Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Memaparkan catatan dengan label PEMILIHAN UMNO 2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PEMILIHAN UMNO 2013. Papar semua catatan

Isnin, 21 Oktober 2013

Datuk Seri Najib Tun Razak Sangkal dakwaan campur tangan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau campur tangan dalam menentukan pemenang pada Pemilihan UMNO 2013 bagi merebut jawatan Naib Presiden kelmarin.
“Perwakilan ada 150,000 orang lebih. Macam mana hendak campur tangan, dalam pemilihan bahagian saya (Pekan), kita ada 950 perwakilan. Kita tidak boleh paksa orang undi kerana ia sulit dan itu semua adalah pandangan orang sahaja,” jelasnya pada sidang akhbar di Palm Garden Golf Club, IOI Resort City di sini semalam.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam perebutan Pemilihan UMNO kelmarin menyaksikan tiga penyandang sebelum ini berjaya mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO bagi penggal 2013-2016.

Ahad, 20 Oktober 2013

AZWAN BRO GAGAL BUAT KEJUTAN DI PASIR SALAK

Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Khairul Azwan atau pun lebih dikenali dengan nama jolokan Azwan Bro tewas kepada pencabarnya, Datuk Ibrahim Katop dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Pasir Salak pada semalam dengan menyaksikan penabarnya Ibrahim Katop yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian memperoleh undi sebanyak 422 berbanding Azwan Bro.

Sementara itu gandingan Azwan iaitu Datuk Zainol Padzi, yang juga Exco Kerajaan Negeri juga tewas kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam persaingan merebut jawatan Ketua Bahagian UMNO Pasir Salak dengan Datuk Tajuddin memperoleh 435 undi untuk terus mengekalkan jawatan yang disandangnya dulu.

Usaha Azwan dan Zainol yang bergandingan untuk merampas kepimpinan UMNO Pasir Salak ternyata gagal. Tajuddin dilihat masih relevan dan mendapat sokongan padu daripada perwakilan walaupun ada pihak tidak bertanggungjawab cuba menabur fitnah dalam kempen sebelum pemilihan termasuk di dalam ruangan media siber.


Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak sebelum ini turut memperoleh keputusan cemerlang dalam Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila majoriti undi diperolehnya meningkat dan agak tinggi dan tak hairanlah beliau di terima mejoriti rakyat pasir salak dan lebih membanggakan Beliau terus berjaya dalam mendapatkan kepercayaan dalam persaingan peringkat Majlis Tertinggi MT apabila beliau juga menang dalam pemilihan semalam.

Mukhriz 'kalah dalam kemenangan'anda bagaimana ?

Kalah menang adat bertanding dan terimalah kekalahan dengan hati yang terbuka serta berlapang dada,kalah sekali bukan bererti kalah buat selamanya dan jadikanlah setiap kegagalan sebagai satu azimat untuk memperkuatkan lagi keazaman untuk pemilihan akan datang dan janganlah akibat kekalahan seseorang individu hinggakan kita berantakan sesama sendiri.

Semua orang layak menyokong calon yang mereka rasa layak untuk disokong termasuklah admin dan beberapa rakan rakan lain dan kami ada menyenaraikan beberapa pemimpin yang kami rasa patut kita undi

Namun yang paling menyedihkan tak sangka timbul iri hati sesama rakan seperjuangan yang senang senang menabur tohmahan kononnya dibayarlah dan sebagainya walhal ingat agenda perjuangan Brotherhood serta sumpah setia bagi mempertahankan perjuangan agama bangsa dan negara jadi buang lah perasangka buruk akibat tidak dapat menerima kekalahan calon yang kita sokong

Pesanan ikhlas ini buat seseorang yang admin rasa pun ada jasa pada umno tapi akibat kekalahan idolanya sanggup memfitnah sesama sendiri tapi yang beliau lupa yang orang susah macam admin ni ker yang dituduh menerima duit dari senarai yg admin sokong alahai...admin ni kalunak mintak duit tak lah sampai sekarang pakai moto kriss100 sahaja kereta ada proton saga tahun 1981 rotax mati body berlubang tayar bocor enjin dah tak boleh pakai,jadi orang macam amin ni ker nak difitnah huuhuuu


Pesanan admin pada rakan rakan seperjuangan jadikanlah perjuangan kita demi masa depan anak cucu kita bukan perjuangan yang mementingkan diri serta kalau buat sesuatu jangan taruk istilah duit didepan ika duit didepan maka itulah jadinya bila calon kita bawa kalah maka kita akan menuduh pihak lain dengan andaian yang kia teka teka sahaja.

PUTRAJAYA - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini  menyifatkan kekalahan Datuk Mukhriz Mahathir dalam pertandingan merebut jawatan naib presiden Umno

sebagai 'kalah dalam kemenangan'.

Menurut Muhyiddin, kemasukan Mukhriz ke gelanggang jawatan nombor dua penting dalam parti itu menunjukkan persaingan yang sengit walaupun kalah merebut jawatan tersebut.

"Walaupun tewas Datuk Mukhriz Mahathir mendapat sokongan yang banyak.

"Beliau hanya ketinggalan sedikit undi daripada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein," katanya pada sidang media di Hotel IOI, di sini, sebentar tadi.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan Mukhriz dapat meneruskan perjuangan dalam Umno walaupun kecundang dalam merebut jawatan yang ditandinginya.

"Janganlah rasa tawar hati, saya dulu mula-mula bertanding naib presiden pun kalah juga.

"Yang penting kita terus berusaha, jangan mudah mengalah," katanya.

Mengulas sama ada kekalahan Mukhriz ini bakal menjejaskan BN di PRK Dun Sungai Limau, Muhyiddin berkata, "ianya sama sekali tidak akan menjejaskan BN dalam PRK Dun tersebut.

"Kita sudah bersedia, kita sudah gerakkan jentera kita untuk pastikan Dun tersebut menjadi milik kita," ujar beliau.

Terkini #PemilihanUMNO Keputusan Rasmi Majlis Tertinggi UMNO 2013

TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA
BERIKUT adalah keputusan rasmi bagi 25 calon teratas bagi kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno setakat 1.10 tengahari Ahad: 

1. Datuk Seri Mustapa Mohamed 183
2. Datuk Seri Jamil Khir 183
3. Datuk Idris Haron 182
4. Datuk Seri Ismail Sabri 181
5. Datuk Seri Idris Jusoh 181
6. Datuk Ahmad Shabery Cheek 178
7. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim 178 
8. Datuk Abdul Rahman Dahlan 178
9. Datuk Hasan Malek 166
10.Datuk Seri Shahidan Kassim 163
11.Datuk Mohamad Hasan 162
12.Datuk Seri Jamaludin Jarjis 159
13.Datuk Razali Ibrahim 154
14.Mahdzir Khalid 152
15.Datuk Rosnah Rashid Shirlin 144
16.Tan Sri Annuar Musa 140
17. Datuk Tajudin Abd Rahman 125
18. Datuk Mohd Puad Zarkashi 124
19.Datuk Azalina Othman 117
20.Datuk Abdul Latif Ahmad 114
21.Datuk Shamsul Anuar 109
22.Moktar Radin 101
23.Datuk Abdul Aziz Kaprawi 99
24.Datuk Reezal Merican 96
25.Datuk Sohaimi Shahadan 88

Hajat mengundi tak kesampaian

KUANTAN - “Arwah memang berhajat sangat untuk menjadi perwakilan dan melihat proses pemilihan Umno yang kali pertama dilaksanakan tapi arwah tak sempat mengundi,” kata Ketua Wanita  Bahagian Kuantan, Datuk Zaiton Mat mengenai Allahyarham Ariffin Awang Noh, 70, yang meninggal dunia akibat sakit jantung.

Allahyarham Ariffin, pengsan kira-kira pukul 9.30 pagi  ketika menghadiri Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kuantan yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini, semalam.

Allahyarham sempat diberikan rawatan kecemasan oleh petugas perubatan di dewan tersebut sebelum dibawa ke Hospital Pakar Kuantan, Alor Akar.

Zaiton yang juga anak saudara kepada Allahyarham Ariffin berkata, arwah turut teruja untuk bersama semua perwakilan dan calon yang bertanding semalam.

Bagaimanapun, katanya, Allahyarham sempat bersama ketika menyanyikan lagu Umno dan Negaraku sebelum rebah di bahu suaminya, Mohd Sulong Muda, yang juga Ketua Cawangan Batu 3, Sungai Isap.

Katanya, mereka yang berada di dewan membantu dan Allahyarham dihantar ke Hospital Pakar, Alor Akar namun disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung.

Zaiton berkata, arwah seorang yang aktif dalam Umno lebih 50 tahun lalu dan pernah menyumbang bakti di peringkat cawangan di Kuantan, Maran dan Pekan.

“Sebagai seorang yang aktif dalam politik, bapa saudara saya adalah antara individu yang banyak memberi teguran, sebagai penasihat dan pendengar bagi membantu mengukuhkan Umno di sini, katanya ketika ditemui di Masjid Al-Falah, Sungai Isap, dekat sini.

Menurutnya, semangat bersama parti itu tidak pernah luntur, malah arwah sentiasa mengikuti perkembangan Umno dan membaca akhbar untuk mengetahui isu-isu semasa dalam parti.

Sebagai seorang yang mahu melihat keluarganya menjadi ahli Umno, katanya, arwah sendiri pergi ke rumahnya kelmarin untuk mengambil borang keahlian Umno untuk anak dan menantunya yang belum menjadi ahli.

“Bagaimanapun, borang itu sudah habis dan saya berjanji akan memberinya pada hari lain, tapi nampaknya tidak kesampaian,” katanya.

Zaiton berkata, Umno Kuantan kehilangan seorang ahli yang sangat besar jasanya kerana  arwah aktif memperjuangkan parti dan ahli di cawangannya sehingga akhir hayat.

“Saya melihat tidak ramai lagi veteran Umno di cawangan ini dan kebanyakannya adalah orang baru, tetapi Allahyarham sebelum ini banyak memberi cadangan dan nasihat untuk mengekalkan parti,” katanya.

Sementara itu, anaknya, Ahmad Zamani berkata, mengakui arwah bapanya aktif dalam parti dan kesemua ahli keluarganya mengikut jejak Allahyarham.
“Kali terakhir saya berjumpanya Khamis lalu kerana kami anak beranak agak sibuk dengan pemilihan Umno di kawasan masing-masing,” katanya yang berada di mesyuarat perwakilan bahagian Indera Mahkota ketika menerima panggilan.
Menurutnya, beliau menerima panggilan daripada rakan mengenai kejadian itu kira-kira jam 9.45 pagi lalu bergegas ke hospital.

Katanya, ketika itu, keadaan bapanya sangat lemah sebelum menghembuskan nafas terakhir di hadapan keluarga terdekat di sisinya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, sembilan anak serta sembilan cucu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner  Mohd Jasmani Yusof ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.SH

Tan Sri Dato' Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin Di Fitnah

Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan kenyataan yang dibuat di dalam satu akaun Facebook palsu mengenai dakwaan adanya keputusan jawatankuasa disiplin UMNO ke atas calon Naib Presiden Datuk Mukhriz Mahathir.
"Saya tidak mengeluarkan kenyataan berkenaan dan akaun Facebook itu bukan milik saya. 
Muhyiddin menafikan kenyataan yang dibuat di dalam akaun Facebook palsu.
"Saya sudah meminta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat mengenai akaun berkenaan," katanya dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan di sini, hari ini. 

Beliau mengulas tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang membuat akaun Facebook palsu atas nama Tansri Muhyiddin Yasin dan memuat naik status "Dukacita dimaklumkan, Datuk Mukhriz bin Tun Mahathir telah disingkirkan dari percalonan Naib Presiden UMNO. Pihak Lembaga Disiplin UMNO telah membuat keputusan bahawa calon didapati telah melanggar etika parti dan secara langsung terlibat dalam penglibatan wang yang besar dan diedarkan pada program khas yang diadakan oleh pihak calon baru-baru ini. Saya berharap pihak Lembaga Disiplin UMNO dapat menyiasat perkara ini secepat mungkin.."
Bagaimanapun, status yang dimuat naik kira-kira jam 8.30 pagi itu tidak mendapat perhatian ramai kerana ramai pengguna Facebook curiga status akaun berkenaan.
SUMBER ARTIKEL DARI HARIAN METRO

MUKRIZ TERIMA KEKALAHAN DENGAN HATI TERBUKA

Calon Naib Presiden, Datuk Mukhriz Tun Mahathir menerima kekalahannya dalam merebut jawatan itu dalam Pemilihan UMNO 2013 sebentar tadi dengan hati terbuka.
Namun, beliau yang juga Menteri Besar Kedah gembira apabila menerima sokongan perwakilan melalui undi popular sebanyak 55,290 berbanding saingan terdekatnya Naib Presiden baharu, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein dengan 54,829.
'Walaupun saya masuk gelanggang (pemilihan) agak lewat saya gembira dengan undian yang diraih ini kerana percalonan saya dilihat untuk memperimbang pemilihan sebelum ini,' tambahnya kepada pemberita ketika di temui di Pusat Dagangan Dunia Putra.

MENANG KALAH ADAT PERTANDINGAN YANG PASTI PERJUANGAN HARUS DITERUSKAN DEMI MEMERTABAT UMNO DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA

TERKINI KEPUTUSAN PENUH PEMILIHAN UMNO 2013

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Tajol Rosli berkata pengumuman senarai penuh Majlis Tertinggi UMNO akan diumumkan secara rasmi pada pukul lima petang ini bertempat di Putra World Trade Center (PWTC).
Sehingga pukul 1.30 pagi carta kedudukan bagi jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) sering berubah yang memperlihatkan saingan sengit antara 62 calon bagi merebut kedudukan 25 teratas senarai itu.
Pada sidang media kira-kira jam 1.30 pagi tadi, Tan Sri Tajol hanya mengumumkan keputusan rasmi bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap dan Naib Presiden UMNO.
Keputusan rasmi berhubung pemilihan bagi jawatan Naib Presiden UMNO yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Tajol Rosli hari ini memperlihatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein  terus mengekalkan kedudukan sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia.
naib-presiden-umno-vp-hishammuddin-zahid-shafie-pemilihan
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memperolehi sebanyak 185 undi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memperolehi 174 undi manakala Datuk Seri Hishammuddin pula memperolehi 100 undi. Datuk Mukhriz Mahathir pula memperolehi sebanyak 91 undi, Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad pula masing-masingmemperolehi tujuh undi.
Selain itu, Tajol turut mengumumkan Datuk Mohamed Aziz telah terpilih sebagai Timbalan Pengerusi Tetap dengan memperolehi undi sebanyak 158 berbanding dua calon lain iaitu Datuk Abdul Rahman Palil yang memperolehi 25 undi manakala Ahmad Faris Abdullah gagal memperolehi sebarang undi.
Manakala Tan Sri Badaruddin Amiruddin pula terpilih sebagai Pengerusi Tetap UMNO Malaysia apabila diumumkan menang tanpa bertanding. Keputusan pertandingan bagi jawatan Majlis Tertinggi pula akan diumumkan petang esok.

KEPUTUSAN TAK RASMI CALON MT SETAKAT JAM 5 SUBUH TADI
KLICK GAMBAR UNTUK MEMBESARKAN IMEJ

TERKINI KEPUTUSAN TIDAK RASMI 25 CALON TERATAS KERUSI MAJLIS TERTINGGI SETAKAT 2 PAGI INI

Berikut keputusan tidak rasmi jumlah undi yang diterima 25 calon teratas kerusi Majlis Tertinggi (MT) UMNO setakat 2 pagi ini, berdasarkan papan carta Pusat Media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
1. Datuk Seri Mustapa Mohamed: 168 undi
2. Datuk Seri Jamil Khir Baharom: 168
3. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob: 166
4. Datuk Seri Idris Jusoh: 166
5. Datuk Seri Idris Haron: 165
6. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek: 164
7. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim: 164
8. Datuk Abdul Rahman Dahlan: 163
9. Datuk Hasan Malek: 151
10. Datuk Seri Shahidan Kassim: 149
11. Datuk Seri Mohamad Hasan: 149
12. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis: 145
13. Datuk Razali Ibrahim: 141
14. Datuk Seri Mahdzir Khalid: 138
15. Tan Sri Annuar Musa: 129
16. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin: 129
17. Dr. Mohd Puad Zarkashi: 117
18. Datuk Tajuddin Abdul Rahman: 116
19. Datuk Seri Azalina Othman Said: 106
20. Datuk Abd Latiff Ahmad: 104
21. Datuk Shamsul Anuar Nasarah: 102
22. Datuk Ab Aziz Kaprawi: 93
23. Datuk Bung Moktar Radin: 91
24. Datuk Reezal Merican Naina Merican: 88
25. Datuk Sohaimi Shahadan: 81

Sabtu, 19 Oktober 2013

Surat rasmi dari PWTC kedudukan Tiga Naib Presiden

info terbaru Datuk Hishammuddin Hussein dah dapat 94 Bahagian. 




Ini rasmi dari PWTC kedudukan Tiga Naib Presiden -tapi info terbaru Datuk Hishammuddin Hussein dah dapat 94 Bahagian. Dah menang dah... #HishamVP2sori Mukhriz Fan Club! 

Dah menang dah... #HishamVP2 menurut Yuseri Yusoff

TERKINI PERSAINGAN SENGIT NAIB PRESIDEN UMNO

Persaingan sengit terbaik....

NAIB PRESIDEN (Kemaskini 9:46 Malam)

Datuk Seri Hishamuddin Hussein (77 bahagian)
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (131 bahagian)
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (146 Bahagian)
Tan Sri Isa Samad (8 bahagian)
Datuk Seri Mohd Ali Rustam (7 bahagian)
Datuk Mukhriz Mahathir (73 bahagian)

TERKINI KEPUTUSAN SEMASA Calon Majlis Tertinggi UMNO

NAIB PRESIDEN (Kemaskini 8:21 Malam)




Hishamuddin Hussein Datuk Seri Hishamuddin Hussein (57 bahagian)
Shafie Apdal Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (94 bahagian)
cZahid Hamidi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (104 Bahagian)
Tan Sri Isa Samad (6 bahagian)
Ali Rustam Datuk Seri Mohd Ali Rustam (6 bahagian)
Mukhriz Mahathir Datuk Mukhriz Mahathir (47 bahagian)


MAJLIS TERTINGGI UMNO ( Kemaskini 8:46 Malam)

1) Datuk Seri Mustapa Mohamed 31 undi
2) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 30undi
3) Dr Mohd Puad Zarkashi 27 undi
4) Datuk Tajuddin Abdul Rahman 25 undi
5) Datuk Wira Idris Haron 28 undi
6) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad 22 undi
7) Datuk Seri Dr Jamaludin Mohd Jarjis 24 undi
8) Datuk Seri Saifuddin Abdullah
9) Datuk Dr Norraesah Mohamad
10) Datuk Seri Mahdzir Khalid 28 undi
11) Datuk Hamzah Zainudin
12) Datuk Bung Moktar Radin 17 undi
13) Datuk Seri Zulhasnan Rafique
14) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek 29 undi
15) Datuk Seri Idris Jusoh 29 undi
16) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim 30 undi
17) Datuk Seri Jamil Khir Baharom 29 undi
18) Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin
19) Datuk Seri Shahidan Kassim 27 undi
20) Datuk Razali Ibrahim 3 undi
21) Datuk Seri Mohamad Hasan 24 undi
22) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican 15 undi
23) Datuk Nur Jazlan Mohamed
24) Tan Sri Rahim Tamby Chik
25) Azlan Man
26) Datuk Dr Aziz Jamaluddin Mohd Tahir
27) Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin 19 undi
28) Datuk Azalina Othman Said 23 undi
29) Razali Husain
30) Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah
31) Abdul Zarin Mohd Yasin
32) Datuk Sohaimi Shahadan 2 undi
33) Datuk Abd Rahman Dahlan 29 undi
34) Datuk Musa Sheikh Fadzir
35) Datuk Hasan Malek
36) Datuk Ab Wahab Ibrahim
37) Azman Shah Omar Shah
38) Yusoff Ishak
39) Zawawi Othman
40) Tan Sri Annuar Musa 24 undi
41) Datuk Halimah Mohamed Sadique 15 undi
42) Datuk Md Alwi Che Ahmad
43) Prof Madya Dr Sazili Shahibi
44) Datuk Shamsul Anuar Nasarah 21 undi
45) Datuk Nasir Safar
46) Datuk Rosni Zahari
47) Hamidah Osman
48) Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad 1 undi
49) Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan 3 undi
50) Datuk Maznah Abd Hamid
51) Mohsin Yussof
52) Dr Zubir Harun
53) Datuk Ahmad Jaafar
54) Dr Ahmad Kamal Ariffin Mohamed
55) Mohd Sazili Shahidi
56) Datuk Abdul Aziz Kaprawi 17 undi
57) Datuk Zahidi Zainul Abidin
58) Datuk Misri Barham
59) Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman
60) Mohd Ariff Abdul Aziz
61) Datuk Mohd Satim Diman
62) Datuk Sairin Karno
63) Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman 3 undi
64) Datuk Ishak Ismail
65) Datuk Hassan Malek 27 undi

TERKINI ZAHID HAMIDI KEKAL MEMPERTAHANKAN JAWATAN NAIB PRESIDEN UMNO BAGAIMANA PULA NASIB MUKHRIZ DAN HISYAMUDIN JOM TENGOK

Datuk Seri Zahid Hamidi mengumumkan sendiri, bahawa beliau berjaya mempertahankan jawatan Naib Presiden. Beliau mengumumkan demikian melalui ucapan penggulungan Persidangan Bahagian Bagan Datoh, Perak. Zahid merupakan Ketua Bahagian bahagian itu.

Kedudukan terkini Naib Presiden UMNO Setakat jam ini

01) Zahid Hamidi - 104 Bahagian
02) Hishammuddin Hussein - 57 Bahagian
03) Shafei Apdal - 94 Bahagian
04) Isa Samad - 6 Bahagian
05) Mukhriz Mahathir - 47 Bahagian
06) Ali Rustam - 6 Bahagian

*Zahid Hamidi dan Shafei Apdal kekal sebagai Naib Presiden UMNO.

Dikemaskini sehingga jam 6.30 petang

TERKINI KEPUTUSAN SEMASA TIDAK RASMI ANGGOTA MT UMNO

Berikut adalah 25 calon ahli Majlis Tertinggi (MT) yang mendahului 37 pencabar bagi mengisi penggal 2013-2016 setakat jam 5.45 petang:

1. Mustapa Mohamed (3) undi
2. Ismail Sabri Yaakob (3) undi
3. Ahmad Shabery Cheek (3) undi
4. Razali Ibrahim (3) undi
5. Shahidan Kassim (3) undi
6. Idris Haron (3) undi
7. Abdul Azeez Abdul Rahim (3) undi
8. Shamsul Anuar Nasarah (3)
9. Azalina Othman (3) undi
10. Mahdzir Khalid (3) undi
11. Abd Rahman Dahlan (3) undi
12. Tajuddin Abdul Rahman (3) undi
13. Ab Aziz Kaprawi (3) undi
14. Tawfiq Abu Bakar Titingan (3) undi
15. Hasan Malek (3) undi
16. Rizal Merican (3) undi
17. Jamil Khir Baharom (2) undi
18. Idris Jusoh (2) undi
19. Annuar Musa (2) undi
20. Jamaluddin Jarjis (2) undi
21. Mohamad Hasan (2) undi
22. Rosnah Abd Rashid Shirlin (2) undi
23. Sohaimi Shahadan (2) undi
24. Abd. Latiff Ahmad (2) undi

25. Wan Mohammad Khair-Il Anuar Wan Ahmad (1) undi