Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Memaparkan catatan dengan label #TESTEDTEAM4UMNO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #TESTEDTEAM4UMNO. Papar semua catatan

Isnin, 28 Oktober 2013

#TESTEDTEAM4UMNO -PENERIMA I-BRIM (INSURANS BRIM) BRIM ,BANTUAN RM100 AWAL PERSEKOLAHAN,WAJAR KITA BERSYUKUR KERANA KERAJAAN BEGITU PRIHATIN TERHADAP SEMUA BANGSA

WAHH ...DUIT DAPAT ...INSURANS PUN DAPAT..
Sebaik baik pemimpin ialah pemimpin yang Kuat ..dan yang Amanah.fikir fikirkanlah.mulakan berfikir dari titik tolak Agama kerana Brim yang kita dapat MERUPAKAN  amanah seorang Pemimpin kepada Rakyatnya buktinya bermacam macam bantuan diberikan kerajaan kepada Rakyat tidak mengira fahaman politik cina melayu india semua diberi bermacam2 bantuan jadi tak timbul itu isu Rasuah dan sebagainya kerana 
Orang Pas juga diberi kan hak sama rata,Orang Dap juga dapat bantuan rm100 permulaan sekolah,tidak seperti Skim Pakatan iaitu TAWAS siapa nak kena pergi daftar walhal mereka boleh tahu siapa anak kelahiran Selangor tapi akibat sikap pilih bulu kemungkinan besarnya sebilangan yang dapat,tapi bukan kerajaan BN yang menjalankan Amanah tanpa memilih bantuan yang diberikan 
Sewajarnya kita bersyukur bukan memfitnah bantuan yang diberikan kononnya nak memancing undi kerana setiap amanah yang diberikan itu harus dipikul bukannya setakat retorik buat JANJI NAK BINA STADIUM ,NAK BINA KERETAPI LAJU ,LEBUHRAYA RAKYAT,dan bermacam macam lagi janji palsu yang nyata dan terang sehingga kini tidak terlaksana dari dulu jadi menteri besar sampai pencen pun tak tertunai...tu siapa nak jawab tu?

"Sebaik-baik pemimpin kamu, adalah orang yang kamu cintai, mereka pun mencintai kamu. Kamu mendo’akan mereka, mereka pun mendo’akan kamu. Dan seburuk-buruk pemimpin kamu, adalah orang yang kamu benci dan mereka pun membenci kamu. 
Kamu melaknat mereka, dan mereka pun melaknat kamu." (H.r. Muslim dalam Shahih Muslim, III/1481; Al-Baehaqi, Sunan Al-Kubra, VIII.158)

Inilah gambaran sifat pemimpin politik yang menjalankan kepemimpinan politiknya dengan betul, sehinggalah melahirkan kecintaan rakyat kepada mereka. Bila, mereka disebut sebagai pemimpin politik yang dicintai rakyat, dan sebaliknya, bilakah pula mereka dibenci oleh rakyat? 

Hadits di atas telah memberikan gambaran yang cukup jelas. Iaitu, ketika pemimpin politik tersebut melakukan fungsi politik yang dibawanya dengan baik. Ia dicintai rakyat, kerana ia mencintai mereka. 
Ia dido’akan rakyat, kerana ia mendo’akan mereka. Dan bilakah pula, ini semua terjadi?. Iaitu, ketika ia sebagai pemimpin politik telah memberikan seluruh hak rakyat. Ia menjalankan kewajiban sebagai pemimpin dengan adil, tidak menindas, atau bertindak zalim. 

Melayani semua lapisan rakyat dengan sama, tanpa dibeza-bezakan. Cintanya kepada rakyat timbul dari rasa tanggungjawabnya yang tinggi kepada mereka. Kerana takut ianya tidak boleh mempertanggungjawabkan hisab atas tanggungjawab rakyatnya di hadapan Allah SWT.
KUALA LUMPUR - Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) berharap kerajaan akan melanjutkan cadangan sumbangan RM50 bagi skim Group Takaful Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) kepada semua syarikat insurans kerana ia menyediakan banyak alternatif untuk dipilih oleh rakyat.\
skim perlindungan i-BRIM yang berfungsi sebagai jaringan keselamatan kewangan akan membolehkan penerima isi rumah BR1M menikmati perlindungan takaful sehingga RM30,000.
Presiden LIAM, Vincent Kwo dalam satu kenyataan menyambut baik langkah kerajaan dalam Bajet 2014 baru-baru ini untuk menyediakan perlindungan insurans kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), dengan menyatakan ia akan meringankan bebanan kewangan rakyat disebabkan oleh peristiwa yang tidak diduga.
Vincent berkata, oleh sebab terdapat 14 syarikat insurans hayat dengan beratus-ratus cawangan di seluruh negara, dasar positif dan terangkum itu akan memberi manfaat besar.
“Syarikat insurans hayat memiliki saluran pengedaran yang kukuh dan akan mengambil peluang ini untuk menyediakan khidmat kepada segenap lapisan masyarakat,” katanya.
skim perlindungan i-BRIM yang berfungsi sebagai jaringan keselamatan kewangan akan membolehkan penerima isi rumah BR1M menikmati perlindungan takaful sehingga RM30,000. 

Ahad, 20 Oktober 2013

Terkini #PemilihanUMNO Keputusan Rasmi Majlis Tertinggi UMNO 2013

TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA
BERIKUT adalah keputusan rasmi bagi 25 calon teratas bagi kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno setakat 1.10 tengahari Ahad: 

1. Datuk Seri Mustapa Mohamed 183
2. Datuk Seri Jamil Khir 183
3. Datuk Idris Haron 182
4. Datuk Seri Ismail Sabri 181
5. Datuk Seri Idris Jusoh 181
6. Datuk Ahmad Shabery Cheek 178
7. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim 178 
8. Datuk Abdul Rahman Dahlan 178
9. Datuk Hasan Malek 166
10.Datuk Seri Shahidan Kassim 163
11.Datuk Mohamad Hasan 162
12.Datuk Seri Jamaludin Jarjis 159
13.Datuk Razali Ibrahim 154
14.Mahdzir Khalid 152
15.Datuk Rosnah Rashid Shirlin 144
16.Tan Sri Annuar Musa 140
17. Datuk Tajudin Abd Rahman 125
18. Datuk Mohd Puad Zarkashi 124
19.Datuk Azalina Othman 117
20.Datuk Abdul Latif Ahmad 114
21.Datuk Shamsul Anuar 109
22.Moktar Radin 101
23.Datuk Abdul Aziz Kaprawi 99
24.Datuk Reezal Merican 96
25.Datuk Sohaimi Shahadan 88

#TESTEDTEAM4UMNO.Ucapan Tahniah Buat Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Kerana mempertahankan Jawatannya dan berjaya Menepis Persepsi Negetif sebilangan Orang UMNO sendiri.

#TESTEDTEAM4UMNO.Walau pun agak perit kelihatan  Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menang bertanding dalam mempertahankan jawatannya semalam namun penulis sememangnya yakin beliau mmpu menang semalam seperti yang pendirian admin tekankan sebelum ini Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein merepukan Pejuang yang masih relevent untuk diangkat sebagai Pemimpin 

Adat dalam bertanding ada kalah ada menang bukan Mukhriz tidak bagus cuma orang orang lama dalam Umno tidak mungkin akan lupa jasa dan pengorbanannya yang berjuang selama ini dn persepsi bahawasanya Beliau lembik ternyata bukan semua perwakilan beranggapan begitu dan buktinya ialah beliau menng semalam dalam pertandingan yang sangat sengit

Seperti yang Admin selalu tekankan sebelum Pemilihan sebelum ini Tau kah anda siapa yang berusaha membawa kes Kalimah ALLAH semula ke mahkamah dan membuat rayuan setelah mahkamah membenarkan kalimah ALLAH di gunakan oleh agama lain? dan akhirnya kita menang!

Tahu kah anda siapa yang memperkasakan RELA dengan menjadikan RELA sebagai satu jabatan di KDN?

Tau kah Anda siapa yang bersungguh2 maukan akar umbi menjadi pemilih untuk pemilihan di peringkat MKT?

Tau kah anda siapa yang terpaksa menyusun semula Pemuda UMNO semasa Anwar dan geng2 nya meninggalkan UMNO?

Tahu kah anda siapa yang mengambil pendekatan berkampong bersama Polis di semporna ketika diserang setelah mendapat tau kumpulan sultan sulu bercadang membakar bandar semporna!beliau telah berkampung bersama keluarganya selama tig minggu disana dan sanggup bersama sama polis mempertahankan kedaulatan sabah

Jawapannya orang itu adalah Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein!

Jangan lah kita menghukum dengan pesepsi tanpa kita mengetahui fakta! Jasa beliau jangan dilupa! wajar dia di sokong untuk mengisi satu tempat diantara 3 jawatan Naib Presiden UMNO

Walaupun dikaitkan dengan persepsi kurang menyenangkan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ternyata berjaya menongkah arus untuk terus mengekalkan kerusi naib presiden Umno.

Pelbagai prasangka buruk yang menyentuh aspek kepimpinannya yang dikatakan kurang tegas dilemparkan akhir-akhir ini, namun perwakilan dilihat tidak termakan dengan perkara itu semasa pemilihan parti semalam.

Beliau mendapat 100 undi untuk terus bergandingan dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendapat 185 undi dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (174 undi) untuk penggal 2013-2016.

Penglibatan anggota Parlimen Sembrong tiga penggal berturut-turut itu dalam politik bermula apabila beliau menyertai Umno cawangan Sungai Mati, Johor pada tahun 1989 sebaik tamat pengajian.

Beliau bermula dari peringkat bawah dengan pernah menjadi Ketua Pemuda Bahagian Ledang pada 1993, Ketua Pemuda Bahagian Tenggara (1995) dan anggota jawatankuasa Pemuda pusat bagi penggal 1993-1996.

Kemudian beliau dipilih Ketua Pemuda Umno Johor untuk penggal 1995/1996 dan Naib Ketua Pemuda Umno Pusat bagi penggal 1996-1998, sebelum memangku jawatan Ketua Pemuda Umno pusat pada 1998.

Pada pemilihan parti 2004, Hishammuddin menang jawatan Ketua Pemuda Umno pusat tanpa bertanding sebelum menang kerusi naib presiden Umno pada pemilihan 2009.

Kariernya di dalam pentadbiran kerajaan pusat bermula pada 1995 apabila dilantik Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Beliau juga menjadi Timbalan Menteri Perusahaan Utama pada 1997, Menteri Belia dan Sukan (1999), Menteri Pelajaran (2004-2009) dan seterusnya Menteri Dalam Negeri pada tahun 2009 sebelum dilantik Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan selepas pilihan raya umum ke-13 Mei tahun ini.

Hishammuddin yang lahir pada 5 Ogos 1961 di Kuala Lumpur, mendirikan rumah tangga dengan Tengku Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah pada 1986 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nasha Alyssa, Farris Hussein, Kyra Arianna dan Fahd Hussein.

Anak kepada Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan cucu kepada Datuk Onn Jaafar, pengasas Umno, Hishammuddin mendapat pendidikan awal di Sekolah St John's Kuala Lumpur, Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Cheltenhem Boys College di United Kingdom.

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di University of Wales, United Kingdom sebelum meneruskan ke peringkat ijazah Sarjana Undang-Undang di London School of Economics, United Kingdom.

Selepas tamat pengajian, beliau memulakan karier pertamanya sebagai peguam

Bayangkan sampai macam ini sekali fitnah yang Hasyamudin tanggung oleh orang yang dulu kuat menyokong Umno tapi beginikah cara kita nak menyokong seseorang pemimpin dengan memburuk burukkan pemimpin lain?jom tengok apa tuduhan mereka mereka ini dan siapa yang buat pos menuduh orang yang menyokong hisyamudin sebagai pengampu walhal tidak sesen pun kita dapat malah hanya atas dasar kebenaran belaka. biarlah jadi rahsia nama orang yang membuat status fitnah ini
MINTA MAAF MINTA AMPUN...SAYA CUKUP HAIRAN DENGAN PENGAMPU HISHAMUDDIN...SAYA JUGA TAK FAHAM KENAPA PENGAMPU TERSEBUT TIDAK MEMIKIRKAN MASA DEPAN ORANG MELAYU/UMNO.... BERBALOI KE NAK MUSNAHKAN PEMIMPIN SEPERTI MUKHRIZ, ALI RUSTAM DAN ZAHID HAMIDI KERANA NAK KEKALKAN HISHAMUDDIN YANG HAMPIR TIDAK ADA REKOD CEMERLANG SELAMA DIA PEGANG JAWATAN SEBAGAI MENTERI (MUNGKIN KERANA MENDAPAT SEDIKIT HABUAN)?????...TIDAK KIRALAH SEBAGAI MENTERI APA, SEMUANYA KOSONG!!!!.......LEBIH2 LAGI SEMASA PEGANG MENTERI PELAJARAN DAN KDN...
Sepanjang tempoh itu telalu ramai yang menyalahkannya hingga langsung tidak memberi ruang kepadanya untuk menjelaskan kepada masyarakat rasionalnya tindakan demi tindakan yang dibuatnya.

Buruk sangatkan beliau hinggakan langsung tiada kebaikan yang beliau buat selama ini?

"Menteri Amaran" adalah gelaran yang diberikan kepada beliau kononnya kerana beliau langsung tidak mampu untuk mengambil tindakan sebaliknya hanya memberi amaran demi amaran.

Sepatutnya kita harus berbangga dengan Menteri yang tidak menyalahgunakan kuasa yang ada padanya untuk menunjuk kekuasaan tanpa berfikir panjang hingga menyebabkan rakyat merana.

Selain itu, harus juga kita fikirkan kesediaan jabatan-jabatan yang terbabit di bawah KDN melaksanakan tanggungjawab masing-masing seperti yang dilakukan oleh Ketua Polis Negara sekarang ini.

Janganlah kita terlalu mengikut emosi sebaliknya marilah kita sama-sama fikirkan bagaimana untuk menjadikan negara ini menjadi lebih baik dari apa yang ada hari ni.

Beliau telah laluinya dan hingga hari ini kita masih boleh bebas bergelak ketawa di kedai mamak, bershoping di supermarket dan berbuat apa saja yang kita mahu kerana negara ini aman.

Rabu, 16 Oktober 2013

#TESTEDTEAM4UMNO.HISYAMUDIN MENJADI MANGSA FITNAH GARA GARA LEMAH SELIDIK FAKTA

Bayangkan sampai macam ini sekali fitnah yang Hasyamudin tanggung oleh orang yang dulu kuat menyokong Umno tapi beginikah cara kita nak menyokong seseorang pemimpin dengan memburuk burukkan pemimpin lain?jom tengok apa tuduhan mereka mereka ini dan siapa yang buat pos menuduh orang yang menyokong hisyamudin sebagai pengampu walhal tidak sesen pun kita dapat malah hanya atas dasar kebenaran belaka. biarlah jadi rahsia nama orang yang membuat status ini_

MINTA MAAF MINTA AMPUN...SAYA CUKUP HAIRAN DENGAN PENGAMPU HISHAMUDDIN...SAYA JUGA TAK FAHAM KENAPA PENGAMPU TERSEBUT TIDAK MEMIKIRKAN MASA DEPAN ORANG MELAYU/UMNO.... BERBALOI KE NAK MUSNAHKAN PEMIMPIN SEPERTI MUKHRIZ, ALI RUSTAM DAN ZAHID HAMIDI KERANA NAK KEKALKAN HISHAMUDDIN YANG HAMPIR TIDAK ADA REKOD CEMERLANG SELAMA DIA PEGANG JAWATAN SEBAGAI MENTERI (MUNGKIN KERANA MENDAPAT SEDIKIT HABUAN)?????...TIDAK KIRALAH SEBAGAI MENTERI APA, SEMUANYA KOSONG!!!!.......LEBIH2 LAGI SEMASA PEGANG MENTERI PELAJARAN DAN KDN...

Tau kah anda siapa yang berusaha membawa kes Kalimah ALLAH semula ke mahkamah dan membuat rayuan setelah mahkamah membenarkan kalimah ALLAH di gunakan oleh agama lain? dan akhirnya kita menang!


Tau kah anda siapa yang memperkasakan RELA dengan menjadikan RELA sebagai satu jabatan di KDN?

Tau kah Anda siapa yang bersungguh2 maukan akar umbi menjadi pemilih untuk pemilihan di peringkat MKT?

Tau kah anda siapa yang terpaksa menyusun semula Pemuda UMNO semasa Anwar dan geng2 nya meninggalkan UMNO?

Tau kah anda siapa yang mengambil pendekatan berkampong bersama Polis di semporna ketika diserang setelah mendapat tau kumpulan sultan sulu bercadang membakar bandar semporna!

Jawapannya orang itu adalah Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein!

Jangan lah kita menghukum dengan pesepsi tanpa kita mengetahui fakta! Jasa beliau jangan dilupa! wajar dia di sokong untuk mengisi satu tempat diantara 3 jawatan Naib Presiden UMNO!-POKLONG

Selasa, 8 Oktober 2013

ANTARA SENARAI CALON MT TERBAIK YANG WAJIB KITA UNDI DAN CONTOHI

Kadang kadang bila Pemimpin kita tegas menjalankan amanah yang dipikul olehnya kita anggap pemimpin itu garang sombong malah ada yang terasa hati sehinggakan pemimpin itu digelar samseng dan sebagainya namun bukalah pintu hati kita,cermin diri kita bahawasanya itu adalah tanggung jawab dia sebagai ketua kita demi menjayakan servival menguatkan islam dan bangsa melayu itu sendirimaka jangan terpedaya dengan cakap cakap orang selidik tanya dan cuba mengenali hati budi pemimpin tersebut nescaya cahaya kbenaran terserlah

Bak kata pepatah ''TAK KENAL MAKA TAK CINTA'' walaupun kita kata kita kenal pemimpin tersebut lebih 20 tahun pun tapi kalau kita tak cuba menyelami hati pemimpin berkenaan malah bertanya punca dan sebab mengapa Beliau tegas baru kita tahu beliaulah sebenarnya Pemimpin sejati dan perlu diingat

Sebagai ketua beliau wajar menegur jika orang bawahannya tidak menjalankan tanggung jawab terhadap tugasan kalu dah sampai berulang maka memang wajar ketegasan digunakan untuk memberikan perhidmatan terbaik untuk Rakyat

Nak tahu tak siapa pemimpin sejati tersebut?jadi sama sama kita selami pemimpin yang mempunyai agenda memajukan Agama,bangsa dan tanah air.

Beliau tidak pernah kenal erti merajuk walaupun dugaan yang beliau terima teramatlah berat sehinggakan kalau difikiri dengan logik akal akan pasti lari meninggalkan parti.namun kesetiaan Beliau kepada parti keramat UMNO dulu kini dan selamanya tetp tidak berubah demi servival melayu untuk memperkasakan perjungan Melayu amat menarik hati pendekar

Islam memiliki dinding dan pintu yang kuat.
Dinding Islam itu ialah kebenaran dan pintunya ialah keadilan.
islam akan tetap jaya, selama penguasa-penguasa bersikap keras dan tegas,
tetapi itu dilakukan tidak berarti mesti dengan pedang dan cemeti,
melainkan dengan hak dan keadilan.
(Said bin Suwaid)

TAK LAIN TAK BUKAN DAT'O TAJUDDIN ABD RAHMAN

KONSISTEN DARI DULU HINGGA SEKARANG MEMPERTAHAN SERVIVAL MEMPERTAHANKAN AGAMA DAN BANGSA MELAYU

Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia no 41, Dato' Tajuddin Abd Rahman antara pejuang yang berani bersuara pertahankan hak Melayu...beliau juga yang melawan Pemuda MCA yang mahu menghapuskan keistemewaan orang2 Melayu satu ketika dahulu

Datuk Tajuddin Abdul Rahman merupakan Ahli Parlimen Pasir Salak, Negeri Perak,Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, Teluk Intan. Kemudian mendapat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya.

Tajuddin berkecimpong dalam politik sejak awal 1980-an lagi di sekitar Pekan Rabu, Chenderong Balai, Kampung Gajah, Pasir Salakdan Teluk Intan. Beliau menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak (1982-1988) and sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO dari 1986-1988.

Pada 1987, beliau dan barisan pemuda UMNO berhimpun di Stadium TPCA , Kampung Baru, Kuala Lumpur. Berikutan itu, beliau ditahan ISA dalam Operasi Lalang bersama Ibrahim Ali, Fahmi Ibrahim dan lain-lain akan tetapi wujud keraguan mengapa Beliau ditahan dan sehingga kini ia menjadi sejarah kepada Beliau kerana tuduhan bahawasanya Beliau ada mengucapkan perkatan yang mengugut tindakan ketua Pemuda MCA Lim Kim Sai yang pada ketika itu mahu menghapuskan ketuanan Bangsa Melayu

Ketika perhimpunan itu beliau merupakan MC yang berucap untuk membakar semangat orang Melayu dengan Ucapan seperti ''HIDUP MELAYU'' ''HIDUP UMNO'' di Kampung Baru untuk memberi semangat pada kaum pribumi agar mempertahankan Hak Pribumi,

Pada keesokannya itu tidak semena-mena Seseorang bernama Prebet Adam meletopkan senapang tanpa semena2

Beliau dituduh menjadi Mastermain supaya Pemuda Pasir Salak membawa senjata,walhal perkara itu ternyata tidak benar beliau menegaskan pada pegawai penyiasat bahawasanaya dia tidak ada menyuruh sesiapa bawa senjata,dan Beliau menyuruh Tuan Penyiasat pergi temuduga Pemuda2 Pasir Salak tanya dia ada kah di menyuruh Pemuda Pasir Salak Bawa senjata,pergi siasat

Akhirnya Ketua Pemuda MCA Lim Kim Sai lari ke Australia dan di tangkap termasuk pemimpin pemimpin pembangkang termasuklah Lim Guang Eng,Mahfuz,Karpal Sing dan banyak lagi

Semasa didalam tahanan ISA Datuk Tajuddin tidak mengetahui apakah kesalahan Beliau sehinggalah dia ditanyakan adakah beliau mengucapkan perkataan Bunuh Ketua MCA Lim Kim Sai?dan dengan nada yang tegas Beliau mengatakan Tidak pernah sama sekali,dan jika dia ada mengucapkan perkataan itu mesti ada rakaman,tape dan sebagainya

Jika sahabat sahabat Pendekar Melayu dengar perit jerih Beliau ketika berada didalam tahanan pastinya kita terasa betapa besarnya pengorbanan Beliau demi mempertahankan ketuanan Melayu,hak hak keistemawaan Bangsa Melayu yang dicabar oleh parti kompenan Barisan Nasional sendiri

,Akhirnya rakaman video dari Bukit aman mengesahkan Datuk Tajuddin tidak pernah mengucapkan perkataan Bunuh Lim Kim Sai seperti yang didakwa,begitulah pengalaman beliau mempertahankan Hak Keistimewaan Bangsa Melayu iaitu Hak Bumiputera Pribumi dari kaum lain dan disebab kan perjuangan Beliau MCA tidak lagi berani mempertikai kuasa kuasa orang Melayu membuatkan Umno menjadi suara mejoriti dalam Barisan Nasional bukan seperti Pakatan Pembangkang yang suara DAP menjadi suara mejoritinya.

Pada 1988 setelah UMNO Baru ditubuhkan, beliau dilarang menyertai UMNO semula kerana dituduh menyertai Semangat 46. Walau bagaimana pun, pada 1990 beliau diterima semula sebagai ahli UMNO setelah tuduhan tersebut tidak berasas kerana ianya hanyalah akibat dari campur tangan individu yang sekarang telah pun masuk Pakatan Pembangkang, yang tidak mahu melihat Beliau menyertai Umno dengan menghalang kemasukan borang baru keahlian

Tahun 1995 beliau dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO kerana terlibat dalam politik wang RM6 juta untuk merebut jawatan ketua bahagian Pasir Salak yang ketika itu disandang oleh Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan menyokong kuat Tan Sri Ramli Ngah Talib. Pada 1998 beliau diterima semula menyertai UMNO tanpa syarat dan dipilih sebagai Timbalan Ketua UMNO Pasir Salak tanpa bertanding pada 2000

Namun ternyata hujah Datuk Tajuddin mengesahkan Beliau bukanlah melakukan kesalahan Politik wang seperti yang didakwa ini banyak orang yang tak tahu
Bila Datuk Tajuddin masuk Umno Baru pada ketika itu keadaan Ekonomi merudum teruk sekitar tahun itu semua perniagaan merudum semasa beliau belum masuk Umno projek perumahannya semua gagal maklumlah dari tahun 1985 hingga 1990 bisnes semuanya teruk

Sebenarnya kisah 6 juta yang dimaksudkan pada rakan rakan Datuk Tajuddin bermaksud Beliau mempunyai hutang Bank berjumlah 6 juta interest dari hutang pajakan tanahnya dan bakal di istihar Bankroup dan bila sahabat sahabat dalam Umno mendesak beliau bertanding jawatan dalam Umno dan Beliau mengatakan pada sahabat sahabat bahawasanya beliau memerlukan enam juta jika mahu bergiat dalam jawatan Umno,

Akan tetapi akibat dari ada proksi proksi anwar yang mendengar perbualan itu lalu membawa cerita 6 juta ini.walhal cerita sebenar Datuk Tajuddin jika beliau tidak membayar Hutang Bank tersebut Bagaimanakah Beliau hendak memegang Jawatan dalam Umno kalau Pihak Bank Istihar Beliau Bankcroup bukannya beliau mintak 6 juta bagi merebut jawatan

Beliau dituduh memberi sogokan pada kariah masjid RM 40,000 walhal pada ketika itu ada satu individu berjanji membuat ubah suai Masjid itu bila kontraktor siap buat kerja Individu tak bertanggung jawab itu menghilangkan diri,

Demi menjaga nama Kariah Masjid pihak Masjid memohon jasa baik Datuk Tajuddin untuk menderma bagi melunaskan bayaran Masjid,Akhirnya maka timbullah fitnah Beliau membeli Undi,dan Beliau menegaskan pada masa Beliau memberi sumbangan itu Cawangan pun belum bermusyuarat ,Bahagian pun belum bermusyuarat perwakilan datang dari cawangan jadi cawngan mana yang Beliau mahu beli.

Beliau juga menderma pada Sekolah di tempatnya serta menderma untuk golongan orang asli dan kebetulan keadaan perniagaannya sudah kembali pulih dan beliau memang suka menderma jika rezeki sudah kembali ada jelas Beliau lagi

Begitulah kisah bagaimana Beliau dituduh six Million Man,Beliau mendakwa orang yang bertanggung jawab membuat pertuduhan itu ialah Anwar pengurusi jawatan pengurusin Umno,dan untuk makluman pada ketika itu tiada jawatan kuasa Disiplin

Kesimpulannya Datuk Tajuddin di tuduh oleh Pengurusi Jawatan Umno iaitu Anwar Ibrahim tanpa satu pertuduhan dan tidak memberi peluang Datuk Tajuddin membela diri di atas kesemua pertuduhan itu kesnya hanya tidak ada cakap pasal enam juta tu untuk bayar hutang interes tanah 2 juta dan harga hutang 4 juta tu dan jumlah keseluruhan jumlah hutang Datuk Tajuddin berjumlah enam juta.

Beliau mengakhiri hujah beliau dengan bersumpah Lillahitaala mengenai sumbangan sumbangan beliau tidak terniat untuk bertanding Ketua Bahagian dan mendakwa bodoh lah dia kalau nak bertanding Ketua Bahagian kerana dia baru sahaja masuk Umno baru dan takkan lah dia hendak bertanding Ketua Bahagian yang bertanding jawatan itu Menteri Besar dan Beliau tahu orang Umno tidak membenci Beliau tetapi orang Umno sayangkan Beliau kerana selepas dari peristiwa itu beliau mendapat kepercayaan dari ahli umno,dan kesetiaan Beliau tak perlu diragui

Maka habislah cerita sejarah Politik Perjuangan Datuk Haji Tajuddin yang kini amat cemerlang dalam kerjaya Politik Beliau,cuma biasalah Manusia pasti akan timbul sesetengah golongan yang dengki dengan insan lain yang berjaya menjadi seorang Pejuang Bangsa Melayu dan yang paling utama sekali Perjuangan Agama Bangsa dan Tanah Air tercinta

Adat seorang Pejuang Politik pasti akan ada insan yang berpolitik cara menabur fitnah jadi tak lari dari masaalah itu maka Datuk HJ Tajuddin pun terkena tempias Fitnah tersebut,mari kita singkap sejarah baru bagaimana Datuk HJ Tajuddin di fitnah baru baru ini oleh sebilangan kecil individu yang dengki tentang perjuangannya di tulisan Penulis diperbincangan akan datang jadi nantikan di blog ini tidak lama lagi Sekian Bersambung...@Pendekar Melayu.

Nasihat beliau hanya satu... Berhentilah Dari mmfitnah Beliau...

Niat beliau juga hanya satu, untuk mempertahankan parti UMNO dan orang Melayu di Malaysia..

RENUNGAN PARA SAHABAT : Pemimpin yang amanah adalah pemimpin yang menjadikan dirinya sebagai kubur bagi aib orang lain, bukan orang yang sering menggembar-gemburkan kekurangan orang yang dipimpinnya.

Pemimpin yang bersyukur adalah pemimpin yang sedar bahawa kepemimpinan yang di dipikulnya bukanlah tanda kemuliaan, tetapi kepemimpinan adalah amanah dari Allah.


Pemimpin yang amanah boleh dilihat dari keprihatinannya dalam berjanji, walaupun hanya sedikit janjinya, tetapi dia senantiasa berusaha untuk menepatinya.

Kekuasaan seluruhnya adalah milik Allah. Kita hanyalah pelayan bagi rakyat dan masyarakat kita.


Pemimpin yang bersyukur adalah orang yang selalu berusaha agar dirinya menjadi teladan bagi orang lain, terutama bagi orang yang dipimpinnya.


#TestedTeam4UMNO Anda fikirkan dan komen, kita akan bincangkan dalam artikel yang akan datang.

Ahad, 6 Oktober 2013

#TestedTeam4UMNO SUPERB Hishammuddin Patah sayap bertongkat paruh; Namun undur pantang sekali.

Sepanjang tempoh getir ini telalu ramai yang cuba menyalahkan SUPERB Hisyamuddin hingga langsung tidak memberi ruang kepadanya untuk menjelaskan kepada masyarakat rasionalnya tindakan demi tindakan yang dibuatnya jadi bersikap adil lah Ahli Umno sekalian !!! wajib baca jika sayang kan perjuangan UMNO.
Salam persahabatan Saudara Perwakilan..... Tahukan saudara, Dalam kita ghairah di gelanggang Pemilihan UMNO ini marilah kita bersama Pendekar merenung sejenak, adakah kita terfikir bagaimana undi boleh berada ditangan kita?

Jawapannya, Hishamuddin lah orang yang bertanggungjawab selaku Pengerusi Pindaan Perlembagaan UMNO, yang memberi hak mutlak kepada Perwakilan UMNO Bahagian untuk memilih sesiapa sahaja pemimpin UMNO yang mereka suka. Tak salah kita sama - sama memberi sokongan, dokongan dan dorongan kepada yang berjasa kepada kita. Kekalkan.. kekalkan... kekalkan.
  

adakah kita tahu yang Superb Hisyamuddin banyak berkorban untuk Parti dan sanggup menjadi lilin menerangi kita semua semua persoalan ini akan Pendekar kongsikan bersama sama sahabat semua.



Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein (lahir 5 Ogos 1961) ialah seorang ahli politik dan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau telah berkhidmat dalam kerajaan Malaysia sebagai Menteri Dalam Negeri sejak 2009 dan kini sebagai Menteri Pertahanan memangku Menteri Pengangkutan.


Sejak kebelakangan ini terlalu banyak tekanan terlah dibuat terhadapnya menunjukkan seolah-olah beliau terlalu tidak berguna.

Semasa bertgas sebagai Menteri Dalam Negeri, berbagai-bagai peristiwa telah beliau lalui dimana setiap yang berlaku itu memerlukan tindakan dan kebijaksanaan untuk menghadapinya untuk memastikan keamanan dan keharmonian kaum di Malaysia ini terus subur tanpa pertumpahan darah.

Kemuncak kepada semua peristiwa itu adalah pencerobohan di Lahad Datu yang menyaksikan beberapa anggota keselamatan terkorban dan kebanyakannya adalah dari Pasukan PDRM di bawah kementeriannya sendiri.

Sepanjang tempoh itu telalu ramai yang menyalahkannya hingga langsung tidak memberi ruang kepadanya untuk menjelaskan kepada masyarakat rasionalnya tindakan demi tindakan yang dibuatnya.

Buruk sangatkan beliau hinggakan langsung tiada kebaikan yang beliau buat selama ini?

"Menteri Amaran" adalah gelaran yang diberikan kepada beliau kononnya kerana beliau langsung tidak mampu untuk mengambil tindakan sebaliknya hanya memberi amaran demi amaran.

Sepatutnya kita harus berbangga dengan Menteri yang tidak menyalahgunakan kuasa yang ada padanya untuk menunjuk kekuasaan tanpa berfikir panjang hingga menyebabkan rakyat merana.

Selain itu, harus juga kita fikirkan kesediaan jabatan-jabatan yang terbabit di bawah KDN melaksanakan tanggungjawab masing-masing seperti yang dilakukan oleh Ketua Polis Negara sekarang ini.

Janganlah kita terlalu mengikut emosi sebaliknya marilah kita sama-sama fikirkan bagaimana untuk menjadikan negara ini menjadi lebih baik dari apa yang ada hari ni.

Beliau telah laluinya dan hingga hari ini kita masih boleh bebas bergelak ketawa di kedai mamak, bershoping di supermarket dan berbuat apa saja yang kita mahu kerana negara ini aman.

Khas untuk melayu dan ORANG UMNO pula , mari kita hayati apa maksud kata-kata beliau dalam ucapan yang pernah menjadi kontroversi satu masa dulu...Baca selanjutnya [KLIK SINI]

Sabtu, 5 Oktober 2013

KOLEKSI 21 GAMBAR SEKITAR SIRI PENGENALAN CALON AHLI MAJLIS TERTINGGI DAN EXCO PERGERAKAN SAYAP UMNO

 MALAM YANG SUNGGUH MERIAH DAN MEMPERSONAKAN,AGAK SANTAI MAJLIS YANG DIADAKAN PADA SESI PENGENALAN CALON MALAM TADI,KEBANYAKAN PARA PENYOKONG BEGITU BERSEMANGAT MEMBERIKAN SOKONGAN PADU PADA CALON MASING MASING









Tambah kapsyen








#NAZLIAH03NKP CALON NAIB KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA

BERJUANG DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA

BELIAU JUGA MEMPUNYAI PUSAT MENGAJI AL -QURAN NYA SENDIRI JADI INI KALILAH KITA TINGGIKAN MARTABAT AGAMA DEMI PERJUANGAN UMNO




#TestedTeam4UMNO

ANDA MAHU LIHAT BANYAK LAGI GAMBAR GAMBAR MENARIK SILA
KLICK SINI

Jumaat, 4 Oktober 2013

#TESTEDTEAM4UMNO : UJIAN PALING GETIR BUAT CALON NAIB PRESIDEN, HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN!!

#TESTEDTEAM4UMNO -Keserasian tiga naib presiden Umno telah terbukti dalam memastikan Umno dapat kekal bergerak dalam satu entiti yang kukuh, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. 

Kalau ada tuduhan mengatakan wujud pakatan antara beliau dan dua lagi naib presiden iaitu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk mengekalkan jawatan itu, ia perlu dilihat dari segi keserasian.

"Kita bergerak dalam satu entiti yang kukuh, kalau itu dikatakan pakatan ia tidak dapat dinafikan kerana kita mempunyai keserasian dalam menempuh pelbagai cabaran," katanya.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan berkata, pengalamannya bersama-sama dua naib presiden sedia ada cukup banyak dan mereka sentiasa bekerjasama. 

Ahmad Zahid juga menafikan dakwaan wujud desakan terhadap perwakilan untuk mengekalkan tiga naib presiden sedia ada, pada pemilihan parti 19 Oktober ini. 

Ahmad Zahid, Hishammuddin dan Shafie dicabar tiga individu iaitu Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad. 

Hishammuddin berkata pindaan perlembagaan parti pada 2009 berpaksikan prinsip demokrasi dan transformasi parti sekali gus memastikan kepimpinan parti ditentukan 146,500 perwakilan pada pemilihan kali ini. - Nadi Rakyat

Laporan audit Pakatan Pembangkang Ni akal Terlampau Genius Sehinggakan PKINK yang mengalami Kerugian Boleh bagi 11 Bulan Lebih Bonos.

#TESTEDTEAM4UMNO  http://pendekarmelayu-pejuangbangsa.blogspot.com/2013/09/testedteam4umno-bukti-umno-bukan.html
Tak habis habis nak mengutuk Laporan audit pihak kerajaan tub tub tak tau la pulak jawapan sebenar serta kelogikan cerita yang kerajaan beri pada mereka tapi disebabkan masaalah hati rosak hanya kesilapan pada pihak musuh cuba diambil kesempatan walhal kelemahan mereka juga apa kurangnya lebih mantap infonya serta lebih dasyat mana taknya bayangkan syarikat yang rugi boleh bagi Bonus mencecah sebelas bulan lebih

Nak Pendekar sedapkan cerita bermula begini,Sedar pulak Kerajaan Negeri Pimpinan Pakatan Pembangkang berseloka dengan berkata  bersedia membuat siasatan berhubung pendedahan laporan audit mengenai pembayaran bonus hingga 11.5 bulan gaji anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ladang Tapis Sdn Bhd (LTSB) ehem banyak tu kalau untung besar tu lain lah cerita bebbb...
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya perlu berbincang dengan PKINK terlebih dulu sebelum membuat sebarang ulasan berhubung perkara itu.
“Oleh kerana ia dilaporkan audit, kami kena bincang dengan PKNIK laporan itu bagaimana. Kami buat siasatan,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini, semalam.
Jabatan Audit Negara menegur LTSB kerana membayar bonus hingga 11.5 bulan gaji pada 2011 walaupun mencatatkan kerugian.
Audit antara Julai hingga September 2012, mendapati pengurusan syarikat perladangan itu berada dalam keadaan kurang memuaskan.
Syarikat itu mengalami kerugian terkumpul RM5.21 juta pada 2011, peningkatan RM930,00 juta berbanding 2010 serta tidak pernah membayar dividen kepada kerajaan negeri, selaku pemegang saham sejak 2009 berikutan kerugian.
Namun, audit mendapati LTSB mengeluarkan bonus pada 2009 4.5 hingga lima bulan gaji. Pada 2010, ia membayar bonus tujuh hingga lapan bulan gaji, manakala pada 2011, bonus lapan hingga 11.5 bulan gaji.
Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, kerajaan bersetuju mewartakan tanah kerajaan di dua kawasan sebagai tapak perkampungan Orang Asli.
Katanya, ia membabitkan tanah seluas 592.81 hektar di Jeli dan 233.61 hektar di Gua Musang untuk dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
Psssstt apa kes ni kalau budak sekolah rendah pun bolih fikir logiknya bila syarikat rugi patutker bagi Bonus sehinggakan sampai sebulan gaji !!!!Agak gak la Bro....renung renungkan taraf geng geng Pembangkang ini kalau bab memfitnah Kerajaan merekalah orang yang pertama mengutuk Kerajaan tapi bila kesalahan Pakatan Pembangkang benda yang tak logik Pemimpin Mereka buat pun disokongnya ibarat tikus mondoklah jawabnya diam sediam diamnya,udah udah lah golongan orang orang yang rugi weiiii.......

Ahad, 29 September 2013

KERAJAAN CADANG AGIH BRIM DUA KALI SETAHUN

IPOH: Kerajaan bercadang melaksanakan agihan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak dua kali pada tahun depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata selain itu kaedah penyaluran BR1M juga mungkin dibuat melalui transaksi kepada akaun bank penerima. 
Sungguhpun begitu, beliau berkata nilai BR1M hanya akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, 25 Okt ini.

"Kita telah menyediakan draf pertama yang telah dibentangkan kepada perdana menteri, jadi sekarang kita sedang memperkukuhkan lagi pemberian BR1M.

"Nilai sebenar masih belum dipastikan lagi, tetapi ia lebih daripada RM500 yang diberi sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Agama Rakyat Ehsaniah di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan II, Gugusan Manjoi di sini hari ini.

Katanya kaedah agihan BR1M sebanyak dua kali ini membolehkan penerima menggunakannya secara berhemat berbanding pemberian sekaligus.

Ahmad Husni berkata apabila dasar rasionalisasi subsidi dilaksanakan, kerajaan juga sedang meneliti model bantuan terbaik bagi membantu golongan yang mempunyai pendapatan keluarga RM4,000 sehingga RM5,000.

"Kerajaan juga melihat bagaimana mahu membantu golongan ini. Ia lebih kepada konteks apabila kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi, kita juga menyatakan kerajaan akan terus membantu, tetapi kita bantu mereka ini dalam bentuk yang lain, yang ini perinciannya saya tidak boleh beritahu, kita tunggu pembentangan belanjawan nanti," katanya.

Agihan BR1M 1.0 kepada golongan yang layak mula dilaksanakan oleh kerajaan pada 2012.

Bagi BR1M 2.0 yang terkandung dalam pembentangan Belanjawan 2013 oleh Najib di Parlimen pada 28 Sept 2012, bantuan tunai RM500 diberi kepada rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan sementara individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak menerima bantuan RM250. - Bernama

#TESTEDTEAM4UMNO BUKTI UMNO BUKAN SEMAKIN LEMAH MALAH SEMAKIN KUAT PADA PRU13!!!

KEPUTUSAN pada PRU13 yang lalu membuktikan yang parti Melayu UMNO ini bukanlah sebuah parti yang lemah. Berdasarkan kiraan kerusi parlimen yang dimenangi oleh UMNO pada PRU12 pada 2008 yang lalu sebanyak 79 kerusi, manakala pada PRU13 kali ini UMNO menunjukkan yang parti ini masih lagi mendapat kepercayaan rakyat Malaysia terutama orang Melayu dengan 88 kerusi parlimen.

Jumlah 88 kerusi parlimen yang dimenangi UMNO sebagai sebuah parti tunggal, hampir menyamai dengan 89 kerusi parlimen yang dimenangi oleh pakatan dalam gabungan tiga buah parti (DAP, PKR, PAS).

Jadi dimanakah yang memperlihatkan yang UMNO itu dilihat semakin lemah dan dikatakan semakin ditolak rakyat? PAS sendiri dalam akhbar mereka mengakui yang parti konon Islam mereka itu tidak mendapat sokongan orang muda Melayu. Malah, bilangan kerusi mereka juga merosot dengan amat teruk dari 73 (PRU12) kepada hanya 52 kerusi parlimen sahaja pada PRU13 Mei yang lalu.


Selepas selesai PRU12 pada 2008, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak telah meletakkan calon-calon yang memang dilihat punyai aura untuk membantu rakyat atas kemenangan mereka dalam pilihanraya malah dalam pemilihan agong UMNO. 

Dengan meletakkan Timbalan Presiden parti beserta dengan 3 orang Naib Presiden parti dilihat semakin mengukuhkan keadaan yang masa itu berlaku tsunami dimana BN telah kehilangan 5 buah negeri (Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Kelantan) dan merupakan keadaan paling kritikal dan genting saat itu. Mujurlah 3 orang pemimpin pakatan dari Perak keluar parti dan menyokong kerajaan, maka tertubuhlah kerajaan BN negeri Perak selepas 11 bulan dibawah pemerintahan PAS.

Najib, Muhyiddin, Zahid, Shafie, Hisham - Mereka inilah 'tested team' dalam UMNO yang cuba dirangka oleh Perdana Menteri. Bayangkan dalam saat genting 2008, mereka masih lagi boleh berdiri teguh membina semula empayar kekuasaan Melayu dengan hanya berlandaskan majoriti bukan 2/3 semasa zaman Tun Mahathir. Lagipun Najib hanya sekadar menyambung tugas Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009 dengan keadaan parti dan negara yang sedikit kucar-kacir selepas pembebasan Anwar Ibrahim.

Kenapa harus dipersalahkan DS Najib dalam kekecohan negara sehingga hari ini? Adakah team transformasi yang digubal DS Najib tidak meninggalkan apa-apa kesan?

Cuba dilihat dan direnung dari sudut pandang positif. Apa yang telah 'tested team' ini lakukan sejak dari tahun 2009 lagi. DS Dr. Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan, DS Hishamuddin sebagai Menteri Dalam Negeri, DS Shafie Apdal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah menunjukkan kerja mereka dengan cukup tersusun. Walaupun ada beberapa perkara yang masih menjadi perbualan sehingga menjadi sejarah hitam kepada Naib-naib Presiden ini, namun itulah onak dan ranjau dalam perjuangan.

Masing-masing punya kelebihan, masing-masing punya kekurangan. Manusia tidak pernah dilahirkan sesempurna ciptaan. Kerana itulah dalam kerja sepasukan harus punyai ramai orang yang punyai pelbagai kemahiran agar setiap lompang dapat ditampung tanpa meniggalkan kesan.

Cuba renungkan. Cuba fikirkan #TestedTeam4UMNO membawa anda untuk memikirkan apakah yang di sampaikan ??mungkin ramai sahabat sahabat kita masih belum mengetahuinya kan !!!
mulai saat ini kita akan cuba memberikan jawapannya untuk kita sama sama mengetahuinya serta memahaminya dengan penelitian dari masa kesemasa untuk kita bincangkan bersama 

Datuk Seri 
Najib Tun Abd Razak tidak keterlaluan dikatakan pemimpin terulung kesayangan Admin Pendekar Melayu serta Rakyat Malaysia yang tahu bersyukur dengan kurnian Allah s.w.t kerana jasa serta pengorbanannya memertabat,memperjuang serta mengembangkan agenda Agama Bangsa dan Negara ketahap yang tinggi

Pengorbanan Datuk Seri Najib yang tidak terhingga sehinggakan kem Pakatan Pembangkang terpaksa berkerja berpuluh lipat kali ganda cuba menabur fitnah serta tohmahan terhadap Beliau sehinggakan gerakan gerakan gelap terpaksa ditubuhkan oleh Kem jahat pembangkang demi memburuk burukkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan yang paling mengejutkan kehadiran kumpulan jahat yang di gelarkan sebagai ''READ BEEN ARMY''

Bagi cubaan DAP menfitnah Kerajaan nampaknya sehingga kini BN masih utuh menentang permintaan DAP malah MCA pun tidak berani untuk membuat permintaan seperti yang diminta DAP dan seperti yang kita tahu golongan suara minoriti dalam Pakatan Pembangkang iaitu Pas pula sanggup menjadi pak turut untuk suara mejoriti iaitu DAP yang seringkali cuba membuat permintaan yang amat merugikan Islam terutama dalam tuntutan penggunaan Kalimah Allah serta hudud dan negara Islam
Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan orang yang kafir, setengahnya menjadi pembela (penolong) bagi setengahnya yang lain. Jika kamu tidak menjalankan (dasar bantu membantu), nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar." (maksud ayat 73 surah Al-Anfal)
Namun kehebatan BN percubaan Pakatan Pembangkang itu berjaya di patahkan Najib dan pemimpin BN serta KEHEBATAN barisan utama pemimpin peringkat tertinggi dalam UMNO yang telah merancang pelbagai strategi menepis tohmahan Pembangkang untuk memastikan UMNO terus releven menjadi parti tunggal yang membela nasib Agama serta keistimewaan orang orang Melayu sesuaidengan slogan Najib Razak iaitu janji ditepati

Ketahuilah sahabat sahabat PM semua renungan ini
Semakin banyak seorang pemimpin menceritakan rahsia dan kekurangan orang lain, semakin jatuh pula kredibiliti pemimpin tersebut.

Pemimpin yang amanah adalah pemimpin yang menjadikan dirinya sebagai kubur bagi aib orang lain, bukan orang yang sering menggembar-gemburkan kekurangan orang yang dipimpinnya.

Pemimpin yang bersyukur adalah pemimpin yang sedar bahawa kepemimpinan yang di dipikulnya bukanlah tanda kemuliaan, tetapi kepemimpinan adalah amanah dari Allah.

Pemimpin yang amanah boleh dilihat dari keprihatinannya dalam berjanji, walaupun hanya sedikit janjinya, tetapi dia senantiasa berusaha untuk menepatinya..syukur Alhamdulilah setakat ini DS Najib sering menepati janjinya.
Apakah kesinambungan ceritanya dan bagaimanakah kesudahannya?

Apa itu #TestedTeam4UMNO?... Apakah jasa #TestedTeam4UMNO? dan Siapa barisan yang dimaksudkan sebagai#TestedTeam4UMNO yang bersama Datuk Seri Najib?...

Anda fikirkan dan komen, kita akan bincangkan dalam artikel yang akan datang.