Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 31 Mac 2013

PM ajak ketepi perbezaan demi kepentingan Islam



KUALA LUMPUR — Umat Islam di negara ini hendaklah bersatu demi kepentingan agama Islam walaupun mereka berbeza pendapat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, kepentingan umat Islam perlu dipertahan di negara ini.
“Walaupun kita ada perbezaan pendapat, tapi kita carilah cara untuk penyelesaian dan janganlah sampai kita merosakkan kepentingan Islam dan masa depan negara,” katanya di depan 500 jemaah Masjid Jamek Seri Petaling sempena program ziarah masjid di sini malam tadi.
Najib, yang tiba pada 8.50 malam tadi berbaju Melayu coklat dan berkain pelikat, menunaikan solat Isyak dengan diimamkan Imam Besar Masjid Maulana Abdul Hamid Chin.

Tiada ulasan: