Raja Dr Ahmad Al Hiss, berbohong dengan menuduh pihak Polis Taiping menghalang lori treler hasut daripada memasuki Tapak Pasar Malam di Kamunting dulu.
Ini satu pembohongan yang sangat serius dilakukan oleh Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan Pas Perak.
Raja Ahmad perlu menarik balik tuduhan liar yang boleh mencemarkan nama baik pihak polis, jika tidak satu laporan polis akan dibuat di IPD Taiping dengan tuduhan tersebut.
Polis Taiping tidak pernah menghalang kemasukan lori treler hasut tersebut. Tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan polis menahan dan menghalang lori tersebut daripada memasuki tapak pasar malam.
Apa yang berlaku ialah Polis Taiping membuat sekatan jalan raya di hadapan Stesen Minyak Petronas Kamunting sahaja.
Menyedari sekatan yang diadakan, lori treler Pas tidak berani meneruskan perjalanan mereka mungkin disebabkan tiada cukai jalan atau pemandu tiada lesen seperti Lesen Kelas E penuh dan lesen PSV dan lori tersebut telah berhenti di tepi jalan berhampiran SMK Bukit Jana dan tidak berani memasuki ke tapak pasar malam bagi mengelak daripada sekatan jalan raya tersebut.
Lori milik Pas sebenarnya tidak perlu takut dengan sekatan jalan raya sekiranya mereka tidak melakukan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang atau tidak melanggar sebarang kesalahan di bawah akta Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ.
Lori tersebut hanya perlu menunjukkan lesen yang sah, pemandu mempunyai lesen dan permit lori yang sah, cukai jalan hidup dan tidak ada sebarang masalah kesalahan pada badan lori, enjin dan sebagainya.
Berani kerana benar, takut kerana salah.
Oleh yang demikian kenapa lori tidak berani meneruskan perjalanan dan berpatah balik dan memasuki jalan Gunung Semanggol, Selinsing, Kampung Dew untuk ke Bukit Gantang.
Adakah lori trelar tersebut membawa bahan-bahan yang dilarang dan menyalahi undang negara?
Taipingmali dan the krew berada di sekitar stesen Petronas untuk merakam gambar tetapi sehingga jam 10 malam lori tersebut tidak muncul.
Apabila Krew membuat rondaan dan pemantauan dilihat sebuah mercedes biru gelap BET xxxx yang membawa seorang pemimpin Pas berkeliaran sampai ke Bukit Jana mungkin mencari jalan untuk membawa masuk lori tersebut.
Setelah rondaan dibuat sehingga ke Taman Lela, kami mendapat tahu bahawa lori tersebut telah menghala ke jalan Gunung Semanggol.
WAHAI PAS PERAK, JANGAN LAH BERBOHONG DAN MENYALAHKAN POLIS TAIPING, SEBENARNYA KAMU YANG TAKUT DAN TIDAK BERANI MASUK KE TAPAK PASAR MALAM KERANA TAKUT KEPADA SEKATAN YANG DIBUAT OLEH POLIS.
Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan