Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 22 Februari 2014

Tipah Tertipu, Kononnya Budak Syria Jalan Berseorang Di Padang Pasir tapi Hakikatnya Tidak Benar.

2014-02-20_123906
GAMBAR atas yang di hebohkan oleh media masa yang mengatakan seorang kanak-kanak Syria berjalan berseorang merentasi padang pasir. Dan Gambaran sebenar di jelaskan kembali menyatakan sebenarnya kanak-kanak itu tidak bersendirian. Lihat gambar di bawah.
Media-media masa baru-baru ini ada menyebut tentang seorang budak empat tahun yang berasal dari Syria itu kelihatan sedang berjalan di tengah padang pasir sambil membawa beg plastik. Foto Marwan sedang berjalan sendirian itu beredar di Internet dan mendapat banyak tanggapan.
Kejadian sebenarnya yang terjadi, Marwan dan keluarganya yang terpisah berjarak 20 langkah di hadapannya, sedang menuju sempadan Jordan untuk menuju tempat perlindungan UNHCR hujung minggu lalu, seperti yang dilaporkan oleh stesen televisyen Al Arabiya, isnin (17/2).
2014-02-20_123934
Sehari selepas rundingan damai Kedua di Geneva, Switzerland, gagal para pelarian Syria berbondong-bondong melintasi gurun panas untuk menuju sempadan Jordan. Di sana mereka ditempatkan Badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa untuk urusan Pelarian (UNHCR).
Marwan bersama kira-kira 600 hingga seribu pelarian lain menyeberangi padang pasir ke Jordan, tempat lebih dari 500 ribu warga Syria menjadi pelarian.
“Marwan dan ibunya kini dalam keadaan selamat setelah menyeberangi sempadan Jordan,” kata Andrew Harper, wakil UNHCR di Jordan dalam akaun media sosial Twitter.
Bersama ibunya Marwan tinggal di pusat pelarian Zaatari bersama 100 ribu pelarian Syria lain. Menurut UNHCR sebanyak 2.5 juta pelarian Syria kini bertebaran di Timur Tengah.
Pada November lalu UNHCR melaporkan ada lebih dari 70 ribu keluarga pelarian Syria yang hidup tanpa ayah mereka. Lebih dari 3,700 pelarian anak-anak disahkan terpisah dari kedua orang tuanya.
Pembicaraan damai memang telah gagal, tapi harapan hidup bagi anak-anak pelarian Syria harus terus berlanjut.

Tiada ulasan: