Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 17 Mei 2014

PRK Teluk Intan: Dyana Sofya pernah Hina UiTM anjur SEMINAR KALIMAH ALLAH ?

Masih kah kita ingat insan malang ini yang memperlekeh Islam ?perempuan ini bernama Dyana Sofya dan bakal menjadi alat DAP dalam PRK kali ini dan perlu diingat ketika dia membiarkan dirinya dipergunakan oleh DAP apabila tampil menyelar tindakan UiTM mengadakan seminar “Kalimah Allah dan Kristologi Kristian Nusantara” yang bertujuan membahaskan kebenaran mengenai penggunaan kalimah Allah dalam agama Kristian.

Menurut Dyana Sofya Mohd Daud tindakan membenarkan Ulama Indonesia memburukkan Kristianiti di hadapan pelajar bukan sahaja anti-perpaduan malah menyebabkan pelajar dan pengajar beragama Kristian di UiTM tersisih.Mengapa dalam banyak-banyak orang Dyana digunakan untuk memperlekehkan seminar yang dianjurkan oleh UiTM ini? Inilah agenda sebenar DAP menggunakan orang Melayu dan Islam sendiri untuk menghalang sebarang usaha memberi maklumat yang bertentangan dengan pandangan politik perkauman mereka.

Dakwaan bahawa seminar tersebut adalah anti kepada perpaduan nasional sangat tidak rasional kerana perpecahan telah pun berlaku apabila paderi Kristian mencabar keputusan Kerajaan mengharamkan penyalahgunaan kalimah Allah dalam kitab Bible bahasa Melayu.

Mengapa ketika itu Dyana tidak tampil mempertikaikan tindakan para paderi ini?

Oleh kerana Kristian mendakwa kalimah Allah sebahagian ajaran mereka maka sewajarnya, UiTM selaku antara universiti yang ditubuh berteraskan Islam, Melayu dan bumiputera, tampil mencari kebenaran.Sebagai seorang Melayu beragama Islam yang mendapat pendidikan di UiTM, Dyana sekurang-kurangnya menghormati segela kelebihan yang keistimewaan yang beliau perolehi bukannya tampil merosakkan tempat yang pernah memberi pendidikan dan pelajaran kepada beliau.

Kritikan Dyana terhadap UiTM mengenai kebebasan membicarakan hal-hal sensitif sangat mengelirukan. Bukankah parti beliau yang menganjurkan keterbukaan dan ketelusan atas semua isu? Bukankah kerajaan dikritik oleh parti beliau apabila enggan mendedahkan rahsia ketenteraan negara kepada umum?

Bukankah parti beliau yang membelasah kerajaan apabila kerajaan cuba membendung perbincangan mengenai isu-isu agama, kaum dan raja-raja yang dianjurkan oleh peguam-peguam pro-Pakatan?

Sungguh memalukan bagi seorang gadis Melayu, beragama Islam, menikmati pelbagai faedah dan bantuan daripada sistem sedia ada sekarang apabila berjaya menyokong dan bekerja keras untuk parti yang menentang segala sistem yang beliau nikmati sebelum ini.

Lebih memalukan beliau merupakan graduan UiTM, universiti yang ditubuhkan hasil perjuangan orang Melayu dan UMNO, kini menyokong parti yang anti kepada sebarang bantuan kepada orang Melayu dan Bumiputera.


Hari ini dia di calonkan untuk bertanding bagi pihak Dap untuk merosakkan sesama melayu dan diingatkan pada yang bakal mengundi nanti jangan sesekali gadaikan maruah kita dengan mengundi perempuan yg tamakkan kuasa ini

Tiada ulasan: