Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 20 Februari 2013

PR yakin mampu gugat kubu kuat BN di Tg Karang


Fokus PRU 13
PR yakin mampu gugat kubu kuat BN di Tg Karang
Mohd Shamsudin (dua, kanan) melihat rumah yang musnah dalam kebakaran.
PR yakin mampu gugat kubu kuat BN di Tg Karang
Sulaiman menyampaikan sumbangan RM100 kepada penduduk.
PENYANDANG Adun Permatang, Sulaiman Abd Razak tetap meneruskan khidmatnya untuk menjadi wakil di kawasan dan walaupun PR cuba mengasak isu yuran Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) dan cuba menjejaskan imejnya, namun anak jati Tanjong Karang itu tetap tenang.

Menurutnya, penjelasan hampir satu jam sudah pun dibuat di dalam sidang Dun pada Julai 2012 lalu dan turut mengakui pemegang saham 90 peratus melalui perjanjian telus, mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Isu ini sepatutnya tidak perlu dibangkitkan kerana penjelasan sudah pun dibuat dan Menteri Besar sendiri tidak tidak mempersoalkannya dalam sidang Dun terbabit,” katanya yang turut memaklumkan kuasa menurunkan yuran adalah di bawah pengerusi Kuis itu sendiri.

Bagaimanapun Sulaiman tidak cepat melatah dan memfokuskan perjuangan dalam pendidikan anak penduduk dan pembangunan seimbang memandangkan masih ada perkampungan tertentu masih keciciran untuk menikmati kemudahan sempurna.

Sulaiman berkata, hasil tinjauan yang dibuat mendapati ada perkampungan yang tidak mempunyai kemudahan asas sempurna terutamanya di kawasan estet dan bagan baru sedangkan semua keperluan rakyat perlu dibela dengan sebaiknya.

“BN kini banyak membawa perubahan kepada pekerja ladang di estet dengan kemudahan jalan, penyediaan bas ke sekolah, kemudahan rumah lebih selesa dan bekalan air bersih yang sebelum ini terpaksa dicatu.

“Saya percaya mood pengundi kini sudah berubah ke arah BN memandangkan banyak keperluan mereka diberi perhatian dengan kerjasama pihak pengurusan ladang,” katanya.
Akur keputusan Pusat

Sementara itu, Adun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias turut akur dengan keputusan pucuk pimpinan bagi mengekalkannya untuk terus menjadi calon atau meletakkan muka baru dalam PRU13 nanti.

Beliau hanya mahu menjalankan tugas yang terbaik untuk menjaga kawasan sehingga titisan terakhir kerana yang penting katanya, tugas utama adalah menyokong, mengukuhkan, memperkasakan dan memastikan perpaduan parti orang Melayu demi kesinambungan kemenangan parti.

“Kita khususnya di Dun Sungai Burong tidak mahu sejarah berulang dan apa yang penting, Dun ini kukuh atas tiket BN kerana bagi saya, siapa yang dipilih tidak penting tetapi sesiapa yang jadi calon perlu disokong sepenuhnya demi memastikan kemenangan BN pada PRU13 kelak,” katanya.

Masih guna strategi sama

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Kawasan Tanjong Karang, Mat Hasbullah Sudin berkata, strategi persiapan Pas menempuh pilihan raya akan datang masih sama seperti tahun terdahulu kerana baginya yang penting, semua momentum jentera dan Unit Peti Undi (UPU)
perlu digerakkan serentak dari semua peringkat.

“Persiapan kita sudah mula lebih awal iaitu sejak setahun lalu kerana sebelum ini ura-ura mengatakan pilihan raya akan dibuat selepas sambutan Aidilfitri namun kini bahang pilihan raya kian terasa memandangkan ramai penduduk sudah tidak sabar untuk keluar mengundi.

“Sejak PR diizinkan mentadbir Selangor, saya lihat pengundi mula berubah dan boleh berfikir lebih bijak bahawa bukan BN sahaja yang boleh membela nasib mereka.

“Saya lihat sokongan pengundi kian meningkat sebab kita pernah menang pada 1999. Jadi sekarang bila kita boleh memerintah, rakyat melihat kemampuan PR untuk mentadbir.

“Saya juga yakin dengan izin ALLAH, kebangkitan sokongan itu membantu membawa PR menawan Putrajaya dan kita yakin kerusi BN di Parlimen Tanjong Karang akan menyumbang ke arah itu,” katanya.

Mat Hasbullah berkata, Pas sememangnya memilih calon yang terbaik kerana lebih penting nama parti yang dibawa.

“Kita tiada masalah jika calon yang dipilih pucuk pimpinan bukan anak tempatan atau anak tempatan kerana yakin calon itu terbaik kerana pada asasnya, kita memberi jaminan individu itu insya-Allah tiada rasuah, bersih dan mempunyai ciri islamik.

“Kita bekerja keras dalam tempoh enam minggu ini kerana dijangka akan berlakunya pilihan raya bila-bila masa dan kita melatih semua jentera termasuk mesyuarat. Tidak ketinggalan juga solat hajat dan zikir munajat yang dibuat sebelum mesyuarat.

“Kita bergantung sepenuhnya kepada ALLAH kerana strategi tidak menjamin kejayaan parti,” katanya.

Setiausaha Jabatan Pilihan Raya Pas Tanjong Karang, Abd Malek Abdul Majid berkata, Pas tidak mengambil pendekatan ugutan atau menakut-nakutkan pengundi yang menyatakan jika PR memerintah, DAP akan berkuasa.

“Pas dilihat lebih memberi pilihan dan tawaran kepada pengundi dan bukannya sogokan gula-gula untuk membeli hati mereka demi mengekalkan kemenangan.

“Bagi kami, nilai rakyat bukan setakat RM100, RM500 atau RM1,000 tetapi mereka bernilai lebih daripada itu. Walaupun pelbagai pendekatan BN dibuat membabitkan wang ringgit, namun saya percaya sokongan rakyat terhadap Pas itu sendiri dalam diam kian meningkat.

“Kalau boleh, kita perlu bertanding dengan cara baik dan jika benar Tanjong Karang kubu kuat BN, mengapa majoriti peratus kemenangan kian menguncup dan pernah kalah pada Pas sebelum ini?

“Jika kita lihat corak sokongan masa kini, tidak mustahil dengan calon yang dipertandingkan nanti, pilihan rakyat yang sebelum ini tidak berubah akan memilih PR kerana politik kita mendidik bukan memperbodohkan mereka.

“Kita juga tiada masalah dengan PKR dan DAP, bahkan kami berganding bahu dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain kerana dasar perjuangan adalah sama,” katanya.

PKM kerja keras

Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PK)M Dun Sungai Burong, Mohd Faizal Barja berkata, setakat ini khidmat PKM dalam membantu menyelesaikan masalah penduduk di tahap yang cemerlang selain berjaya menguruskan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dengan baik.

Setakat ini katanya, PKM menerima pendaftaran untuk Skim Mesra Usia Emas (SMUE) seramai 3,198 orang dan berjaya menyampaikan sumbangan penuh RM2,500 kepada 738 penama manakala peserta yang masih hidup seramai 1,754 orang.

“PKM juga tidak ketinggalan membawa peserta SMUE Jom Shopping seramai 1,823 orang untuk membeli-belah di pasar raya terpilih dengan kemudahan bas disediakan selain mengurus pendaftaran 1,301 penduduk yang berjaya untuk Tabung Warisan Anak Selangor
(Tawas).

“Selain itu, buat julung kalinya PKM Dun Sungai Burong berjaya melaksanakan Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) yang melibatkan tujuh Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dan prasekolah yang mana 74 permohonan daripada 99 ibu bapa layak menerima bantuan.

“PKM di kawasan juga prihatin dengan permasalahan dan kekangan hidup penduduk yang kurang berkemampuan dan akan berusaha untuk membantu mereka dari segi bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang boleh dimohon,” katanya.

Tiada ulasan: