Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 22 Mei 2014

WACANA GST SIAPA UNTUNG SIAPA YANG RUGI ?SIAPA YANG MAIN PERSEPSI?SIAPA YANG BODOH TERPEDAYA ?

SHAH ALAM - Rakyat perlu menilai pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) berdasarkan fakta dan bukannya menerusi persepsi semata-mata, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed.
     
Beliau berkata, rakyat harus lebih rajin membuat carian melalui internet dan sebagainya supaya lebih faham  berkenaan pelaksanaan dan kepentingan GST.
   
"Rakyat juga boleh (buat perbandingan) dengan mengkaji secara mendalam kesan pelaksanaan CBP di negara-negara yang sudah melaksanakan sistem percukaian tersebut," katanya dalam Wacana Sinar Harian Siri ke-28 bertajuk "GST: Siapa Untung Siapa Rugi' di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, semalam.
    
Pelaksanaan GST berkadar enam peratus berkuat kuasa April 2015 diumum Perdana  Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2014 pada Oktober tahun lepas.
    
GST akan menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST)  yang pada masa ini berkadar keseluruhan 16 peratus.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Shaani Abdullah yang turut menjadi anggota panel wacana berkata, kerajaan perlu bersikap terbuka dalam memberikan pemahaman kepada rakyat tentang pelaksanaan GST bagi mengelak persepsi bahawa cukai itu hanya membebankan  rakyat.
    
Katanya, kerajaan perlu menghujahkan yang terbaik tentang GST supaya rakyat faham.
   
"Kerajaan perlu terbuka, kita tidak menidakkan GST, bila kita faham GST, baru kita sokong," katanya.
     
Mengulas perkara sama, Profesor Pengurusan Strategi dan Pemasaran Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti  Teknologi Mara (UiTM), Prof Dr Faridah Hassan berkata, GST yang bakal dilaksanakan di negara ini adalah yang terendah berbanding di negara maju seperti Norway sehingga kadar 21 peratus. 

Tiada ulasan: