KEPUTUSAN pada PRU13 yang lalu membuktikan yang parti Melayu UMNO ini bukanlah sebuah parti yang lemah. Berdasarkan kiraan kerusi parlimen yang dimenangi oleh UMNO pada PRU12 pada 2008 yang lalu sebanyak 79 kerusi, manakala pada PRU13 kali ini UMNO menunjukkan yang parti ini masih lagi mendapat kepercayaan rakyat Malaysia terutama orang Melayu dengan 88 kerusi parlimen.
Jumlah 88 kerusi parlimen yang dimenangi UMNO sebagai sebuah parti tunggal, hampir menyamai dengan 89 kerusi parlimen yang dimenangi oleh pakatan dalam gabungan tiga buah parti (DAP, PKR, PAS).
Jadi dimanakah yang memperlihatkan yang UMNO itu dilihat semakin lemah dan dikatakan semakin ditolak rakyat? PAS sendiri dalam akhbar mereka mengakui yang parti konon Islam mereka itu tidak mendapat sokongan orang muda Melayu. Malah, bilangan kerusi mereka juga merosot dengan amat teruk dari 73 (PRU12) kepada hanya 52 kerusi parlimen sahaja pada PRU13 Mei yang lalu.
Selepas selesai PRU12 pada 2008, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak telah meletakkan calon-calon yang memang dilihat punyai aura untuk membantu rakyat atas kemenangan mereka dalam pilihanraya malah dalam pemilihan agong UMNO.
Dengan meletakkan Timbalan Presiden parti beserta dengan 3 orang Naib Presiden parti dilihat semakin mengukuhkan keadaan yang masa itu berlaku tsunami dimana BN telah kehilangan 5 buah negeri (Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Kelantan) dan merupakan keadaan paling kritikal dan genting saat itu. Mujurlah 3 orang pemimpin pakatan dari Perak keluar parti dan menyokong kerajaan, maka tertubuhlah kerajaan BN negeri Perak selepas 11 bulan dibawah pemerintahan PAS.
Najib, Muhyiddin, Zahid, Shafie, Hisham - Mereka inilah 'tested team' dalam UMNO yang cuba dirangka oleh Perdana Menteri. Bayangkan dalam saat genting 2008, mereka masih lagi boleh berdiri teguh membina semula empayar kekuasaan Melayu dengan hanya berlandaskan majoriti bukan 2/3 semasa zaman Tun Mahathir. Lagipun Najib hanya sekadar menyambung tugas Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009 dengan keadaan parti dan negara yang sedikit kucar-kacir selepas pembebasan Anwar Ibrahim.
Kenapa harus dipersalahkan DS Najib dalam kekecohan negara sehingga hari ini? Adakah team transformasi yang digubal DS Najib tidak meninggalkan apa-apa kesan?
Cuba dilihat dan direnung dari sudut pandang positif. Apa yang telah 'tested team' ini lakukan sejak dari tahun 2009 lagi. DS Dr. Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan, DS Hishamuddin sebagai Menteri Dalam Negeri, DS Shafie Apdal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah menunjukkan kerja mereka dengan cukup tersusun. Walaupun ada beberapa perkara yang masih menjadi perbualan sehingga menjadi sejarah hitam kepada Naib-naib Presiden ini, namun itulah onak dan ranjau dalam perjuangan.
Masing-masing punya kelebihan, masing-masing punya kekurangan. Manusia tidak pernah dilahirkan sesempurna ciptaan. Kerana itulah dalam kerja sepasukan harus punyai ramai orang yang punyai pelbagai kemahiran agar setiap lompang dapat ditampung tanpa meniggalkan kesan.
