Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 24 April 2014

KEDAH NEGERI PERTAMA BERI ELAUN RM 2,000 SEBULAN PADA GURU PONDOK


ALOR SETAR: Kedah menjadi negeri pertama yang mengarus perdanakan institusi pengajian pondok dengan langkah terbaru kerajaan negeri itu memberikan elaun guru sebanyak RM2,000 sebulan kepada 11 sekolah pondok terpilih bermula Januari lalu selain wakaf kitab tahunan berjumlah RM30,000.

"Selama ini tradisi sekolah pondok, guru-gurunya mengajar sekadar fisabilillah tanpa sebarang gaji tetap. Ihsan kerajaan negeri Kedah ini adalah satu penghormatan kepada alim ulama dan asatizah serta menjamin kelangsungan institusi pondok.

"Langkah terpuji ini wajar dicontohi oleh negeri-negeri lain yang mempunyai sekolah pondok seperti Kelantan dan Terengganu," jelas Pengarah Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia, Datuk Dr Mashitah Ibrahim di Ijtimak Pondok Malaysia 2014 selama dua hari bermula hari ini di Dewan Seri Mentaloon.

Mashitah turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri Kedah yang menjadi tuan rumah ijtmak dua tahun sekali ini yang bertemakan, "Institusi Pondok Di Alaf Baru: Cabaran Dan Hala Tuju".

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam ucapan perasmiannya pula menyarankan institusi pendidikan tertua negara itu untuk membuka pintu kepada agensi dan institusi latihan untuk merekayasa dan menambah nilai modul pendidikannya selaras dengan keperluan dan tuntutan semasa.

"Ilmu agama adalah menjadi tumpuan, namun ilmu-ilmu bersifat keduniaan juga wajar dipentingkan. Gabungan ilmu sememangnya pun dituntut oleh agama," ulasnya yang menggesa aliran teknikal diserap dalam sistem pendidikan pondok.

"Bukannya bertujuan untuk merendahkan pendidikan Islam itu tetqpi untuk menyahut seruan agama sendiri agar ummah diperkaya dengan pelbagai disiplin ilmu dan bersifat multi disiplin," katanya di hadapan kira -kira 1,300 guru dan murid sekolah pondok daripada seluruh negara.

Ijtimak dua hari tersebut turut melibatkan enam sesi pembentangan kertas kerja dan turut disertai oleh panelis antarabangsa iaitu bekas Setiausaha Agung ASEAN dan Menteri Luar Thailand Prof Emeritus Dr Surin Pitsuwan yang berketurunan ulama pondok Thailand, Rektor Darussalam Universiti Gontor Indonesia, Dr Amal Fathullah Zarkasyi dan Dato' Dr Muhammad Afifi Al-Akiti yang menjadi rakyat Malaysia pertama mengajar di Universiti Oxford. 

Tiada ulasan: