Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 1 Disember 2012

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012-NIK AZIZ TABUR FITNAH LAGI

                            GAMBAR DI BAWAH STATUS NIK AZIZ DLM LAMAN FB NYA

Akibat takut dengan bayang2 sendiri Nik Aziz cuba menabur fitnah lagi sewenang2nya menuduh PAU20012 Medan maki Hamun dan tak menguntungkan Rakyat sia2 sahaja kita berdoa dan membuat sholat hajat supaya Pas dan Umat ISLAM bersatu demi memantapkan dan memperjuangkan Islam bersama2 tetapi ini lah balasan yang kita terima,kerana tamakkan kuasa Nik Aziz sanggup memburuk2kan sesama Islam.
 
Pada persidangan hari ini pula Fathul Bari Mat Jahaya membahaskan usul agama dan pendidikan pada hari terakhir sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 kali ke-66 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)yang amat mengharukan perasaan PM apabila Pas mendoakan kehancuran UMNO kita tidak membalasnya dengan keburukan malah mendoakan supaya kita tetap bersatu dan beliau meminta pada semua hadirin memaafkan Pas inilah contoh yang mulia pendekar lihat yang ada pada beliau.

Isu doa PAS agar Umno dan Barisan Nasional (BN) dihancurkan dan dakwaan bahawa parti itu murtad kerana tidak menegakkan Islam menjadi topik hangat Perhimpunan Agung Umno 2012.

Lebih menghangatkan sesi perbahasan yang masuk hari ketiga dan terakhir itu ialah apabila perwakilan dipaparkan dengan dua klip video yang menunjukkan dua pemimpin PAS berbuat demikian pada muktamar mereka di Kota Baru pada pertengahan bulan lalu.

Ketika membahaskan usul agama dan pendidikan, perwakilan Perlis, Fathul Bari Mat Jahya mencuri tumpuan perwakilan apabila menayangkan klip video adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat membacakan doa meminta kehancuran Umno dan BN serta video sidang media Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwa Umno sebagai parti murtad.

Paparan video itu ternyata membangkitkan reaksi marah di kalangan perwakilan dan pemerhati Umno sama ada yang berada di dalam Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mahupun yang menyaksikan di ruang legar bangunan tersebut.

Bagaimanapun Fathul yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia menyeru agar pemimpin dan ahli Umno memaafkan PAS dan ahlinya walaupun parti itu sering melabel dan menjatuhkan hukum tertentu terhadap Umno.

"Maafkanlah..maafkan mereka," katanya sambil disambut tepukan gemuruh perwakilan.

Mengulas lanjut Fathul berkata, berdoa untuk kehancuran dan keburukan orang lain khususnya sesama Islam adalah bercanggah dengan ajaran Islam.

"Kaedah berdoa itu tidak betul. Sebaiknya kita doakan kebaikan kepada pemimpin kerana apabila seseorang pemimpin itu baik...maka ia akan memberikan kebaikan kepada rakyat secara keseluruhannya," katanya.

Tiada ulasan: