Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 12 Mei 2014

Abdullah Sani Abdul Hamid Calon Ketua Cabang PKR Kuala Langat,Lapor Polis Nyaris di tumbok

SAMSENG SAMSENG TAIK KUCING NI KAH BAKAL NAK MENGGANTIKAN KERAJAAN SEDIA ADA PADA PRU14 NANTI? HANCUSSSS NEGARA DI BUATNYA !!!TENGOK SAHAJA GELAGAT MEREKA DALAM GAMBAR INI.
Apa sudah jadi sama parti yang kononnya pejuang Keadilan ni ,hari demi hari pekong mereka terbongkar gara gara tamakkan kuasa masing masing membongkar ketamakan masing masing malah Calon Ketua Cabang PKR Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid, nyaris ditumbuk sekumpulan ahli PKR di dewan selepas beliau masuk untuk mengemukakan bantahan terhadap pengundian yang didakwa tidak telus, semalam.

Kejadian mengaibkan berlaku kira-kira jam 4.45 petang itu menyaksikan sekumpulan lelaki membaling kerusi dan meja menyebabkan kertas undi berselerak.

Kekecohan tidak berhenti di dalam dewan, malah sehingga  ke luar apabila sekumpulan penyokong menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Abdullah Sani.

Abdullah Sani, yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat, ditemani isterinya, Faizah Arifin, terpaksa berlari ke arah kenderaan mereka untuk menyelamatkan diri apabila dikejar sekumpulan lelaki.

Lebih memburukkan keadaan apabila berlaku tumbuk-menumbuk antara dua kumpulan terbabit sehingga mencetuskan pergelutan dan tolak-menolak sesama mereka di luar dewan.

Abdullah Sani memaklumkan, beliau membuat laporan di Balai Polis Telok Panglima Garang berhubung apa yang didakwa pemilihan tidak telus itu.

Sementara itu, calon Ketua Cabang PKR Kuala Langat, N Radha Krishna berkata, beliau kecewa dengan insiden yang berlaku itu dan ia menjejaskan bilangan mereka yang mengundi.

Beliau mendakwa nyaris dipukul sekumpulan lelaki kejadian tumbuk-menumbuk itu berlaku.

Pm rasa pastinya Anwar harus malu dengan perangai bakal bakal pemimpin PKR ini semua masing masing gilakan kuasa sehinggakan kekecohan besar di 9 cabang semalam di harap lepas ni pengundi renung renungkan sekira nya mereka menang di Negara kita maka perang lebih besar lah jawabnya demi merebut kuasa

Tiada ulasan: