Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 20 Mei 2014

PRK TEELUK INTAN - DYANA SOFEA SEMAKIN GILA KUASA SEHINGGAKAN TIDAK KISAH JADI PENGKHIANAT AGAMA DAN MELAYU ?

TELUK INTAN: Calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menegaskan beliau tidak kisah dianggap pengkhianat Melayu.
Wanita berusia 27 tahun itu berkata, beliau tidak akan mempedulikan kebenaran itu kerana yakin kononnya beliau bukan pengkhianat seperti yang dianggap sesetengah pihak.
”Saya tidak kisah apa orang nak cakap…biar dia cakap. Tidak semestinya kita terima,” katanya pada sidang media di bilik gerakan DAP, di sini, siang tadi.
Pas semakin angkuh dengan memberi sokongan kepada boneka Dap ini dan semakin jelas lah keMunafikan PAS di dalam Pilihan Raya Kecil kali ini apabila jelas dasar yang di perjuangkan oleh Pas ternyata PALSU semata dan telah terbukti dengan pengakuan Dyna calon Dap yang di letakkan kononnya Dap parti yang tidak bersikap perkauman akan tetapi kenyataan video yang jelas maksudnya membuktikan semuanya yang di rancang membawa agenda dap secara senyap dan terancang
Persoalan yang pm nak kita tanyakan apakah agenda Dap ini masih pas tidak nampak Dap memancing calon Melayu dalam masa yang sama menetapkan syarat kalau menang anda mesti tolak menyokong usul Hudud?
Jikalau benar nampak sangat jelas agenda tersembunyi Dap ini iaitu cuba menarik sokongan Melayu dengan menjadikan Dyna sebagai boneka dan jika melayu penting kan agenda hudud adakah mereka kan menolak dyana ?tentunya tidak kerana mereka amat sayang dengan dap tuan didalam pakatan heeeheee
Pada sidang media sama, Dyana Sofya turut mengakui menerima pendapat yang diutarakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap dirinya.
“Bagi saya, saya terima pendapat beliau (Dr Mahathir) dan saya rasa ibu bapa saya juga terima pendapat beliau,” katanya mengulas pandangan Dr Mahathir yang menyifatkan beliau sekadar ‘window dressing’ atau peragaan untuk DAP menarik sokongan pengundi.
Seperti kita sedia maklum Pas sering kali menjaja kononnya akan bertegas dalam dasar parti mereka dan dengan kenyataan ini nampaknya Dap yang selama ini cuba mengaburi mata pengundi melayu dengan meletak calon melayu akhirnya terjawab jadi perkara ini sewajarnya kita jadikan renungan

Adakah taktik Dap menggunakan melayu untuk memecah belahkan melayu pada prk kali ini di sokong Pas dan amat memalukan seorang melayu sanggup menyatakan tidak akan menyokong undi hudud jika di bentang nanti

Dyna nampaknya lebih bersikap munafik apabila didalam kempennya di depan Dap menayang aurat nya akan tetapi di ceramah kempen bersama pas pula bertudung pulak sehinggakan dia bermuka muka bagaikan seorang yg munafik


Admin tidak mengatakan beliau munafik akan tetapi anda tengok lah sendiri sikap beliau ni jadi nilaikan lah

Pssst...Kesian Pas mereka menjangkakan bila dap meletak calon melayu bertambah undi untuk pembentangan hudud kelak tapi malangnya sebelum bertanding dap dah meletakkan syarat itu kepada Dyana huuuhuuu...

Admin pm menjangkakan Pas akan mementingkan politik jika gadis ini di takdir kan menang nanti dan jika mereka lebih mementingkan perjuangan Islam maka sewajarnya lebih baik memilih calon gerakan kerana suara mejoriti melayu amat kuat didalam barisan nasional berbanding pas hanya bagaikan boneka dap yg mencatur dan mengarah pentakbiran PR..sekali Dap sergah kecot telor pemimpin pas yg bagaikan ketakutan kerana Tuan besar sudah marah huuuhuuu

Dyana Sofya pernah Hina UiTM anjur SEMINAR KALIMAH ALLAH ?


Masih kah kita ingat insan malang ini yang memperlekeh Islam ?perempuan ini bernama Dyana Sofya dan bakal menjadi alat DAP dalam PRK kali ini dan perlu diingat ketika dia membiarkan dirinya dipergunakan oleh DAP apabila tampil menyelar tindakan UiTM mengadakan seminar “Kalimah Allah dan Kristologi Kristian Nusantara” yang bertujuan membahaskan kebenaran mengenai penggunaan kalimah Allah dalam agama Kristian.

Menurut Dyana Sofya Mohd Daud tindakan membenarkan Ulama Indonesia memburukkan Kristianiti di hadapan pelajar bukan sahaja anti-perpaduan malah menyebabkan pelajar dan pengajar beragama Kristian di UiTM tersisih.Mengapa dalam banyak-banyak orang Dyana digunakan untuk memperlekehkan seminar yang dianjurkan oleh UiTM ini? Inilah agenda sebenar DAP menggunakan orang Melayu dan Islam sendiri untuk menghalang sebarang usaha memberi maklumat yang bertentangan dengan pandangan politik perkauman mereka.UNTUK CERITA PENUH KISAH INI SILA KLICK DI 
SINI

Melayu Graduan UiTM masuk DAP demi perjuangkan cita cita Kit Siang


1.Dyana Sofya berasal dari Ipoh, emaknya pernah menjawat Setiausaha Bahagian Wanita UMNO yang pertama di Malaysia. Bapa saudara yang terlibat aktif didalam UMNO serta seluruh keluarganya.

2.Akan tetapi, Dyana Sofya yang berasal dari graduan undang-undang UiTM ini telah tekad untuk memasuki DAP untuk memperjuangkan dasar parti DAP iaitu penghapusan pembahagian antara "bumiputera" dan "bukan bumiputera". Dyana Sofya tidak mahu wujud hak hak istimewa untuk Melayu Bumiputera sahaja kerana kaum cina juga perlu di beri hak yang sama seperti Melayu Bumiputera kerana kaum cina telah membayar cukai.

3.Mengimbau kembali pengalamannya di UiTM, Dyana kini berpendirian satu ipta seperti UiTM perlu diwujudkan khas untuk kaum cina juga. Dyana berkata: "golongan cina perlu ada peluang sama seperti orang Melayu, 12 ipta yang dibuka untuk kaum cina adalah tidak mencukupi, seharusnya UiTM juga perlu dibuka atau pun perlu membina khas ipta utk kaum cina sahaja"

4.Dyana menambah: "saya merasakan tidak adil mengapa orang Melayu Bumiputera dapat membayar yuran rendah dari kaum cina. Lim Kit Siang pernah menitiskan air mata bercerita tentang ini dan oleh itu saya harus memperjuang serta menghapuskan perkara ini"

5.Lim Kit Siang merasakan kemasukkan Dyana Sofya membuatkan kenangan dan sejarah politik dirinya selama 48 tahun bertambah manis. Lim Kit Siang sendiri dengan bangganya telah membuat satu sidang media khas untuk mengumumkan bahawa Dyana Sofya telah dilantik sebagai Setiausaha Politik Lim Kit Siang yang akan menguruskan segala hal berkaitan Parlimen Gelang Patah.

6.Lim Kit Siang berkata: "Dengan kemasukkan Dyana Sofya, saya dapat merasakan idealisme, semangat cintakan negara dan sayangkan rakyat di kalangan golongan muda yang mahu berbakti pada DAP. UMNO selalu bertanya siapa nak membela orang Melayu, Islam, dan Raja Melayu jika UMNO kalah dalam pilihan raya? Saya menjawab suda tentu lah DAP akan menjaga orang Melayu, agama Islam, dan kedudukan Raja Melayu” jelas Lim Kit Siang hasil pilihan Melayu Gelang Patah.

7.Dyana Sofya pula berpendapat: “Kemiskinan tegar telah dihapuskan di Pulau Pinang hasil usaha Lim Guan Eng. Buktikan kepada saya dimana orang miskin di Pulau Pinang? Sudah tentu jawapannya tiada. Jawapan yang saya ambil ini ditunjuk sendiri data oleh Lim Guan Eng bahawa orang Melayu disana tidak ada yang miskin, dan saya percaya perkara ini."

Ini FB dia jom ramai ramai bagi comment, click sini:
https://www.facebook.com/dyanasmd

Sumber 1:http://www.roketkini.com/2012/01/21/dua-graduan-uitm-sertai-dap/

Sumber 2:http://www.malaysiakini.com/news/239924

Bukti Dasar Parti DAP hapus Bumiputera:
http://dapmalaysia.org/parti/matlamat/party-polisi/
Catat Ulasan