Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 1 Mei 2014

APA ITU GST?TAK TAU KENAPA DATANG ?SUKA2 NAK BERSOSIAL JERIT2 DAPAT RM100 LAGI. ?


“Saya tak tahu apa-apa pun tujuan himpunan itu diadakan. Saya tahu mereka nak bantah GST, saya pun tak tahu apa itu GST,Ditanya adakah beliau menerima bayaran, ujarnya, mereka dapat RM100
KUALA LUMPUR – Ramai peserta perhimpunan haram membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak tahu tujuan mereka keluar menyertai perhimpunan itu di ibu kota. 
Rata-rata mereka sekadar keluar dan berkumpul di lokasi yang dinyatakan selepas diberitahu oleh rakan mengenai program itu. 
Seorang peserta, So Kok Weng, 32, berkata, beliau bersama lima rakan dari Seksyen 14, Shah Alam keluar dari rumah kira-kira jam 9 pagi ke lokasi perhimpunan. 
Katanya, mereka menaiki komuter menuju ke KL Sentral, sebelum menyambung perjalanan dengan transit aliran ringan (LRT) ke KLCC. 
“Saya tak tahu apa-apa pun tujuan himpunan itu diadakan. Saya tahu mereka nak bantah GST, saya pun tak tahu apa itu GST,” katanya. 
Kawannya, Lee Cheong Sing, 32, berkata, mereka keluar sekadar suka-suka kerana berada dalam kelompok ramai sambil menjerit-jerita adalah suatu yang menyeronokkan. 
Menurut beliau, sebaik sampai di KLCC, mereka berehat dan lepak di taman sebelum menerima arahan daripada berapa lelaki yang mengetuai perhimpunan di situ untuk ke Dataran Merdeka pada jam 1 tengah hari. 
Ditanya adakah beliau menerima bayaran, ujarnya, mereka dapat RM100 untuk kos minyak kereta dan makan minum. 
“Tetapi kami ambil keputusan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam iaitu komuter dan LRT kerana selain jimatkan kos, ia juga dapat menggelakkan dari kesesakan jalan raya.
“Kalau dikira, RM100 memang tak cukup untuk kami enam orang.
 
Jika naik kereta mesti guna dua buah dengan kos minyak RM50 sebuah kereta. Tidak berbaloi,” katanya yang pertama kali menyertai perhimpunan haram anjuran pembangkang. 
Pm rasa kalau kita tanya pada semua peserta perhimpunan itu nescaya lebih dai 70 persen mungkin tidak tahu apa itu GST malah mereka sebenarnya bulat bult di temberang Pakatan Pembangkang yang sama sekali hanya berniat hendak memburuk buruk kan Kerajaan dalam masa yang sama enggan membantu Rakyat cukup hanya menghasut untuk meraih undi

Tiada ulasan: