
Pengarah strateginya Rafizi Ramli berkata, beliau telah bertemu pengarah Jabatan ASEAN dari Jabatan Negara AS minggu lalu di Kuala Lumpur.
Dalam pertemuan itu, katanya, beliau memberi “kenyataan keras” bahawa imej AS akan terjejas sekiranya “tidak mempertahankan keadilan” yang menjadi pegangan negara itu.
“Saya menjelaskan dengan tegas dan keras yang imej AS di mata rakyat Malaysia akan jatuh terutamanya di ketika ini,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti di Petaling Jaya hari ini.
Rafizi bagaimanapun berkata, berkata parti itu tidak membuat sebarang permohonan rasmi untuk pertemuan itu.
Pentadbiran Obama sebelum ini mengumumkan pihaknya tidak merancang untuk bertemu dengan Anwar apabila berkunjung ke Kuala Lumpur pada Sabtu ini.
Obama menjadi presiden AS pertama melawat Malaysia dalam tempoh hampir setengah abad. Beliau akan disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Psssttt... berangan tak sudah............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan