Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 16 Mei 2014

Sofia Dyana Mohd Daud adalah contoh terbaik pengkhianat Bangsa dan UITM ?

Setelah ditatang bagai minyak yang penuh oleh kerajaan sejak dari Sekolah Rendah, Menengah dan Universiti Dasar-Dasar yang digubal bagi memastikan anak Melayu serta golongan Bumiputra agar kita mendapat pendidikan yang terbaik,Talibarut Dap ni iaitu Sofia Dyana Mohd Daud  masih tidak bersyukur dan bertindak untuk menjadi tali barut parti yang hendak menjahanamkan orang Melayu di bumi sendiri


Bekas pelajar Universiti Teknologi Mara, UiTM, Sofia Dyana Mohd Daud, 27 tahun, kini Setiausaha Politik pemimpin DAP, Lim Kit Siang.

Sofia Dyana Mohd Daud di dalam ceramahnya, mempertikaikan status UiTM hanya membenarkan kemasukan pelajar MELAYU sahaja.

"UiTM khas untuk orang Melayu sahaja. Dari situ sudah nampak kerajaan kita ini sebenarnya agak rasis kerana mementingkan kaum MELAYU itu sahaja," katanya.

Sebenarnya kenyataan Sofia itu tidak tepat.

UiTM juga menerima kemasukan pelajar BUMIPUTERA dari Sabah dan Sarawak namun fakta sebenar yang wajib kita tahu, ribuan orang asli, Melanau, Iban, Murut ,Kadazan dan pelbagai lagi individu etnik lain, graduan UiTM.

Jika menceburkan diri dalam bidang politik sekalipun, fakta usah dimanupulasi UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI.

DAP adalah sebuah parti rasis Cina
DAP adalah sebuah parti rasis Cina ,ini hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa sahaja yang waras di dalam dunia ini. 

Biarpun ia mengakui sebagai parti berbilang bangsa, namun ketiadaan wakil kepimpinan dari kaum lain membuktikan bahawa ia sebuah parti rasis.  Malah, DAP adalah jauh lebih rasis dari MCA yang merupakan parti 100% Cina kerana MCA berpegang kepada semangat kerjasama dengan kaum lain di bawah payung Barisan Nasional manakala DAP tidak akan bekerjasama dengan mana-mana kaum bukan Cina melainkan DAP jika mampu menguasai mereka. 

Ini terbukti apabila kesemua kaum di dalam DAP perlu mempunyai semangat memperjuangkan kaum Cina serta mengenepikan kesan dan akibat terhadap kaum sendiri.   Contohnya, Professor Ariffin Omar yang baru-baru ini menghentam UiTM sebagai universiti komunis demi untuk memperjuangkan ketuanan Cina. Dan seorang lagi, ialah Dyana Sofia iaitu Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, graduan UiTM yang memperjuangkan UiTM dibuka kepada kaum bukan Melayu. 

Kedua-dua mereka langsung tidak mengambil peduli tentang kaum Melayu, tentang hakikat bahawa orang Melayu kurang berkemampuan dan ditindas pula dalam sektor swasta dan perniagaan.Yang mereka persoalkan hanyalah apakah habuannya dan keuntungannya pada orang-orang Cina. 

Semakin lantang seseorang itu memperjuangkan kaum Cina, semakin bersinarlah bintangnya di dalam DAP. Dan Dyana Sofia merupakan antara bintang itu dan diiktiraf sendiri oleh media-media pro-DAP. Hebatnya Dyana Sofia di mata DAP sehinggakan beliau dikatakan bakal dinamakan sebagai calon DAP dalam PRK Teluk Intan.   

Terdapat 60,349 pengundi berdaftar di Teluk Intan dengan pecahan 23,301 Melayu, 25,310 Cina dan 11,468 India.    Penyandangnya, Mendiang Seah Leong Peng dari DAP telah menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 7,313 undi dalam PRU yang lalu. 

Pecahan kaum Melayu dan Cina yang hampir seimbang memperlihatkan DAP mengambil risiko sekiranya Dyana dicalonkan di Teluk Intan.Risiko ini bukan sahaja berdasarkan hakikat bahawa Dyana bukan seorang Cina, tetapi juga kerana beliau merupakan anak kepada Setiausaha Wanita UMNO Bahagian. 

Darah UMNO di dalam diri Dyana cukup kental dan bagi DAP untuk meletakkan kepercayaan kepadanya amatlah menghairankan. 

Dyana masih terlalu muda dan tentu sekali masih lagi tercari-cari pegangan hidupnya.Secara dasarnya, seorang yang baru berusia 20-an masih belum mampu melihat dunia dengan jelas.Justeru itu, kita melihat kebanyakan anak muda yang merusuh ketika Reformasi 1998 dahulu, kini kembali rasional dan menyokong kerajaan.   

 Seperti kebanyakan anak muda itu, Dyana juga pastinya melihat bahawa sesuatu yang menentang arus itu sebagai menarik, mencabar dan mengujakan.Dyana mungkin bercita-cita untuk melakukan perubahan melalui DAP untuk kebaikan negara.Beliau pastinya percaya yang apa yang dilakukan dan jalan yang dipilihnya adalah tepat. 

Namun, apa yang Dyana gagal melihat dan belajar ialah apa yang berlaku kepada Tunku Aziz, iaitu seorang yang terkenal dengan integriti dan prinsip yang teguh juga telah meninggalkan DAP.Beliau mengaku terpedaya beberapa lama sebelum akhirnya tersedar yang beliau telah tersilap meletakkan kepercayaan dan harapan terhadap DAP. Dyana nampaknya gagal mengambil apa-apa pengajaran dari episod Tunku Aziz. 

Dalam Dyana mengimpikan ketelusan dan kecekapan dalam pemerintahan, Dyana mengambil sikap membutakan mata terhadap kemelut yang melanda CEC DAP.Ini sekali gus membuktikan bahawa Dyana tidak jujur dengan dirinya dalam memperkatakan tentang apa yang diperjuangkan dan yang dipercayainya. 

Walaubagaimanapun, sebagai seorang yang berdarah UMNO, kita pasti satu hari anak muda ini akan tersentak dari lamunannya sebagaimana juga Tunku Aziz dikejutkan dari mimpinya. 

Tiada ulasan: