di kalangan pro-kerajaan yang gelisah dan menggelabah kerana khuatir apa yang dicanangkan itu menjadi kenyataan. Malah, pihak kerajaan juga telah menghantar ramai ahli Parlimen mereka untuk mengikuti 'lawatan sambil belajar' di Taiwan. Dengan kata lain, propaganda Anwar itu sangat berjaya dan sangat meyakinkan ramai orang, termasuk pihak kerajaan!

Ini adalah suatu bentuk strategi perang saraf Anwar yang bertujuan menggertak ahli-ahli Parlimen BN yang dirasakan masih ragu-ragu atau ‘50-50’ untuk segera melompat parti bagi mengelakkan daripada tenggelam bersama kerajaan BN yang kononnya akan karam. Dengan strategi ini, Anwar berharap akan mendapat majoriti yang cukup bagi membentuk kerajaan yang baru.

Namun demikian, ahli-ahli Parlimen BN bukanlah bodoh. Mereka menyemak antara satu sama lain. Tentunya mereka pasti bahawa dakwaan itu langsung tidak berasas. Malah, kesemua mereka yang telah ditemui oleh wakil Anwar mengakui bahawa mereka ditawarkan jawatan menteri cabinet. Lebih hebat lagi, mereka telah ‘diyakinkan’ bahawa kononnya pihak Agung dan Panglima Angkatan Tentera telah bersetuju dengan peralihan kuasa itu.

Adakah 16 September berjaya? 

Berikut adalah sebuah sidang media Anwar yang diadakan pada 16 September 2008. Jelas sekali propaganda ini cukup meyakinkan sesiapa sahaja yang menontonnya, termasuk mereka yang pro-kerajaan. Namun, adakah ia benar?


Drama terbaik tahun 2008 


PRU13


Setelah gagal dengan rancangan 16 September, Anwar kini terpaksa menggunakan ‘cara biasa’ iaitu melalui pilihanraya.

Seperti biasa, Anwar terus dengan muslihatnya...

Pada tahun lepas, ketika mood rakyat terhadap BN berada di tahap yang sangat tinggi, Anwar yakin bahawa PR tidak akan dapat menang jika PRU13 diadakan pada ketika itu. Lalu, dia mengumumkan bahawa jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, mereka tidak akan membubarkan DUN di bawah pemerintahan PR.

Ini adalah suatu bentuk serangan serampang 2 mata. Jika Datuk Seri Najib membubarkan Parlimen ketika itu, PR akan memaksimakan penggunaan jentera kerajaan negeri bagi menawan kerusi-kerusi yang dimenangi oleh BN pada PRU12. Ini sepertimana yang dilakukan semasa Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, di mana Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengarahkan Pejabat Tanah dibuka 24 jam. Jelas sekali, PR telah menggunakan jentera kerajaan dalam pilihanraya. Jika perkara seperti ini dapat dimanfaatkan pada PRU13, PR memperoleh serba sedikit kelebihan dalam kempen pilihanraya seterusnya memberikan sedikit peluang untuk mereka menang.

Jelas sekali, Datuk Seri Najib tidak termasuk dalam perangkap ini. Bagi beliau, sekalipun PR tidak dapat memenangi PRU13, tindakan ini boleh merencatkan usahanya bagi mendapatkan sasaran majoriti 2/3. Oleh demikian, beliau telah menangguhkan PRU13. Dalam masa sama, beliau yang dikenali dengan permainan 'intel' beliau telah menjalankan langkah-langkah strategik bagi membolehkannya untuk terus secure undi pelbagai lapisan masyarakat. Itulah sebabnya jika kita turun ke banyak kawasan, kita dapati DS Najib mendapat sokongan yang sangat kuat daripada pelbagai golongan masyarakat. Ini jelas berbeza dengan persepsi yang dapat dilihat di alam siber dan di sebahagian tempat di bandar.

Namun bagi Anwar yang sememangnya cekap dalam memanipulasi dan memutar-belit keadaan, dia telah mengambil kesempatan ini untuk melancarkan kempen perang sarafnya sekali lagi. Kali ini dengan menimbulkan persepsi kononnya BN akan tumbang. Buktinya, ‘Najib takut  nak bubar.’

Propaganda ini dilancarkan secara habis-habisan. Perhimpunan demi perhimpunan serta jelajah demi jelajah diadakan bagi menimbulkan persepsi kononnya BN akan tumbang. Lagu ‘tanya sama Najib’ didendangkan di merata tempat. Mereka menyerang kubu-kubu kuat BN seperti Johor, Sabah dan Sarawak bagi menunjukkan kononnya mereka telah berjaya menembusi kubu-kubu tersebut. Individu-individu ‘bermasalah’ di kalangan pemimpin-pemimpin BN dan bekas kakitangan awam termasuk jeneral angkatan tentera diumpan menyertai beliau. 

Malah, baru-baru ini salah seorang jeneral yang mengikuti beliau mengumumkan kononnya berdasarkan risikan tentera, PR bakal memenangi PRU13. Sedangkan bagi mereka yang mempunyai akses terhadap maklumat risikan sebenar, perkara sebaliknya yang diramalkan berlaku. Jika tak dapat maklumat atasan, tanyalah mana-mana SB atau MIO yang bawah-bawah. Jawapannya tetap sama.. BN akan menang! Tidak sekadar itu, beliau mengatakan bahawa pihak angkatan tentera telah pun membuat persiapan agar peralihan kuasa berjalan secara aman. Ini tidak lain tidak bukan bagi meyakinkan lagi orang ramai tentang perkara ini.

Cukup aneh. Setelah orang ramai ditipu secara terang-terangan dengan propaganda 16 September oleh Raja Drama ini, mereka boleh lagi terpedaya dengan propaganda beliau yang terbaru ini.

Namun, apakah  sebenarnya motif propaganda ini?

1) Moral

Propaganda ini telah mengukuhkan lagi moral para penyokong Anwar dan PR. Hasilnya, mereka semakin agresif dan giat berkempen. Mereka yang selama ini hanya menyokong secara senyap-senyap telah mula menyuarakan sokongan mereka secara terbuka. Ini telah menyebabkan propaganda ini menjadi lebih berjaya. Dengan kata lain, ia telah menimbulkan persepsi bahawa semakin ramai orang menyokong PR dan kekalahan BN adalah sesuatu yang pasti. Namun hakikatnya, mereka ini hanyalah ‘minoriti bising’.

2) Menggertak pengundi

Terdapat segolongan orang yang menyokong pasukan yang mereka lihat kuat. Sebagai contoh, ramai orang menyokong pasukan Manchester United walaupun mereka sebenarnya tidak ada apa-apa kepentingan dalam pasukan tersebut. Begitu juga apabila berlangsungnya kejohanan Piala Dunia. Setiap orang menyokong pasukan yang mereka lihat bakal memenangi kejohanan tersebut.

Dalam politik, perkara sebegini juga boleh berlaku. Sesetengah pengundi mengundi parti yang mereka rasakan kuat. Ini sepertimana yang ditunjukkan dalam Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang sebelum ini. Kita dapati para pengundi dari awal lagi telah dapat melihat kekuatan BN dalam memenangi pilihanraya kecil tersebut. Hasilnya, BN telah menang dengan penuh bergaya, termasuk memenangi undi daripada peti undi majoriti Cina. Adakah ini bermaksud mereka benar-benar menyokong BN? Atau ini hanyalah sekadar ‘tactical vote’??

Propaganda Anwar kali ini jelas bertujuan mendapatkan undi pengundi-pengundi  ’50-50’atau ‘pengundi lalang,’ sama motifnya dengan propaganda 16 September yang gagalsebelum ini.

3) Agenda selepas PRU13

PRU13 merupakan peluang terakhir Anwar menduduki takhta Perdana Menteri. Beliau sudah tua. Usia beliau sekarang hampir mencecah 66 tahun. Jika PRU14 diadakan 5 tahun akan datang, usia beliau sudah menjangkau 71 tahun. Kes Liwat II beliau menanti di 2 lagi mahkamah, iaitu Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Jika beliau disabitkan atas kesalahan tersebut, maka tamatlah riwayat karier politik beliau. 

Begitulah terdesaknya Anwar Ibrahim ketika ini. 

Anwar adalah seorang pemimpin yang berbeza dengan pemimpin parti pembangkang lain. Parti PAS dan DAP telah lama tewas dalam pilihanraya. Namun mereka tetap berusaha bagi mendapatkan keputusan yang lebih baik dalam pilihanraya-pilihanraya berikutnya. Walau bagaimanapun, Anwar adalah pemimpin yang rakus. Beliau tidak hanya menunggu PRU. Tak dapat jalan depan, jalan belakang digunakan. Agenda 16 September Anwar merupakan bukti yang cukup nyata. 

Anwar dan konco-konconya kini membuat serangan habis-habisan. Tidak cukup dengan pihak kerajaan, mereka menyerang institusi-institusi lain termasuk Polis, Tentera, SPR, Sistem Kehakiman dan sebagainya.  Tujuannya adalah bagi menghilangkan keyakinan orang ramai terhadap kesemua institusi tersebut. 

Apabila kepercayaan orang ramai terutamanya penyokong-penyokong beliau terhadap institusi-institusi ini telah hilang, ditambah pula dengan persepsi kononnya majoriti rakyat menyokong mereka, maka keputusan PRU13 tidak lagi penting. Mereka hanya mahu melihat PR menang. Jika PR kalah, mereka tidak akan percaya. Mereka akan menuduh berlakunya penipuan dalam pilihanraya. 

Itulah sebabnya propaganda Anwar kali ini sangat penting bagi survival politik Anwar. Dengan kata lain, agenda Anwar tidak berakhir hanya dengan PRU13!

Persoalannya, apakah yang akan dilakukan oleh Anwar setelah PR tewas dalam PRU13 nanti?

a) Tunggu PRU14?
b) atau lari ke luar negara dan menjadi ‘Thaksin Malaysia’?
c) atau…………………………………?