Cuba renungkan. Cuba fikirkan #TestedTeam4UMNO membawa anda untuk memikirkan apakah yang di sampaikan ??mungkin ramai sahabat sahabat kita masih belum mengetahuinya kan !!!
mulai saat ini kita akan cuba memberikan jawapannya untuk kita sama sama mengetahuinya serta memahaminya dengan penelitian dari masa kesemasa untuk kita bincangkan bersama
Datuk Seri Najib Tun Abd Razak tidak keterlaluan dikatakan pemimpin terulung kesayangan Admin Pendekar Melayu serta Rakyat Malaysia yang tahu bersyukur dengan kurnian Allah s.w.t kerana jasa serta pengorbanannya memertabat,memperjuang serta mengembangkan agenda Agama Bangsa dan Negara ketahap yang tinggi
Pengorbanan Datuk Seri Najib yang tidak terhingga sehinggakan kem Pakatan Pembangkang terpaksa berkerja berpuluh lipat kali ganda cuba menabur fitnah serta tohmahan terhadap Beliau sehinggakan gerakan gerakan gelap terpaksa ditubuhkan oleh Kem jahat pembangkang demi memburuk burukkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan yang paling mengejutkan kehadiran kumpulan jahat yang di gelarkan sebagai ''READ BEEN ARMY''
Bagi cubaan DAP menfitnah Kerajaan nampaknya sehingga kini BN masih utuh menentang permintaan DAP malah MCA pun tidak berani untuk membuat permintaan seperti yang diminta DAP dan seperti yang kita tahu golongan suara minoriti dalam Pakatan Pembangkang iaitu Pas pula sanggup menjadi pak turut untuk suara mejoriti iaitu DAP yang seringkali cuba membuat permintaan yang amat merugikan Islam terutama dalam tuntutan penggunaan Kalimah Allah serta hudud dan negara Islam
Bagi cubaan DAP menfitnah Kerajaan nampaknya sehingga kini BN masih utuh menentang permintaan DAP malah MCA pun tidak berani untuk membuat permintaan seperti yang diminta DAP dan seperti yang kita tahu golongan suara minoriti dalam Pakatan Pembangkang iaitu Pas pula sanggup menjadi pak turut untuk suara mejoriti iaitu DAP yang seringkali cuba membuat permintaan yang amat merugikan Islam terutama dalam tuntutan penggunaan Kalimah Allah serta hudud dan negara Islam
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan orang yang kafir, setengahnya menjadi pembela (penolong) bagi setengahnya yang lain. Jika kamu tidak menjalankan (dasar bantu membantu), nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar." (maksud ayat 73 surah Al-Anfal)
Namun kehebatan BN percubaan Pakatan Pembangkang itu berjaya di patahkan Najib dan pemimpin BN serta KEHEBATAN barisan utama pemimpin peringkat tertinggi dalam UMNO yang telah merancang pelbagai strategi menepis tohmahan Pembangkang untuk memastikan UMNO terus releven menjadi parti tunggal yang membela nasib Agama serta keistimewaan orang orang Melayu sesuaidengan slogan Najib Razak iaitu janji ditepati
Ketahuilah sahabat sahabat PM semua renungan ini
Ketahuilah sahabat sahabat PM semua renungan ini
Semakin banyak seorang pemimpin menceritakan rahsia dan kekurangan orang lain, semakin jatuh pula kredibiliti pemimpin tersebut.
Pemimpin yang amanah adalah pemimpin yang menjadikan dirinya sebagai kubur bagi aib orang lain, bukan orang yang sering menggembar-gemburkan kekurangan orang yang dipimpinnya.
Pemimpin yang bersyukur adalah pemimpin yang sedar bahawa kepemimpinan yang di dipikulnya bukanlah tanda kemuliaan, tetapi kepemimpinan adalah amanah dari Allah.
Pemimpin yang amanah boleh dilihat dari keprihatinannya dalam berjanji, walaupun hanya sedikit janjinya, tetapi dia senantiasa berusaha untuk menepatinya..syukur Alhamdulilah setakat ini DS Najib sering menepati janjinya.
Apakah kesinambungan ceritanya dan bagaimanakah kesudahannya?
Apa itu #TestedTeam4UMNO?... Apakah jasa #TestedTeam4UMNO? dan Siapa barisan yang dimaksudkan sebagai#TestedTeam4UMNO yang bersama Datuk Seri Najib?...
Anda fikirkan dan komen, kita akan bincangkan dalam artikel yang akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan