Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 4 Oktober 2013

Laporan audit Pakatan Pembangkang Ni akal Terlampau Genius Sehinggakan PKINK yang mengalami Kerugian Boleh bagi 11 Bulan Lebih Bonos.

#TESTEDTEAM4UMNO  http://pendekarmelayu-pejuangbangsa.blogspot.com/2013/09/testedteam4umno-bukti-umno-bukan.html
Tak habis habis nak mengutuk Laporan audit pihak kerajaan tub tub tak tau la pulak jawapan sebenar serta kelogikan cerita yang kerajaan beri pada mereka tapi disebabkan masaalah hati rosak hanya kesilapan pada pihak musuh cuba diambil kesempatan walhal kelemahan mereka juga apa kurangnya lebih mantap infonya serta lebih dasyat mana taknya bayangkan syarikat yang rugi boleh bagi Bonus mencecah sebelas bulan lebih

Nak Pendekar sedapkan cerita bermula begini,Sedar pulak Kerajaan Negeri Pimpinan Pakatan Pembangkang berseloka dengan berkata  bersedia membuat siasatan berhubung pendedahan laporan audit mengenai pembayaran bonus hingga 11.5 bulan gaji anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ladang Tapis Sdn Bhd (LTSB) ehem banyak tu kalau untung besar tu lain lah cerita bebbb...
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya perlu berbincang dengan PKINK terlebih dulu sebelum membuat sebarang ulasan berhubung perkara itu.
“Oleh kerana ia dilaporkan audit, kami kena bincang dengan PKNIK laporan itu bagaimana. Kami buat siasatan,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini, semalam.
Jabatan Audit Negara menegur LTSB kerana membayar bonus hingga 11.5 bulan gaji pada 2011 walaupun mencatatkan kerugian.
Audit antara Julai hingga September 2012, mendapati pengurusan syarikat perladangan itu berada dalam keadaan kurang memuaskan.
Syarikat itu mengalami kerugian terkumpul RM5.21 juta pada 2011, peningkatan RM930,00 juta berbanding 2010 serta tidak pernah membayar dividen kepada kerajaan negeri, selaku pemegang saham sejak 2009 berikutan kerugian.
Namun, audit mendapati LTSB mengeluarkan bonus pada 2009 4.5 hingga lima bulan gaji. Pada 2010, ia membayar bonus tujuh hingga lapan bulan gaji, manakala pada 2011, bonus lapan hingga 11.5 bulan gaji.
Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, kerajaan bersetuju mewartakan tanah kerajaan di dua kawasan sebagai tapak perkampungan Orang Asli.
Katanya, ia membabitkan tanah seluas 592.81 hektar di Jeli dan 233.61 hektar di Gua Musang untuk dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
Psssstt apa kes ni kalau budak sekolah rendah pun bolih fikir logiknya bila syarikat rugi patutker bagi Bonus sehinggakan sampai sebulan gaji !!!!Agak gak la Bro....renung renungkan taraf geng geng Pembangkang ini kalau bab memfitnah Kerajaan merekalah orang yang pertama mengutuk Kerajaan tapi bila kesalahan Pakatan Pembangkang benda yang tak logik Pemimpin Mereka buat pun disokongnya ibarat tikus mondoklah jawabnya diam sediam diamnya,udah udah lah golongan orang orang yang rugi weiiii.......

Tiada ulasan: