Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 31 Mac 2013

Dedah identiti mangsa liwat


KUALA LUMPUR 30 Mac - Bekas pembantu peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay berjanji akan mendedahkan identiti pemuda yang disyaki turut menjadi mangsa liwat kepada seorang pemimpin pembangkang.

Beliau berkata, pemuda berkenaan sepatutnya menjadi saksi kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, namun menarik diri pada saat-saat akhir.

Pemuda berusia 20-an itu pernah berada dalam satu penjara dengan pemimpin pembangkang tersebut di Penjara Sungai Buloh.
"Pemuda itu mengaku kepada saya, dia serik dan tidak mahu berjumpa dengan pemimpin itu lagi.

"Dia kelihatan gelisah ketika berbual mengenai pemimpin itu. Dia kata, dia sudah tidak larat untuk bercakap mengenainya," dakwa Yuktes.
Beliau membuat pendedahan tersebut kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Sikap ditunjukkan oleh pemuda itu kata Yuktes, menyebabkannya mengesyaki pemuda tersebut mungkin menjadi mangsa liwat seperti apa yang dialami Mohd. Saiful Bukhari.
Kata Yuktes, beliau akan membuat pendedahan tersebut sekiranya pemimpin pembangkang terbabit terus berbohong kepada rakyat.

"Saya mengenali dan mengetahui identiti pemuda itu kerana dia merupakan salah seorang saksi," ujarnya.


Artikel Penuh: klick disini
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan: