Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 21 Mei 2014

PRK BUKIT GELUGUR - Abu Backer patah rusuk

BENARKAH ABU BACKER MELOMPAT ATAU DI TOLAK SEPERTI DI DAKWA SESETENGAH ORANG ?
GEORGETOWN: Calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Abu Backer Sidek Mohamad Zan kini menerima rawatan di Hospital Loh Guan Lye kerana mendakwa mengalami kecederaan akibat ‘dilanggar’ kereta rasmi Ketua Menteri, Lim Guan Eng, kelmarin.
Dia kini masih ditahan di hospital terbabit kerana dikatakan patah rusuk kiri akibat kemalangan itu.
Dalam kejadian di depan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) 2 petang kelmarin, Abu Backer cuba bertemu dengan Guan Eng bagaimanapun dia dihalang pengawal keselamatan.
Dia kemudian bertindak pelik apabila melompat ke arah kenderaan rasmi itu sebelum bergolek di bawah kereta berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan polis berhubung tindakan calon bebas terbabit.-HM
Catat Ulasan