Mohd Ali melihat keadaan kuda yang mati dipercayai diracun, baru-baru ini.
MELAKA: Polis Melaka berjaya menyelesaikan kes perbuatan jenayah meracun seekor beruang matahari betina dan seekor kuda jantan di Zoo Melaka dengan tertangkapnya seorang lelaki berusia 65 tahun, hari ini.
Menerusi pasukan khas yang ditubuhkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Melaka itu, lelaki yang bekerja sebagai peniaga itu ditahan di Kulai Johor.
Dalam tangkapan itu, pihak polis berjaya merampas sebuah kenderaan dipercayai digunakan suspek dan beberapa barang yang digunakan dalam perbuatan jenayah berkenaan.
Menurut kenyataan akhbar polis hari ini, siasatan awal menunjukkan lelaki berkenaan mengaku melakukan perbuatan itu namun motif perbuatannya masih disiasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 429 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun penjara atau denda atau kedua-duanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan