Felda Global Ventures Holdings (FGV) Akan Ambil Tindakan Undang2 Terhadap akhbar pembangkang, Suara Keadilan dan Harakah
Tindakan Kumpulan Felda serta Felda Global Ventures Holdings (FGV)mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar pembangkang, Suara Keadilan dan Harakah kerana memfitnah Felda mempunyai hubungan urus niaga dengan Israel adalah langkah yang perlu dilakukan dan bertepatan kerana ,fitnah pembangkang itu adalah antara punca mengakibatkan saham FGV tidak menentu
Bunge Agribusiness Singapore Private Limited bukannya sebuah syarikat Israel, ia adalah anak syarikat Bunge Limited, sebuah syarikat senaraian awam di Amerika Syarikat iaitu negara yang mana Malaysia sememangnya mempunyai hubungan diplomatik dan perdagangan," katanya pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Laporan dalam lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta akhbar milik Pas itu memaparkan dakwaan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman bahawa Felda menjual minyak sawit kepada sebuah syarikat Israel.
Menurut Ahmad, ini bukan kali pertama Felda difitnah sedemikian rupa kerana pada bulan Mac lalu, syarikat usahasama, Felda-Iffco Sdn. Bhd. telah difitnah menghantar minyak sawit ke Israel sedangkan produk yang dilabuhkan di negara itu adalah untuk dipasarkan kepada rakyat Palestin.
Jelasnya, perbincangan dengan pengurusan tertinggi Kumpulan Felda serta peguam syarikat telah diadakan agar tindakan saman dapat diambil terhadap fitnah terbaharu daripada pembangkang itu.
Kerana terdesak mereka sanggup memfitnah budaya ini amat merugikan kita,fitnah pembangkang itu adalah antara punca mengakibatkan saham FGV tidak menentu selain daripada faktor pasaran minyak sawit dunia.
- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan di PWTC hari ini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan