Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 1 Disember 2012

SHOLAT HAJAT UMNO MOHON PAS UTAMAKAN ISLAM DAN JANGAN MEMECAH BELAHKAN UMAT SEBALIKNYA MARI BERSATU..?



Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini,anggota UMNO yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2012 berkesempatan mengadakan solat hajat dan antara isi kandungan doa tersebut tertera begini ,kami mohon satukanlah hati-hati kami ya Allah… seluruh muslimin dan muslimat Ya Allah… di utara, selatan, timur dan barat Ya Allah. Kau tautkanlah ukhuwah dan ikatan sesama Islam Ya Allah.dan berdoa memohon umat Islam dan seluruh rakyat di negara ini hidup dalam suasana aman, sejahtera dan bersatu padu.
“Peliharalah negara kami Ya Allah… peliharalah pimpinan-pimpinan kami YaAllah, peliharalah rakyat negara kami Ya Allah, peliharalah raja-raja kami Ya Allah.”
Doa itu dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil KhirBaharom selepas solat hajat tersebut.berbeza sedikit dengan Doa yang dibuat Pemimpin Pas dan bagi saya doa Pas yang memohon kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada majlis solat hajat di Stadium Muhammad IV sempenaMuktamar Tahunan Pas ke-58 baru-baru ini, sangat mengejutkan dan melampau  bagi kita kerana sanggup mendoakan kehancuran sesama Islam tetapi tidak mendoakan keselamatan saudara kita di Palestin yang diserang Israel.Sepatutnya sebagai sebuah parti yang menggunakan nama Islam wajib menunjukkan contoh terbaik kepada pengikut2 Pas sebaliknya Pas sendiri meminta kEHANCURAN SESAMA ISLAM,Pas wajib mengambil iktibar dari sabda Nabi Muhamad SAW : “Mohonlah kebaikan daripadaAllah kerana sesungguhnya Allah suka diminta kebaikan dan sebaik-baik ibadahadalah menunggu kelapangan (terlepas daripada kesusahan).” (Hadis riwayatal-Tirmidzi).
Harus kita ingat setiap kejadian itu ada hikmahnya. Bagi Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Idris Jusoh, doa Pas itu akan menjadi antara penyebab Pas kehilangan sokongan serta kerusi pada pilihan raya umum ke-13.
“Kita lihat banyak isu yang melanda Pas gagal diselesaikan dan diperjelas dengan baik seperti isu Nurul Izzah (Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat) berhubung kenyatannya tentang kebebasan beragama, malah parti itu mempunyai masalah dengan DAP terutama berhubung dalam isu pelaksanaan hukum hudud
Yakin akan berlaku peralihan sokongan pengundi Pas kepada UMNO, terutamanyapengundi atas pagar, Idris berkata Pas kini tiada hala tuju dan tidak mempunyai keupayaan untuk menjadi parti tonggak dalam pakatan pembangkang kerana dilihatlebih banyak mengikut telunjuk DAP dan PKR.
“Ini jauh bezanya dengan Umno yang merupakan tonggak dalam Barisan Nasional dan dasar perjuangan UMNO sendiri tidak berubah sifat wasatiyah sejak daridahulu hingga kini,” katanya.
Idris berkata Pas tidak konsisten dalam memperjuangkan Islam serta banyak mengalah kepada DAP, dan dalam hal siapa akan menjadi perdana menteri, anggota Pas sendiri tiada persefahaman.
“Pakatan pembangkang dengan lantang mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi Muktamar Pas baru-baru ini mahukan presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi PM dan dalam masa sama Mat Sabu (Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu) pula menyatakan menyokong Anwar menjadi PM. Jadi jelas menunjukkan kesepakatan dalam pakatan pembangkang tidak ada,” katanya.
Bagi seorang penganalisis politik, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata UMNO harus bekerja kuat untuk menarik 30 hingga 40 peratus pengundi atas pagar untuk mempertahankan Putrajaya.
Beliau berkata UMNO dan Pas telah memperoleh 30-30 peratus sokongan dalam kalangan pengundi Melayu dan adalah sukar untuk meraih sokongan penyokong tegar Pas.
Maka itu, adalah penting bagi kedua-dua parti meraih sokongan pengundi atas pagar bagi memastikan kemenangan dalam PRU13.
Bagi penyokong Pas yang tegar, kata beliau mereka akan kekal menyokong Pas tetapi pendekatan liberal parti itu yang mewujudkan kerjasama dengan DAP danPKR adalah strategi Pas untuk menawan Putrajaya.
“Kini, UMNO dan Pas perlu merangka pelbagai strategi yang berkesan untuk mendapatkan sokongan pengundi atas pagar yang dikatakan pengundi muda dan berpandangan sederhana serta golongan yang mahukan hubungan harmoni dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum,”
Bagi penulis Pakatan Pembangkang sekarang sudah ketandusan idea dan jalan terakhir yang mereka ambil ialah dengan menuduh dan menabur fitnah walau pun isu itu sudah basi dan dijelaskan dengan begitu terperinci dari pihak kami(blogger)mahu pun media2 lain serta Kementerian.Dan Pendekar pelik sekali di Selangor PKR begitu giat menjual segala harta kerajaan Negeri melalui pendedahan2 yang dibuat oleh DS NOH OMAR,di sini saya ingin mengucapkan setinggi2 penghargaan pada beliau dan semua warga kerja Beliau serta unit2 Media yang sama2 membongkar penipuan2 PKR di negeri selangor khususnya.sehinggakan Geng2 ANUAR nampaknya Panas punggung melihat satu persatu penipuan mereka dibongkar.
Makin lambat Pilihan Raya makin banyak pembongkaran dibuat tentang masaalah2 Pakatan Rakyat sebab itu lah Pendekar Rasa Pakatan Pembangkang tidak putus2 mahu pilihan Raya di segerakan
Pada ahli2 UMNO yang datang pada hari ini di PWTC Pendekar ucapkan sekalung tahniah kerana begitu bersemagat mendegar ucapan2 dari Pemimpin2 kita Tak lupa pada yang sama2 ber Sholat hajat memohon Umat Islam bersatu padu demi Kemakmuran Negara tercinta...

Tiada ulasan: