Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 16 Ogos 2013

Luahan Hati Isteri Yang Dibelasah Suami Dalam Lif

Seorang penjawat awam yang membelasah isterinya di dalam lif sebuah hospital swasta di Bandar Perda, Bukit Mertajam dekat sini pada Isnin lalu ditahan semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, suspek berusia 36 tahun yang merupakan penjawat awam ditahan sebaik menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Pahang pada pukul 4.45 petang.
Menurut beliau, susulan itu bapa kepada tiga anak itu akan diserahkan kepada polis Pulau Pinang hari ini untuk direman bagi membantu siasatan mengenai tindakannya membelasah isterinya.
"Polis akan merekodkan keterangannya berhubung kejadian itu dan seterusnya melengkapkan kertas siasatan," kata beliau ketika dihubungi semalam.
Kelakuan ganas suspek itu yang dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) hospital berkenaan tersebar secara meluas dalam laman sosial Facebook dan YouTube sejak Isnin lalu.
Manakala mangsa yang berusia 36 tahun itu yang telah membuat laporan polis selepas kejadian itu Isnin lepas, berkata beliau bimbang suaminya, seorang penjawat awam, akan bertindak lebih ganas.
Mangsa, yang bekerja di sebuah kilang di Bukit Mertajam, berkata beliau bercadang mengambil tindakan mahkamah ke atas suaminya kerana bertindak keterlaluan.
Wanita yang dipukul suami dalam sebuah lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda, di Bukit Mertajam berharap pihak polis dapat mengambil tindakan segera ke atas lelaki berkenaan.
Menceritakan kejadian itu semalam, katanya kejadian itu berlaku ketika beliau bersama dua anaknya mahu pulang selepas melawat anak sulungnya berusia sembilan tahun yang dimasukkan ke wad kerana demam panas.
“Kebetulan saya bertemu suami yang melawat anak sulung tetapi kami tidak bertegur sapa. Ketika hendak pulang, suami turut mengikut kami masuk ke dalam lif sambil meminta saya memujuk anak agar mengikutinya.
“Bagaimanapun, anak perempuan saya kata dia nak ikut saya dan tidak mahu mengikut ‘daddy’ menyebabkan suami marah,” katanya.
Mangsa, yang tinggal berasingan dengan suaminya berusia 36 tahun itu, berkata suaminya bertindak menampar mukanya beberapa kali walaupun dua anaknya melihat kejadian itu.
Beliau mendakwa suaminya sudah berkahwin dengan wanita lain pada 2011 dan bekerja di sebuah agensi kerajaan di Jerantut, Pahang.
Katanya beliau pernah meminta suaminya agar menceraikannya tetapi dia dicabar agar pergi ke pejabat agama.
“Saya minta agar dia lepaskan saya dengan cara elok tetapi dia cabar saya supaya ke pejabat agama. Susulan itu, saya mendapatkan bantuan peguam untuk memfailkan permohonan cerai pada awal Julai lalu. Saya sudah tawar hati dan sebelum ini pun saya yang menyara anak kerana dia tidak memberi nafkah sejak Disember tahun lalu,” katanya.
Adik mangsa, Mohd Yunus Ahmad Ramli, 31, yang memuatkan naik video tersebut, berharap pihak polis mengambil tindakan lanjut.



Tiada ulasan: